Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Monday, December 15, 2014
Lamanya bersawang huhuhu
Assalamualaikum,
Ayoyo ama...Aduhaiiiiii bersawang sungguh rumah aku.... huhuhu dari bulan Julai santak sampai la dah nak habis tahun 2014. Teruk sungguh aku. Ni kalau masuk rumah main terjah je, sah-sah le jin bertendang ke hantu pochong ke dok bersidai bergosip kat mesyuarat tingkap, awat le tuan tanah kedawung tak menjengah depa hahahaha sakan sungguh depa bergosip ek. Hish hish hish.
Sebenarnya pada bulan Julai tu kan bulan puasa sibuk dengan ibadah puasa tiba-tiba dikejutkan dengan tragedi MH 17 yang berlaku pada hari jadi aku terus menyentap hati dan perasaan aku nak menulis. Sedih bila teringat-ingat apa lagi bila terbayang-bayang kapal terbang Mas berkecai dek bahana bom manusia durjana. Dah le MH 370 masih lagi tak tahu apa dah jadi padanya. Ni tiba-tiba pesawat MAS kena tembak pula. Tahun ni memang banyak sungguh tragedi berlaku. Apa pun hanya pada Tuhan kita bermohon semuga tanah air ku yang tercinta Malaysia serta rakyatnya sentiasa didalam rahmat dan limpah kurnia Allah hendaknya. Aamin. Semuga Malaysia sentiasa aman dan damai, sentiasa dilimpahi rezeki serta selamat aman dan sejahtera. Aamin. Ya Allah aku bersyukur diatas segala limpah kurnia mu Ya Allah.
Bulan Julai yang lalu aku di naikkan pangkat, alhamdulillah lah syukur di atas limpah kurnia rezeki yang Allah bagi. Tapi sebab masih lagi belum ada penganti bagi jawatan aku yang lama, kerja aku pun jadi double berdouble. Kalau bos kecik memahami dan nak membantu takpe lah juga ni tak malahan pulak bos kecik no 1 dan bos kecik no 2 ni memang selalu je nak cari pasal dengan aku... huhuhu aku boleh jadi sakit jiwa tau melayan kerenah mereka berdua. Dah le Big boss memang perangai tahap dewa, yang bos kecik berdua ni pun tersampuk juga lah konon2 depa species dewa juga. huhuhu masak aku kena layan bos kecik 2 ekor ni. Kalau tak sabar huh memang tak tau le nak cakap macamana. Tak paham aku dengan manusia yang ada pangkat sikit ni terasa macam wah dah besor sangat kuasa. Marah orang pun macam kita ni tak ada perasaan je. depan orang ramai pulak tu. Kalau ko perfect sangat takpe le juga tapi sebab dek kuat mengaircod big bos wah lagak pun kalah big bos yee.
Kadang tension sungguh layan budak muda berijazah yang bagaikan rasa dah besor sangat kerja dan pangkat serta kelulusan depa. Kalau marah je aku masih boleh terima tapi kalau sampai menghina orang, memang aku tak boleh terima. Ko siapa hah nak hina orang. Ko dan aku sama je disisi Allah. Mahluk ciptaan Allah SWT. Yang membezakan diantara kita cuma amal ibadah kepada Allah SWT.
Tapi kalau aku sama naik nak marah dan hina depa tak guna juga sebab aku tak nak sama perangai macam depa so sabar je lah yang boleh aku buat menghadapi hinaan dan kemarahan bos kecik dua-dua ekor tu. Semuga satu masa nanti mereka bertemu buku dengan ruas, baru tahu tinggi ke rendah langit tu. Buat masa ni selagi aku boleh sabar hanya kekuatan sabar dalam diri je yang aku boleh terapkan semuga aku kuat menghadapi dugaan di masa depan. Apa pun aku hanya boleh berdoa dan memohon pada Allah semuga Allah memberi aku kesabaran dan kekuatan tahap tertinggi menghadapi kerenah manusia yang sedang lupa diri. Apa pun dunia ini ibarat roda ok. Masa ni ko rasa ko kat atas, nanti satu masa bila Allah tarik semua kelebihan ko, hah baru tau bahawa setiap perbuatan kita akan mendapat balasannya. Tak semestinya kena tunggu balasan di akhirat je.
Aduhaiiii kawan-kawan ku sekelian maaf lah ye diatas keceluparan bahasa patah perkataan aku diatas tu. Maaf banyak-banyak. Aku sedang tension tahap gaban dengan kerenah manusia yang rasa dia tinggi dan besar sangat kuasa yang mereka ada sampaikan lupa bahawa Allah lah yang maha besar mengatasi sekelian makhluk di dunia ini.
