Monday, July 14, 2014

Iftar bersama pelakon Amar, Izreen dan Shafiq


Assalamualaikum ,
Selamat berpuasa semua. Ada sesiapa mengikuti drama Kerana Terpaksa aku relakan dalam slot Akasia Tv3 tak?. Ceritanya memang best dan novelnya dengar cerita memang terlajak laris hasil keluaran Karya Seni.



  Sepatutnya cerita tu habis pada 10hb iaitu Khamis yang lepas tapi sebab hari Isnin ada masalah teknikal, dia ulang semula cerita sebelumnya jadi cerita tu akan berakhir petang nilah hari isnin. Besok dah cerita baru novel adaptasi keluran Prima kalau tak salah tajuknya rindu awak 200% ke apa ... emm lupa dah. Orang kan suka baca novel jadi bila dijadikan drama nak tenguklah macamana gayanya. hehehe kalau dah ada novel dan dah baca, nak tenguk sama tak jalan ceritanya tetapi selalunya bila dah jadi drama mesti dah ada pengubahsuaiannya tapi cerita KTAR ni memang bestlah. Malahan hero dan heroinnya serta adik hero yang jahat jadi femes lah pulak. Untuk meraikannya disebabkan terlajak bestkan, telah diadakan Iftar bersama dengan ke 3 pelakon tersebut iaitu Izreen, Amar dan Shafiq.       

Ok tak mau cerita panjang lebar jadi petang Khamis tu aku dan nor pun berdezup lah pi PWTC selepas habis waktu kerja. Tapi dek bila masuk jalan Tun Razak je dah jem gile jadi sampai kat PWTC dah nak pukul 7 petang jugalah. Nasib baik dah daftar dan bayar duit jadi memang ada tempat khas lah. Jadi bila sampai tu tayangan pun dah mula. Masa ni sepatutnya Indah kena kahwin dengan Tajul Fahin sekali rupanya jeng jeng jeng..... hero yang keluar apa lagi lah semua pun bersorak gembira. Hahaha memang bergegar juga lah 1 dewan tu bila Hero yang bersalam dengan Tok Kadi. Kami berhenti bila azan Magrib berkumandang sambil menjamah kurma dan kuih serta minum, tayangan di sambung sehingga habis. Lepas tu mana yang nak Solat magrib boleh lah solat manakala ada yang nak makan boleh sambung balik makan sehinggalah pukul 8.30 acara pentas akan bermula. Masa ni lah ke 3 pelakon berkeliling berjumpa dengan peminat masing-masing.     

Indah dan Tajul Razin bergandingan bertemu peminat 

Anak Izreen ni memang comel, sekejap-kejap dengan Amar, kadang dengan Safiq. Tak menangis dia. kecik-kecik dah hensem ko... hah tenguk tu memang kiut miut lah. 

Juadah yang ada.

Kek yang comel sangat.

Masa acara kat pentas, Ke 3 pelakon kena dera dengan pengacara majlis. Ikut kata penonton nak buat adegan apa. samada romantik ke sedih ke dan sebagainya. Peminat sudah tentulah nak adegan romantik. Memang kelakorlah.   

Ni kunun-kunun adegan romantik antara Indah dengan Tajul Razin

Lepas tu acara bersama dengan peminat, masing-masing dapat seorang peminat untuk digandingkan bersama. Rupanya peminat dari Singapura pun ada juga. Ada yang dari sabah, dari Kuala Lipis pun ado. Sebelum ni aku dah hadir gathering dengan Remy Ishak dan Fahrin Ahmad dan setiap tu pun mesti ada seorang peminat kipas mati dari Singapura yang sanggup datang dari jauh hanya kerana artis pujaan mereka. Kali ini pun ada iaitu peminat yang bersama dengan Shafiq.   

Ni adegan tarian Izreen dengan peminatnya. Kelakor sungguh sampai terbaring-baring kat atas pentas. Pengacara tu pula entah apa yang dibuatnya. hahahahaha semua pun gelak ketawa melihat aksi mereka menari dengan menggunakan lagu latar drama iaitu Patah sayap.  

