Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, July 23, 2012
Bangunlah Bersahur
Gambar kidnap dari google
Assalamualaikum semua. Bersahur sinonim dengan berbuka puasa. Fadilatnya memang banyak tapi tahu ja lah nak bangun pagi tu aduhaiii memang liat jugalah. Apa lagi kalau budak-budak kecil tapi tak payah cakap budak kecil ja kadang orang dewasa pun liat juga macam aku ni. hehehehe Ada tak ada pun bangun hanya minum air ja dapatlah juga pahala sahur kan.
Ok ni ada info aku kidnap dari bahagian Pemakanan Kementerian kesihatan Malaysia. Buat renungan bersama ya. Mana yang baik ambil lah kalau tak pun sebagai bacaan sementara nak menunggu berbuka puasa.
Bangunlah BerSAHUR !!
Bulan puasa telahpun tiba. Pastinya semangat berpuasa sangat membara di kalangan umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Paling menyeronokkan apabila tiba waktu berbuka. Semua juadah pasti ingin dicuba. Tapi ramai yang tidak merasa keseronokan yang sama ketika bersahur. Kenapa? Mengapa?
MALASNYA NAK BANGUN SAHUR?
Jawapan untuk persoalan ini sangat mudah. Pesanan Rasulullah S.A.W “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Pesanan ini sangat jelas dan ringkas. Maka sepanjang bulan Ramadhan, kita perlu sentiasa berfikiran positif sebelum tidur dan berniat untuk bangun sahur di setiap hari moga-moga kita semua mendapat kurniaan nikmat dan keberkatan dari Allah.
KENAPA PERLU BERSAHUR?
Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk memastikan tenaga kita mencukupi untuk berpuasa sepanjang hari. Bersahur diawal pagi boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Bersahur juga memastikan kita dapat mengamalkan makan secara sihat dan mengurangkan simptom akibat kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk ketika berpuasa. Sekiranya anda merancang untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tidak mengambil sahur bukanlah tindakan yang betul.
WAKTU MAKAN SAHUR YANG PALING IDEAL?
Waktu sahur yang paling baik adalah lebih kurang ½ jam sebelum masuk waktu imsak.
APA YANG PERLU SAYA MAKAN?
Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan makan secara sihat untuk memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan sihat walaupun berpuasa.
Sahur yang sihat mestilah mempunyai kriteria seperti berikut :
1. Mampu membekalkan tenaga sepanjang hari kita berpuasa
2 Membekalkan khasiat yang seimbang
3 Memberikan air yang mencukupi untuk mengelakkan penyahhidratan
Oleh yang demikian, Piramid Makanan Malaysia masih perlu dijadikan panduan dalam pemilihan dan mempelbagaikan jenis makanan. Ini kerana tiada ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
Contoh sahur anda
Menu
Berat (kalori)
1 cawan nasi
100 g (140 kcal)
1 cawan sup sayur
200 g (60 kcal)
1 ekor ikan goreng
60 g (160 kcal)
1 gelas susu rendah lemak
250 ml (130 kcal)
1 biji buah pisang
80 g (60 kcal)
1 gelas air kosong
250 ml (0 kcal)
Jumlah kalori
550 kcal
MAKANAN TERBAIK SEMASA BERSAHUR?
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan KARBOHIDRAT KOMPLEKS seperti nasi, roti dan oat. Memandangkan tempoh berpuasa yang panjang (melebihi 10 jam), makanan yang lambat dihadam seperti makanan yang TINGGI KANDUNGAN SERAT adalah digalakkan untuk mengurangkan rasa lapar. Contoh makanan yang tinggi kandungan serat adalah roti tinggi serat atau roti mil penuh, bijirin tinggi serat, biji-bijian, kekacang dan sayur-sayuran. Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak kerana ianya cepat dicerna dan menyebabkan kita cepat merasa lapar. BUAH-BUAHAN dan AIR yang juga perlu diambil dengan mencukupi sewaktu bersahur.
TAK SEMPAT NAK MASAKLAH!
Inilah keluhan yang paling kerap didengari. Disebabkan kesuntukan masa, kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan semula sewaktu bersahur. Tidak dinafikan amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum ibu yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini kerana dikhuatiri lebihan makanan berbuka telah tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam adalah tidak selamat dimakan.
INGATLAH! Masakan yang baru dan panas lebih menyelerakan dan meningkatkan keseronokan untuk berpuasa!
TAK ADA IDEA NAK MASAK APA NI?
Sekiranya anda hanya memikirkan menu yang ingin dimasak setelah bangun di awal pagi pastinya ia sangat meletihkan, terutama jika anda ibu yang berkerjaya. Rancanglah menu untuk bersahur bagi kitaran seminggu. Ini akan memudahkan anda untuk merancang pembelian bahan masakan yang ingin digunakan. Rancanglah menu sahur anda selewat-lewatnya sebelum anda tidur dan siapkan bahan masakan terlebih dahulu, dan disimpan di dalam peti sejuk. Cara ini akan meningkatkan proses penyediaan hidangan sahur pada keesokan harinya.
BOLEHKAH MINUM KOPI / TEH KETIKA BERSAHUR?