Astaghfirullah Al 'Adzim Astaghfirullah Al 'Adzim Astaghfirullah Al 'Adzim Ampun kan aku YA Allah dan berilah aku kekuatan dan kesabaran Ya Allah agar aku kuat menempuh semua ujian mu ini. Aamin
Thursday, August 14, 2014
Kueh raya dari Brunei
Assalamualaikum,
Masih mood raya lagi kan. Malam Isnin yang lalu dapatlah sms dari Jid maklumkan ada oleh-oleh dari Brunei... wah bestnya. Dah tau dah siapa yang hantar. Sudah semestinya kuih raya dari chef Brunei ni memang aku tabik spring-spring lah sebab idea kreatifnya dalam memasak memang taraf international lah tapi chef nya yang aku kenal dan memang puji melambung ni sebab sentiasa merendah diri dengan siapa sahaja. Tu yang susah nak jumpa ni. Apa pun semuga ukhwah yang terjalin ni sentiasa berpanjangan hendaknya. Amin.
Nak tau macamana boleh kenal... Start bila aku dah lupalah masa dia tapi rasanya macam dalam tahun 2005 ke 2004 gitu enovel baru je meletus. Masa tu internet masih baru kut emm lupa sebab masa tu baru pindah opis ke Putrajaya. Aku terjebak blog Anis Radha penulis Jemari Seni yang pada masa tu menuntut di Jepun. Selalu pergi blog dia baca enovel Radha. Masa tu Pesta buku PWTC tak semeriah seperti sekarang. Dan masa tu novel tidak serancak seperti sekarang. Yang femes masa tu Alaf21 dan Creative Enterprise. Dari situ lah aku terjebak blog penulis Noor Suraya aka Kak su. Masa tu kalau tak silap buku kak su yang pertama yang bertajuk Kerana mu Ain memang aku suka. Dalam blog kaksu pula sedang hangat dengan Nyanyian Tanjung Sepi. Dalam blog juga ada shoutbox jadi berkenalanlah pada setiap hari melalui shout box tu. Walaupun hanya di alam maya je rentetan dari situ lah kami berkenalan. Bila tiba pesta buku berjanjilah nak jumpa kat booth Creative Enterprise bila time Kak su hadir untuk sessi tandatangan buku buat peminat yang datang. Masa tu lah dapat bertemu bertentang mata. Akhirnya jalinan ukhwah tersebut berpanjangan sehingga kini. Malahan ada sekali tu rombongan cik kiah ke Brunei sebab pesta Buku Brunei. Masa tu Kak Su dah buka penerbitan dia sendiri iaitu Jemari Seni. Jadi rombongan tu kiranya serampang 2 mata lah. Menghadiri pesta buku sambil melawat Kak mon dan Ryn. Aku pulak turut sama menyibuk sebab guna label geng ulat buku. Menumpang di teratak rumah Ryn sambil melawat Brunei sambil berkenalan dengan keluarga Kak Mon dan Ryn. Rupanya mereka berdua adik beradik. Dalam blog kadang bercerita bergaduh macam apa ja rupanya usik-usik manja.
Boleh jengah blog Kak mon tapi sejak dah berhenti kerja dan menjadi ushawan kuih ni memang sibuk sampai blog lama dah bersawang. Blog kak mon kalau selak page yang lama-lama emmm memang geram tenguk kuih-muih hasil tangannya, memang cantik-cantik dan kita rasa sayang nak makan sebab cantik sangat.... hahahahaha boleh gitu. Apa pun Kak mon tetap best di hati kengkawannya di Malaysia ni. hehehehe Cayang berjuta-juta lemon.
Ni buku resepi pertama hasil keluaran Jemari Seni. Kita orang tunggu buku resepi yang seterusnya emmm lama sungguh nak siap.
Wah siap ada bekas kuih lagi... cayalah memang sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang
Ni lah kuih import dari Brunei naik belon bah....macam kuih makmur dan cair di mulut... sedap
Ni pun sedap tapi tak tau kuih apa...
Apa pun aku doakan kak mon diberi kesihatan yang baik dan lagi kreatif idea membuat kuih semuga dapat menghasilkan kuih yang lagi canggih-manggih dan sedap-sedap di masa akan datang. Amin.