Ni pula Shafiq dengan peminat dari Singapura. Yang kelakor tu pengacara menjadi sepohon pokok. Yang best lagi dah macam acara hindustan lah pulak. Main kejor-kejor keliling pokok. Ajeee sampai senak perut kita orang dok gelak. Memang kelakorlah. 

Yang Amar pula suruh pengacara majlis tu jadi kerusi. Hahahaha Memang gempak sungguh bila peminat perempuan tu dok ala-ala merayu-rayu gitu sampai terduduk-duduk. 

Lepas tu pilih mengikut kata peminat mana yang best, rasanya yang menang Izreen kut.

Selepas tu sessi tandatangan dan ambil gambar.

Cantik gambar wall pondok dengan dummy basikal merah, rasa bagaikan dah balik kampung je.  

Ni tak tahu siapa yang bagi. Tapi keknya cantik.

sessi sign atograph

Dalam tv nampak macam dewasa sangat tapi bila dah berdepan alahaiiii muda lagi... almaklumle pelapis pelakon baru malaysia. Dalam KTAR selalu serius je tapi kali ni bila selalu senyum manis menawan je.

Ni bersama geng satu meja. 

Dan nilah hasilnya. 

Dan jangan lupa petang ni saksikan drama terakhir. apa jadi pada Indah yang dah melarikan diri. Dan bagaimana kesudahannya. 


Tuesday, July 1, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan


 Assalamualaikum,

  Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Sebelum terlupa nak mengucapkan Selamat menyambut Ramadan buat kengkawan semua dan maaf zahir batin. Minggu lepas hari Jumaat Bahagian Unit Integriti telah menganjurkan Program Bicara Hati yang bertajuk AHLAN YA WAHSAHLAN YA RAMADAN.. Penceramah Jemputan ialah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang yang selalu keluar di TV9 dan Ustaz Shauqi Othman yang merupakan pensyarah Kanan di UPM dan selalu keluar dalam tv juga dan moderatornya Ustaz Fauzi Mustafa ala yang femes kat TV3 tu.

 Ok jadi kali ni aku nak share apa yang aku dah dapat dalam ceramah tersebut yang berhubungkaitnya dengan Bulan Ramadan bulan yang mulia ni.

Ustaz Shauqi dalam ceramah awalnya supaya meraikan kedatangan Ramadan dan perbanyakkan lah doa supaya kita dapat merasa Bulan Ramadan sebab takut kita tidak sempat merasa Bulan Ramadan. Dan belum tentu lagi kita dapat merasa Bulan Ramadan yang akan datang sebab tidak tahu bila saat kematian akan menjelma. 

 Seronoknya bulan Ramadan sebab kita boleh berpesta ibadah. Bila datang bulan Ramadan dibuka pintu syurga yang bermakna dibuka segala amal soleh untuk memudahkan kita perbanyakkan amal ibadah. Ini merupakan satu rahmat dari Allah buat umatnya supaya berlumba-lumba menambahkan amal ibadahnya. 
Sebab itu bila Ramadan datang kita rasa 2 keseronokan iaitu 1. seronok membeli-belah nak raya opss bukan seronok semasa berbuka puasa dan 2 seronok sebab dapat beribadah sebanyak-banyaknya dan menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Sebab itu kita harus manfaatkan kedatangan Ramadan ini. Rebut peluang yang datang hanya sebulan sekali dalam setahun.

Amat malangnya orang yang berada di bulan Ramadan jika masih tidak mendapat pengampunan Allah SWT. Jadi hendaklah membuat persediaan bagi menambahkan lagi ketakwaan dalam diri.

Ustaz Syed Norhisham pula dalam kata alu-aluan mengesyorkan supaya persiapan hari raya sebaik-baiknya hendaklah dibuat sebelum Ramadan supaya semasa Ramadan sepenuh tumpuan dapat di fokuskan pada beribadah sahaja. Cuba semak berapa hari  kita tinggal Solat Terawih. Bagi seseorang yang tertinggal Terawih di masjid, boleh juga solat di rumah samada 8 rakaat ataupun 20 rakaat jika mampu. Menanamkan azam supaya diberi kkekuatan agar dapat menjadikan Bulan Ramadan tahun ini merupakan the best Ramadan dalam hidup kita. Jadikan Ramadan dan ibadah kita berqualiti. Beramal berdasrkan kepada ilmu.  