Pengambilan teh atau kopi tidak digalakkan kerana kandungan kafiena didalamnya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Kafien boleh meninggalkan kesan diuretik iaitu menyebabkan kita kerap membuang air kecil. Sekiranya anda ingin minum minuman berperisa, gantikan dengan minuman bersusu yang rendah lemak, minuman bermalta ataupun jus buah-buahan. Walau bagaimanapun, minumlah air kosong dengan banyak kerana ianya merupakan pilihan yang terbaik.
BERSAHUR CARA ORANG BUJANG?
Bagi kebanyakan orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum masuk tidur terutama di penghujung bulan Ramadhan. Mereka suka mengambil makanan lewat malam iaitu sebelum tidur sebagai pengganti sahur. Makanan seperti burger dan mee segera sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah disediakan. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya disebabkan diambil terlalu awal dan tidak seimbang. Sekiranya makanan segera ingin diambil untuk sahur, pastikan ianya seimbang iaitu dengan menambahkan sumber protein seperti ayam dan telur serta sayur-sayuran ke dalam masakan tersebut.
Tukarlah kepada menu yang lebih berkhasiat dan tinggi kandungan serat. Sekiranya anda malas masak di awal pagi, simpan pelbagai bijirin yang tinggi kandungan serat dan buah-buahan dirumah anda dan jadikan makanan ini sebagai makanan sahur anda yang berkhasiat.
Contoh sahur yang ringkas untuk anda !
Menu
Berat (kalori)
1 cawan bijirin sarapan pagi
35 g (130 kcal)
1 gelas susu rendah lemak
250 ml (130 kcal)
1 biji pisang (dihiris)
60 g (60 kcal)
1 sudu makan kismis
20 g (60 kcal)
2 sudu makan walnut
20 g (130 kcal)
1 gelas air kosong
250 ml (0 kcal)
Jumlah kalori
510 kcal
SUSAHNYA ANAK NAK BANGUN SAHUR!
Kebiasaannya anak-anak bersemangat untuk bangun sahur pada minggu pertama bulan Ramadhan sahaja. Kian lama berpuasa, semakin sukar untuk mengejut anak untuk bangun sahur. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip boleh dijadikan panduan:
1. Sediakan masakan yang panas untuk bersahur yang pastinya lebih menyelerakan.
2. Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Tanya anak terlebih dahulu apa menu yang diinginkan semasa bersahur.
3. Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang hampir sama setiap hari.
4. Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
5. Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.
6. Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur
Akhir kata..Jaga Makan..Jaga Badan..Selamat Bersahur!!
Oleh :
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak
Assalamualaikum semua.
Wah dah masuk hari ke 3 kan kita berpuasa. Sekejap je dah 3 hari. Tapi sempat lagi lah nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua sahabat handai-taulan yang mengenali saya. Semuga puasa kita sebulan ini mengandungi barakah dan bukannya hanya penat berpuasa tanpa mendapat pahala puasa. Apa pun semuga bertambah amal ibadah di bulan yang mulia ini. Amin.
Seminggu out station di Terengganu 4 hari lepas tu balik je hari Khamis malam sampai rumah, pagi Jumaat terus ke Cameron Highland pulak huh sungguh terasa penatnya. Nasib baik hari Jumaat ke Cameron Highland tu memang aku nak pergi jadi selepas selesai membuat pemantauan di Hospital habis juga pada pukul 3 lebeh. Sempat lagi tu merisik tentang Dr Fahmi Shukur atau nama penanya Hafiez emm ingat-ingat lupa nicknamenya tapi dia peminat Hlovate. Rupanya Dr Fahmi bercuti menjenguk isterinya di Perak. Dan oleh kerana hari Sabtu di isytiharkan bermulanya Awal Ramadan jadi bila balik KL memang jem lah. Ramai yang balik utara nak menyambut awal Ramadan di kampung. Dan yang peliknya ramai juga yang masuk KL sebab kat hentian Tol Jalan Duta jem. Alamatnya aku sampai rumah dah pukul 8 lebeh. Sempat juga singgah di Kea Farm beli strawberry, sayuran, buahan, keledek. Singgah di Cameron Valley kebun teh beli lah teh perisa strawberry. Ada satu paket dalam Rm 9 lebeh mengandungi teh dengan pelbagai perisa buah-buahan. Aku dah rasa 1 yang perisa limau manis. Emmm not bad juga lah. Selalu aku beli perisa starawberry nak cuba perisa lain pulak. Apa pun kopak juga ler kat Cameron Highland. Almaklum ler dah lama tak pergi dah banyak berubah. Nanti nak buat projek ler hujung tahun ni nak ajak kak Jal pergi jenjalan. Hari tu macam kak Jal ada bercerita nak pergi Cameron Highland. Huh cadangan baik tu. Kena panjangkan lah hujung tahun ni. Apa pun Cameron Highland tunggu saya ya. Nak bersantai pulak di Tanah Tinggi cameron Highland sambil petik teh. hehehe
Wednesday, July 11, 2012
Wordless wednesday 3
Yeh dapat jalan-jalan cari pasal di Shenzhen, Hongkong dan Guangzhou 6 hari 5 malam sungguh menyeronokkan. Cerita lanjut nanti ya sebab kena outstation mengelilingi Pahang nak selesaikan kerja sebelum puasa. Lepas tu minggu depan kena pergi Terengganu emmmm busy sokmo ni.