Monday, August 11, 2014
Sabtuday sakan layan Fahrin Ahmad je
Assalamualaikum,
Wah ayat tak boleh blah punya lah. Kiranya hari sabtu 9hb tu memang sakan le layan drama lakonan Fahrin Ahmad dari pagi santak sampai malam sebab ada 3 drama lakonannya. Pagi pukul 9.30 cerita Bukan cinta Monyet. Kiranya ini ulangan sebab dah pernah di siarkan dalam slot cerekarama tv3. Selepas tu pukul 11.30 pulak Abang Samseng jemur kain dan malamnya pula Yes Boss Raya sambungan dari cerita Yes Boss. emmm melongap-longap le layan Fahrin Ahmad sampai ke malam. Sakan ko... hahahaha
1. Bukan Cinta Biasa
Bukan Cinta biasa ni merupakan adaptasi dari novel terbitan Kakinovel. Masa di tayangkan dulu aku beriya-iya menunggu tapi hampeh sungguh sebab memang sedap layan cerita tersebut tapi bila bab akhir je aku tak tau apa kesudahannya sebab aku dah bantai ngorok.... alaaaaa melepas nasib baik ada ulangannya... jadi memang menunggu lah nak tenguk.
Sinopsis Drama Bukan Cinta Monyet TV3
Kamal Ilham hadir dalam hidup Nurul suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang Kamal Ilham saja yang tahu. Kamal Ilham adalah anak angkat Umi. 8 tahun berlalu dan telah memisahkan Kamal dan Nurul suhana apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran.Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air,membuatkan hati Nurul Suhana berbunga cinta bila melihat Kamal Ilham. Suhana yakin cintanya bukan cinta monyet.
Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul suhana yang menaruh hati pada Kamal Ilham.Kamal Ilham yakin hubungannya dengan Nurul hanya sebagai abang dan adik. Kamal telah mengejutkan Nurul dari lena yang indah dengan bertunang dengan Annetalia. Kecewa dengan pertunangan itu, Nurul Suhana menjauhkan diri. Mendung tidak selamanya sepi. Kehadiran Alvin telah menceriakan hati Nurul Suhana. Hubungan intim mereka telah menimbulkan perasaan cemburu dalam hati Kamal Ilham.
Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?
2. Abang samseng jemur kain
SINOPSIS ABANG SAMSENG JEMUR KAIN
Marzuki merupakan seorang samseng dan sebagai samseng dia sangat ditakuti tetapi apabila isterinya, Elyana menelefon dia akan menjawab dengan manja. Saksikan kesudahan kisahnya.
Pun dah ditayangkan dalam slot cerekarama tapi emm napa aku tak tau pun. Nasib baik ada ulangannya. Cerita ni kelakar sebab bila time kerja wah memang muka macam samseng je dengan dibantu oleh zul yahya dan Cat Farish tapi bila di rumah huhuhu memang suami mithali sungguh. Cuma nama marzuki tu macam tak kena je dengan Fahrin Ahmad tapi maybe sebab watak samseng kut. Hilang watak macho dia bila jadi abang samseng. hahahaha. Tapi yang aku suka sekali part bila isteri iaitu pelakon Tasha Shila mengandung. hahahaha memang terbaek bila Marzuki pun ikut sama mengidam juga malahan part panjat pokok mangga dalam hujan-hujan dan makan buah mangga cecah garam kat atas pokok. hahahahaha part ni memang aku tak tahan sungguh. Memang kelakarlah. Dah lah pokok tu pokok tepi jalan, siap boleh sua buah kat isteri yang memang sedang mengandung makan buah asam juga. Sakan sungguh melantak buah mangga dalam hujan-hujan. Syiok tau kalau panjat pokok lepas tu boleh makan kat atas pokok sambil juntai kaki.... asyikk beb... hahahaha tu zaman aku kecik-kecik dolu-dolu.... la ni takde le.... tapi cekali-cekali cam nak buat je benda terajal tu.... hahahaha
3 Yes Boss Raya
Drama yes bos raya ni kiranya sekual dari drama Yes Bos. Tapi kali ni part bila dah kahwin. Ariana pulak yang lebih sudu dari kuah sebab dah jadi orang kaya sampaikan speking london je manjang. Lepas tu bila Opah datang menjenguk cucunya sebab rindu bila goreng ikan pekasam di marahnya opah tu sebab bau busyuk lah sampaikan Opah pun kecik hati. Adeh bila tenguk Ariana berubah ni emmm rasa meluat pulak dan sian pulak kat Ilham yang jadi pak turut sebab sayangkan isteri. Sekali ada PA baru yang lembut hah baru Ariana rasa tergugat. hehehehe baru tau. Apa pun best juga lah cerita tersebut.
