Wednesday, January 1, 2014

Selamat datang 2014



Assalamualaikum,

Hari ni dah 2 januari 2014. Tahun 2013 telah pun ditinggalkan dengan kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Mengimbau semula kenangan lalu 2013 masih terbayang-bayang lagi Aruah mak yang terlantar di hospital, rumah kak Limah, rumah Kak Jal dan akhirnya semasa menghembuskan nafas terakhir dirumah mak kat Bakri. Masih terbayang-bayang suaranya, kelibatnya dalam pemikiran ku ini. Apa pun aku dan adik beradik redho dengan pemergian aruah mak. Semuga aruah mak dan aruah bapak di cucuri rahmat dan tergolong dalam orang yang beriman.

 "Ya Allah kau ampunkan lah dosa kedua orang tuaku. Masukan lah kedua orang tua ku didalam syurga dan haramkan lah keduanya dari api neraka. Al fatihah"


Pss.... huhuhu maaf bila menyentuh pasal aruah mak aku terus tak boleh nak cerita apa dah. Air mata kan berlinangan. Apa pun maaf jika ada kata-kata yang menyinggung sesiapa jua yang membaca di blog aku ni. Semuga tahun 2014 memberi sinar kebahagiaan buat semua.

14 comments:

  1. salam tahun baru notie...alfatihah kedua-dua Allahyarham ayah bunda yg disayangi moga ayahbunda n mereka yg telah berada di alam sana berbahagia di bawah lindung rahmatnya...hari2 yg berlalu meninggalkan catatan kenangan namun langkah kehidupan berterusan...tabah ya notie.

    ReplyDelete
  2. salam tahun baru 2014..

    Ibubapa adalah permulaan kita..semoga sentiasa mendoakan mereka..

    ReplyDelete
  3. Sis Faridah terima kasih doanya. Apa jua yang berlaku hidup kena diteruskan. Apapun kita hendaklah bersyukur diatas segala kurniaan Allah kepada kita.

    Nohas, insha Allah mudah-mudahan sentiasa didalam ingatan akan sentiasa mendoakan mereka. Thanks

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru Notie ... lama tidak bertemu dimaya... rupanya setahun dah berlalu.

    Salam bahagia. Semoga segalanya berjalan lancar dan mendapat keredaanNya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Salam tahun baru 2014 dari bunda...

    ReplyDelete
  6. Sis Syimama, tu lah madang je sonyap. sekejap je dah setahun kan. masa bergitu menderu lajunya.

    Puan Bunda salam ziarah. Selamat tahun baru juga.

    ReplyDelete
  7. AL-FATIHAH............namanya pun ibu kita, dia yg melahir dan mengandungkan kita, membesarkan kita. Kadang2 kita dan ibu macam tak sebulu, tak sama cerita, tak sama rasa TAPI ibu itu tetap ibu kita yg kita MESTI agungkan, MESTI hormati pendapat dan pendiriannya kerana ibu tak boleh digantikan dgn org lain. Aku faham benar perasaan kau yg kehilangan sbb aku ini ibu yg pernah kehilangan anak dulu....sama2 lah kita doakan roh mereka aman dan ditempatkan di jannah..amiinnnnn

    ReplyDelete
  8. Aini... hanya mereka yang dah merasa sahaja akan memahami bagaimana perasaan itu.

    ReplyDelete
  9. AlFatihah.. ibu tiada yang lain untuk di cari ganti.. dia lag ibu dia lah segala2 nyar.. MOga roh beliau di tempatkan bersama2 orang yg bertaqwa dan solehin amin..

    ReplyDelete
  10. salam pagi notie pakabar moga sht selalu..

    ReplyDelete
  11. salam pagi notie pakabar moga sht selalu..

    ReplyDelete
  12. salam pagi notie ceria selalu meniti hari...

    ReplyDelete
  13. Sis paridah wah terima kasih lah datang menjenguk. Saya sihat jeee cuma kerja awal tahun menambun. Mood pun merundum nak update N3. Tak macam akak hari-hari ada je cerita.

    ReplyDelete