Kali ini Ustaz Fauzi mengubah daripada mendengar ceramah je kepada membuat pertanyaan pada hadirin berkaitan Ramadan  supaya kedua Penceramah yang terkenal dengan kemuskilan dan tanyalah Ustaz dapat menjawabnya. 

Soalan 1. Sekiranya semasa Ramadan, semasa sahur dan sewaktu rehat sebelum masuk waktunya Azan subuh, sedang makan atau sedang minum tiba-tiba terdengar azan Subuh berkumandang. Bagaimana dengan puasa orang tersebut samada sah ataupun terbatal.

Ustaz Shauqi menjawab hendaklah kita memahami apa sebenarnya maksud definasi puasa itu sendiri. Ianya adalah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang merupakan tempoh berpuasa. Kalau zaman dahulu kita lebeh berpandukan kepada suara Azan yang berkumandang. Tapi pada zaman sekarang terdapat banyaknya kemudahan bagi menentukan waktu berdasarkan kepada bila waktu mula puasa, bila waktu berbuka puasa. Tetapi sekiranya rasa macam ada waktu lagi sebelum masuk Suboh, baru terperasan waktu sahur dah habis diperbolehkan jika tidak perasan. Tetapi makanan yang ada didalam mulut hendaklah diluahkan bukan terus ditelan. Beza bagi berbuka pula jika tersalah waktunya contohnya bunyi azan di radio ingatkan kawasan wilayah Persekutuan terus sahaja berbuka sekali rupanya azan magrib di radio Johor rupanya. Sudah tentu Wilayah persekutuan lambat lagi masuk waktu. Ini dikira batal dan perlu di qada puasa tersebut.  

Ustaz Syed Norhisham pula menerangkan seseorang yang bangun pagi pukul 5, lepas tu makan sahur dan apabila masuk Subuh terus solat. Sahur juga merupakan satu ibadah juga. Beza puasa kita dengan ahli kitab ialah sahur. Sebab pada shur itu ada keberkatannya. Rasulullah bersabda berjanji akan keberkatan sahur itu dan hendaklah makan sedikit walaupun hanya sebutir kurma. Terutamanya kurma Nabi iaitu Kurma Najwa bukannya kurma Yusof Taiyoop ya. Dan jika dah bangun untuk sahur tu solatlah 2 rakaat. Apa lagi waktu tersebut merupakan waktu yang mustajab waktu sebelum sahur. Iadalah sunnah dan barakah waktu sahur itu.

Jawapan pada persoalan tadi waktu adalah tetap dan andaikata terdapat makanan dalam mulut, bila dengar azan, luahkan. Jika makan juga adalah terbatal puasanya.

Soalan 2. Apakah cara terbaik untuk tadarus. Adakah sesetengah tempat berbagi surah dan membaca sehingga habis dan akhirnya khatam Quran. Ada yang seorang membaca dan orang lain mendengar dan memperbaiki bacaan.

Ustaz Syed Norhisham mengucapkan tahniah kepada mereka yang melibatkan diri dalam bertadarus semasa di bulan Ramadan. Bila lagi nak bertadarus jika tidak di bulan Ramadan. Rasulullah bertadarus bersama dengan Jibrail. Membaca Al-Quran juga akan mendapat pahala. Maksud tadarus ialah saling membaca dan menyemak bacaan. Jika buat kumpulan dan dibahagi juzuk dan dibaca serentak ianya adalah silap. Kaedah yang sebaiknya ialah seorang membaca dan orang lain mendengar dan menyemak bacaannya. Terdapat 2 jenis iaitu a. Orang yang mahir membaca akan bersama malaikat. b. Orang yang membaca tergagap-gagap iaitu tidak mahir bersamanya ia memperolehi 2 ganjaran. Walaupun malu kerana tidak mahir tapi dia berusaha kerana iman dan mahu tahu mengenai Al-Quran. 

 Sekiranya masa yang diperuntukkan hanya 1 jam sahaja maka 15 minit akhir kalau boleh dibaca makna ayat semasa tadarus tersebut. Al-Quran memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya.        