Sinopsis Yes, Boss! Raya
Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?
Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?
Monday, August 4, 2014
Pernah makan sagun potong?
Hah siapa pernah makan sagun potong? Sebenarnya kuih ni merupakan satu kenangan membuat kuih raya aku dengan aruah mak aku. Buat kuih zaman guna dapur kayu time sekolah dolu-dolu. Dan kuih ni rasanya memang susah wooo nak jumpa. Kalau sagun tu hah memang ada jual lagi. Tapi sagun potong emmm memang kuih tradisional dolu-dolu.
Alkisahnya 2 minggu kat koridor E6 dan E7 dekat dengan cafe tu selalunya ada orang berjualan. Tapi sebab nak raya jadi di bagi can berniaga 2 minggu sebelum nak raya. Macam-macam ada jual, kuih, tudung, telekung emmm macam-macam ada. Tempat adik yang jual kuih ni aku selalu beli biskut, pelbagai jenis yang beli pakai timbang berapa gram kita nak. Macam-macam biskut dalam tin dia jual. Sekali masa lalu sebelum nak ke Anjung, nampak le kuih sagun potong ni. Sekali eh eh sagun potong lah. dalam hati dah sukanya sebab memang susah nak jumpa. Tanya adik tu sepaket ni berapa harganya. Harga dia Rm 15. Ada 4 paket aku borong 2 dululah. Tapi kalau ikut qualiti kontrol aruah mak aku, kuih ni memang tak leh jual ni sebab banyak yang hangus... tapi sebab susah nak jumpa aku beli juga. Sekali minggu last aku lalu lagi ada lagi tinggal 2 paket je, terus aku sambar lagi sampai habis. Sebab aku nak tunjuk kat adik-beradik aku kuih yang Aruah mak selalu buat dulu. Aku penah cerita tentang cara nak buat kuih sagun ni dalam kuih dolu-dolu. Jadi bila nampak ianya ada di zaman dunia gadjet sekarang ni sudah tentu aku jadi seronok. Sekurang-kurangnya ada orang pernah buat. Sempat juga lah tanya adik yang jual tu siapa yang buat. Jiran dia yang buat kiranya kuih orang jawalah. Dan adik tu tak segan kata dia berketurunan jawa juga. hehehehe aku pun keturunan jawa jugalah cuma tak pandai speaking jawa je. Tapi yang simple-simple ngomong jawa tu taule dan paham.
Ok jadi masa raya aku tunjuklah kat akak-akak aku, wah semuanya pun teruja. Malahan ada 3 paket lagi entah siapa yang ambil. Tak kisah lah memang nak bagi adik-beradik aku rasa. Hasil kuih sepaket yang kami dah buka, kuih tu keras sikit kemungkinan masa di tekan tu kuat sikit kut. Tapi yang tak leh tahan tu emmm hangus-hangus pun di jualnya juga. Teringat masa dengan aruah mak aku, kalau hangus emmm memang kita orang kena marah punyalah. Dan kalau bakar tu kuih sagun tu dia cantik dan puteh bersih je. Kalau tergaring sikit oklah tapi ni terus nampak hitam emm memang tak lulus untuk jualan tau. Apa lagi kalau masa susun dalam plastik tu kena hati-hati tak leh patah. Apa pun rindunya kenangan buat kuih sagun potong ni. Ala bahannya macam sagun juga cuma di tekan pada acuan dan di bakar. Tu yang membezakan antara sagun dan sagun potong. Jadi petang raya tu berama-ramai kami belasah kuih sagun potong yang dah berkurun kami tak jumpa. Hangus pun hangus lah janji dapat makan. Rangup je rasanya. krup krap krup.
Sunday, August 3, 2014
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Assalamualaikum,
Dah hampir seminggu kita seronok berhariraya dan dah naik kerja pun, aku baru nak ucap Selamat Hari Raya. Alahaiii mood nak menulis sekarang memang ke laut sungguh. Apa lagi sejak memangku kerja baru huhuhu dengan penganti kerja lama belum ada... huhuhu memang agak pening... tapi sebenornya bulan puasa baru ni memang kureng le nak berceloteh... idea pun macam kering kontang je... hish hish ada lah pulak puasa jadi alasan... sebenornya tuan tanah kedawung ni yang mood ke longkang semedang je. Nak buat lagu mana idea nak menulis manjang je takdak idea. Selalu tu merapu meraban banyak pulak idea... hehehe
Tahun ni dah 2 kali sambut raya tanpa aruah mak...*sob sob sob* tu yang kadang rasa sedih je bila sambut Ramadan dan Syawal. Tapi alhamdulillah adik beradik ramai, kaum kerabat pun boleh tahan ramainya, hilang juga rasa sedih tapi sedih bila tabir Ramadan habis, sebelum takbir raya, bagaikan terbayang-bayang aruah mak dan bapa menjenguk kita orang yang sedang sibuk menyediakan juadah raya sebelum mereka kembali semula ke kubur. Al fatihah buat kedua orang tua ku dan juga sanak saudara yang telah kembali ke rahmatullah.
Sempena bulan yang mulia ni aku memohon 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada tulisan aku yang menyentuh perasaan, tersinggung dan marah tanpa aku sedari. Maaf ya saya bukannya insan sempurna. Ada banyak kekhilafan dalam menerajui kehidupan namun sedang cuba untuk menjadi insan yang lebeh baik dalam apa juga yang di lakukan. Kosong-kosong ye.
Monday, July 14, 2014
Iftar bersama pelakon Amar, Izreen dan Shafiq
Assalamualaikum ,
Selamat berpuasa semua. Ada sesiapa mengikuti drama Kerana Terpaksa aku relakan dalam slot Akasia Tv3 tak?. Ceritanya memang best dan novelnya dengar cerita memang terlajak laris hasil keluaran Karya Seni.
Sepatutnya cerita tu habis pada 10hb iaitu Khamis yang lepas tapi sebab hari Isnin ada masalah teknikal, dia ulang semula cerita sebelumnya jadi cerita tu akan berakhir petang nilah hari isnin. Besok dah cerita baru novel adaptasi keluran Prima kalau tak salah tajuknya rindu awak 200% ke apa ... emm lupa dah. Orang kan suka baca novel jadi bila dijadikan drama nak tenguklah macamana gayanya. hehehe kalau dah ada novel dan dah baca, nak tenguk sama tak jalan ceritanya tetapi selalunya bila dah jadi drama mesti dah ada pengubahsuaiannya tapi cerita KTAR ni memang bestlah. Malahan hero dan heroinnya serta adik hero yang jahat jadi femes lah pulak. Untuk meraikannya disebabkan terlajak bestkan, telah diadakan Iftar bersama dengan ke 3 pelakon tersebut iaitu Izreen, Amar dan Shafiq.
Ok tak mau cerita panjang lebar jadi petang Khamis tu aku dan nor pun berdezup lah pi PWTC selepas habis waktu kerja. Tapi dek bila masuk jalan Tun Razak je dah jem gile jadi sampai kat PWTC dah nak pukul 7 petang jugalah. Nasib baik dah daftar dan bayar duit jadi memang ada tempat khas lah. Jadi bila sampai tu tayangan pun dah mula. Masa ni sepatutnya Indah kena kahwin dengan Tajul Fahin sekali rupanya jeng jeng jeng..... hero yang keluar apa lagi lah semua pun bersorak gembira. Hahaha memang bergegar juga lah 1 dewan tu bila Hero yang bersalam dengan Tok Kadi. Kami berhenti bila azan Magrib berkumandang sambil menjamah kurma dan kuih serta minum, tayangan di sambung sehingga habis. Lepas tu mana yang nak Solat magrib boleh lah solat manakala ada yang nak makan boleh sambung balik makan sehinggalah pukul 8.30 acara pentas akan bermula. Masa ni lah ke 3 pelakon berkeliling berjumpa dengan peminat masing-masing.
Indah dan Tajul Razin bergandingan bertemu peminat
Anak Izreen ni memang comel, sekejap-kejap dengan Amar, kadang dengan Safiq. Tak menangis dia. kecik-kecik dah hensem ko... hah tenguk tu memang kiut miut lah.
Juadah yang ada.
Kek yang comel sangat.
Masa acara kat pentas, Ke 3 pelakon kena dera dengan pengacara majlis. Ikut kata penonton nak buat adegan apa. samada romantik ke sedih ke dan sebagainya. Peminat sudah tentulah nak adegan romantik. Memang kelakorlah.