Soalan 3. Dari segi ubat-ubatan seperti titis ubat dalam mata, dalam telinga, dalam hidung dan menyedut inhaler bagi yang semput. Adakah batal puasanya. 

Ustaz Shauqi menerangkan kita kena faham maksud puasa itu sendiri iaitu sesuatu yang membatalkan puasa yang masuk dari rongga terbuka dan tidak melepasi masuk ke dalam perut. Masuk titisan ke dalam mata bukan merupakan rongga yang terbuka yang terus ke dalam perut kita. tetapi titisan hidung dan telingga dimana ubat tersebut akhirnya akan masuk ke dalam badan dan juga telinga dan hidung merupakan rongga yang terbuka jadi ianya adalah batal puasa. Manakala suntikan insulin pula ianya di suntik di perut dan perut bukannya rongga terbuka.

Bagi sedutan inhaler pula ada 2 iaitu 

1. mengikut ulamak-ulamak yang terdahulu ianya batal kerana sebab dalam asap tersebut mengandungi ubat yang melepasi mulut dan sampai ke kerongkong.
2. mengikut Ulamak Yusuf Qardawi pula tidak batal kerana sedutan ubat itu masuk ke kerongkong bukan ke perut dan tujuannya bagi meluaskan pernafasan seseorang.


Soalan 4. Berkenaan darah haid. Andai kata hari 1 dan 5 puasa kena haid dan sudah suci dan dah mandi serta berpuasa selama 2 hari tiba-tiba hari ke 3 keluar darah. Adakah ianya darah haid atau istihadah dan samada terus berpuasa atau kena berhenti puasa. 

Mengenai darah haid pula bagi orang perempuan yang konsisten peredarannya boleh bezakan darah tersebut samada haid atau istihadah. Namun bagi yang tidak tetap perjalanan haidnya hendaklah mengetahui maksimum bagi haid ialah 15 hari. Seandainya selepas dari 15 hari ada darah yang keluar ianya sudah di kira darah istihadah dan di wajibkan berpuasa.

       
Soalan 5. Mengenai solat sunat witir. Ianya merupakan solat penutup dan selalunya di buat selepas habis terawikh. Andainya tidak buat solat witir kerana nak berqiamullai tetapi bila tiba masanya terlupa nak buat qiamullai. Apa hukumnya tertinggal solat witir tersebut.

Solat witir adalah solat yang sangat hebat. Solat tersebut selalunya ganjil. Dan ianya merupakan solat penutup bagi malam tersebut. Selalunya di masjid ianya dibuat selepas solat terawikh. Bagi yang berniat nak qiamullai pada malam tersebut dan semasa solat Terawikh tidak ikut imam solat witir, dan apabila tiba masa yang sepatutnya nak buat solat qiamullai tiba-tiba tidak sedar dan terlepas tidak mengapa namun ia dapat pahala sebab dah niat nak membuatnya.

Penutup majlis berakhir pada pukul 11 namun Ustaz Syed Norhisham sempat promosi madu lebah serta habatusaudah yang dibawanya. Madu lebah tersebut sangat berkhasiat jika dijadikan amalan pada setiap hari. begitu juga dengan habatus saudah. Jika ada anak yang berpenyakit eczema boleh kapsul habatus saudah tu di buka dan cecair tu di sapu pada tempat yang berkenaan. Begitu juga jika asthma makan madu baik untuk mengeluarkan kahak yang banyak dalam dada yang menyebabkan kita jadi semput.

  
Selesai majlis apa lagi semua pun menyerbu di belakang, malahan jika sesiapa yang berminat tetapi tidak bawa duit boleh mengambilnya dan bank in duit kemudian. Madu lebah dari Yaman tu bagus tapi mahal, harga sebotol Rm 300. Tapi besarlah botol tu dan tahan lama. Habatus saudah sebotol Rm 60. Jika beli 2 botol dapat free sebotol yang kecil. Hanya promosi semasa majlis ni lah, lepas tu tak tahu ada ke tidak. 

Walaupun rasanya 2 jam tidak cukup namun ilmu yang diberikan banyak manfaatnya. Mudahan semua yang hadir mendapat keberkatan menghadiri majlis ilmu seperti itu.