Ni kunun-kunun adegan romantik antara Indah dengan Tajul Razin
Lepas tu acara bersama dengan peminat, masing-masing dapat seorang peminat untuk digandingkan bersama. Rupanya peminat dari Singapura pun ada juga. Ada yang dari sabah, dari Kuala Lipis pun ado. Sebelum ni aku dah hadir gathering dengan Remy Ishak dan Fahrin Ahmad dan setiap tu pun mesti ada seorang peminat kipas mati dari Singapura yang sanggup datang dari jauh hanya kerana artis pujaan mereka. Kali ini pun ada iaitu peminat yang bersama dengan Shafiq.
Ni adegan tarian Izreen dengan peminatnya. Kelakor sungguh sampai terbaring-baring kat atas pentas. Pengacara tu pula entah apa yang dibuatnya. hahahahaha semua pun gelak ketawa melihat aksi mereka menari dengan menggunakan lagu latar drama iaitu Patah sayap.
Ni pula Shafiq dengan peminat dari Singapura. Yang kelakor tu pengacara menjadi sepohon pokok. Yang best lagi dah macam acara hindustan lah pulak. Main kejor-kejor keliling pokok. Ajeee sampai senak perut kita orang dok gelak. Memang kelakorlah.
Yang Amar pula suruh pengacara majlis tu jadi kerusi. Hahahaha Memang gempak sungguh bila peminat perempuan tu dok ala-ala merayu-rayu gitu sampai terduduk-duduk.
Lepas tu pilih mengikut kata peminat mana yang best, rasanya yang menang Izreen kut.
Selepas tu sessi tandatangan dan ambil gambar.
Cantik gambar wall pondok dengan dummy basikal merah, rasa bagaikan dah balik kampung je.
Ni tak tahu siapa yang bagi. Tapi keknya cantik.
sessi sign atograph
Dalam tv nampak macam dewasa sangat tapi bila dah berdepan alahaiiii muda lagi... almaklumle pelapis pelakon baru malaysia. Dalam KTAR selalu serius je tapi kali ni bila selalu senyum manis menawan je.
Ni bersama geng satu meja.
Dan nilah hasilnya.
Dan jangan lupa petang ni saksikan drama terakhir. apa jadi pada Indah yang dah melarikan diri. Dan bagaimana kesudahannya.
Tuesday, July 1, 2014
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan
Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Sebelum terlupa nak mengucapkan Selamat menyambut Ramadan buat kengkawan semua dan maaf zahir batin. Minggu lepas hari Jumaat Bahagian Unit Integriti telah menganjurkan Program Bicara Hati yang bertajuk AHLAN YA WAHSAHLAN YA RAMADAN.. Penceramah Jemputan ialah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang yang selalu keluar di TV9 dan Ustaz Shauqi Othman yang merupakan pensyarah Kanan di UPM dan selalu keluar dalam tv juga dan moderatornya Ustaz Fauzi Mustafa ala yang femes kat TV3 tu.
Ok jadi kali ni aku nak share apa yang aku dah dapat dalam ceramah tersebut yang berhubungkaitnya dengan Bulan Ramadan bulan yang mulia ni.
Ustaz Shauqi dalam ceramah awalnya supaya meraikan kedatangan Ramadan dan perbanyakkan lah doa supaya kita dapat merasa Bulan Ramadan sebab takut kita tidak sempat merasa Bulan Ramadan. Dan belum tentu lagi kita dapat merasa Bulan Ramadan yang akan datang sebab tidak tahu bila saat kematian akan menjelma.
Seronoknya bulan Ramadan sebab kita boleh berpesta ibadah. Bila datang bulan Ramadan dibuka pintu syurga yang bermakna dibuka segala amal soleh untuk memudahkan kita perbanyakkan amal ibadah. Ini merupakan satu rahmat dari Allah buat umatnya supaya berlumba-lumba menambahkan amal ibadahnya.
Sebab itu bila Ramadan datang kita rasa 2 keseronokan iaitu 1. seronok membeli-belah nak raya opss bukan seronok semasa berbuka puasa dan 2 seronok sebab dapat beribadah sebanyak-banyaknya dan menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Sebab itu kita harus manfaatkan kedatangan Ramadan ini. Rebut peluang yang datang hanya sebulan sekali dalam setahun.
Amat malangnya orang yang berada di bulan Ramadan jika masih tidak mendapat pengampunan Allah SWT. Jadi hendaklah membuat persediaan bagi menambahkan lagi ketakwaan dalam diri.
Ustaz Syed Norhisham pula dalam kata alu-aluan mengesyorkan supaya persiapan hari raya sebaik-baiknya hendaklah dibuat sebelum Ramadan supaya semasa Ramadan sepenuh tumpuan dapat di fokuskan pada beribadah sahaja. Cuba semak berapa hari kita tinggal Solat Terawih. Bagi seseorang yang tertinggal Terawih di masjid, boleh juga solat di rumah samada 8 rakaat ataupun 20 rakaat jika mampu. Menanamkan azam supaya diberi kkekuatan agar dapat menjadikan Bulan Ramadan tahun ini merupakan the best Ramadan dalam hidup kita. Jadikan Ramadan dan ibadah kita berqualiti. Beramal berdasrkan kepada ilmu.
Kali ini Ustaz Fauzi mengubah daripada mendengar ceramah je kepada membuat pertanyaan pada hadirin berkaitan Ramadan supaya kedua Penceramah yang terkenal dengan kemuskilan dan tanyalah Ustaz dapat menjawabnya.
Soalan 1. Sekiranya semasa Ramadan, semasa sahur dan sewaktu rehat sebelum masuk waktunya Azan subuh, sedang makan atau sedang minum tiba-tiba terdengar azan Subuh berkumandang. Bagaimana dengan puasa orang tersebut samada sah ataupun terbatal.
Ustaz Shauqi menjawab hendaklah kita memahami apa sebenarnya maksud definasi puasa itu sendiri. Ianya adalah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang merupakan tempoh berpuasa. Kalau zaman dahulu kita lebeh berpandukan kepada suara Azan yang berkumandang. Tapi pada zaman sekarang terdapat banyaknya kemudahan bagi menentukan waktu berdasarkan kepada bila waktu mula puasa, bila waktu berbuka puasa. Tetapi sekiranya rasa macam ada waktu lagi sebelum masuk Suboh, baru terperasan waktu sahur dah habis diperbolehkan jika tidak perasan. Tetapi makanan yang ada didalam mulut hendaklah diluahkan bukan terus ditelan. Beza bagi berbuka pula jika tersalah waktunya contohnya bunyi azan di radio ingatkan kawasan wilayah Persekutuan terus sahaja berbuka sekali rupanya azan magrib di radio Johor rupanya. Sudah tentu Wilayah persekutuan lambat lagi masuk waktu. Ini dikira batal dan perlu di qada puasa tersebut.
Ustaz Syed Norhisham pula menerangkan seseorang yang bangun pagi pukul 5, lepas tu makan sahur dan apabila masuk Subuh terus solat. Sahur juga merupakan satu ibadah juga. Beza puasa kita dengan ahli kitab ialah sahur. Sebab pada shur itu ada keberkatannya. Rasulullah bersabda berjanji akan keberkatan sahur itu dan hendaklah makan sedikit walaupun hanya sebutir kurma. Terutamanya kurma Nabi iaitu Kurma Najwa bukannya kurma Yusof Taiyoop ya. Dan jika dah bangun untuk sahur tu solatlah 2 rakaat. Apa lagi waktu tersebut merupakan waktu yang mustajab waktu sebelum sahur. Iadalah sunnah dan barakah waktu sahur itu.
Jawapan pada persoalan tadi waktu adalah tetap dan andaikata terdapat makanan dalam mulut, bila dengar azan, luahkan. Jika makan juga adalah terbatal puasanya.
Soalan 2. Apakah cara terbaik untuk tadarus. Adakah sesetengah tempat berbagi surah dan membaca sehingga habis dan akhirnya khatam Quran. Ada yang seorang membaca dan orang lain mendengar dan memperbaiki bacaan.
Ustaz Syed Norhisham mengucapkan tahniah kepada mereka yang melibatkan diri dalam bertadarus semasa di bulan Ramadan. Bila lagi nak bertadarus jika tidak di bulan Ramadan. Rasulullah bertadarus bersama dengan Jibrail. Membaca Al-Quran juga akan mendapat pahala. Maksud tadarus ialah saling membaca dan menyemak bacaan. Jika buat kumpulan dan dibahagi juzuk dan dibaca serentak ianya adalah silap. Kaedah yang sebaiknya ialah seorang membaca dan orang lain mendengar dan menyemak bacaannya. Terdapat 2 jenis iaitu a. Orang yang mahir membaca akan bersama malaikat. b. Orang yang membaca tergagap-gagap iaitu tidak mahir bersamanya ia memperolehi 2 ganjaran. Walaupun malu kerana tidak mahir tapi dia berusaha kerana iman dan mahu tahu mengenai Al-Quran.
Sekiranya masa yang diperuntukkan hanya 1 jam sahaja maka 15 minit akhir kalau boleh dibaca makna ayat semasa tadarus tersebut. Al-Quran memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya.
Soalan 3. Dari segi ubat-ubatan seperti titis ubat dalam mata, dalam telinga, dalam hidung dan menyedut inhaler bagi yang semput. Adakah batal puasanya.
Ustaz Shauqi menerangkan kita kena faham maksud puasa itu sendiri iaitu sesuatu yang membatalkan puasa yang masuk dari rongga terbuka dan tidak melepasi masuk ke dalam perut. Masuk titisan ke dalam mata bukan merupakan rongga yang terbuka yang terus ke dalam perut kita. tetapi titisan hidung dan telingga dimana ubat tersebut akhirnya akan masuk ke dalam badan dan juga telinga dan hidung merupakan rongga yang terbuka jadi ianya adalah batal puasa. Manakala suntikan insulin pula ianya di suntik di perut dan perut bukannya rongga terbuka.
Bagi sedutan inhaler pula ada 2 iaitu
1. mengikut ulamak-ulamak yang terdahulu ianya batal kerana sebab dalam asap tersebut mengandungi ubat yang melepasi mulut dan sampai ke kerongkong.
2. mengikut Ulamak Yusuf Qardawi pula tidak batal kerana sedutan ubat itu masuk ke kerongkong bukan ke perut dan tujuannya bagi meluaskan pernafasan seseorang.
Soalan 4. Berkenaan darah haid. Andai kata hari 1 dan 5 puasa kena haid dan sudah suci dan dah mandi serta berpuasa selama 2 hari tiba-tiba hari ke 3 keluar darah. Adakah ianya darah haid atau istihadah dan samada terus berpuasa atau kena berhenti puasa.
Mengenai darah haid pula bagi orang perempuan yang konsisten peredarannya boleh bezakan darah tersebut samada haid atau istihadah. Namun bagi yang tidak tetap perjalanan haidnya hendaklah mengetahui maksimum bagi haid ialah 15 hari. Seandainya selepas dari 15 hari ada darah yang keluar ianya sudah di kira darah istihadah dan di wajibkan berpuasa.
Soalan 5. Mengenai solat sunat witir. Ianya merupakan solat penutup dan selalunya di buat selepas habis terawikh. Andainya tidak buat solat witir kerana nak berqiamullai tetapi bila tiba masanya terlupa nak buat qiamullai. Apa hukumnya tertinggal solat witir tersebut.
Solat witir adalah solat yang sangat hebat. Solat tersebut selalunya ganjil. Dan ianya merupakan solat penutup bagi malam tersebut. Selalunya di masjid ianya dibuat selepas solat terawikh. Bagi yang berniat nak qiamullai pada malam tersebut dan semasa solat Terawikh tidak ikut imam solat witir, dan apabila tiba masa yang sepatutnya nak buat solat qiamullai tiba-tiba tidak sedar dan terlepas tidak mengapa namun ia dapat pahala sebab dah niat nak membuatnya.
Penutup majlis berakhir pada pukul 11 namun Ustaz Syed Norhisham sempat promosi madu lebah serta habatusaudah yang dibawanya. Madu lebah tersebut sangat berkhasiat jika dijadikan amalan pada setiap hari. begitu juga dengan habatus saudah. Jika ada anak yang berpenyakit eczema boleh kapsul habatus saudah tu di buka dan cecair tu di sapu pada tempat yang berkenaan. Begitu juga jika asthma makan madu baik untuk mengeluarkan kahak yang banyak dalam dada yang menyebabkan kita jadi semput.
Selesai majlis apa lagi semua pun menyerbu di belakang, malahan jika sesiapa yang berminat tetapi tidak bawa duit boleh mengambilnya dan bank in duit kemudian. Madu lebah dari Yaman tu bagus tapi mahal, harga sebotol Rm 300. Tapi besarlah botol tu dan tahan lama. Habatus saudah sebotol Rm 60. Jika beli 2 botol dapat free sebotol yang kecil. Hanya promosi semasa majlis ni lah, lepas tu tak tahu ada ke tidak.
Walaupun rasanya 2 jam tidak cukup namun ilmu yang diberikan banyak manfaatnya. Mudahan semua yang hadir mendapat keberkatan menghadiri majlis ilmu seperti itu.
Tuesday, June 24, 2014
Floria 2014
Assalamualaikum,
Beri laluan beri laluan. hehehehe. Acara selingan ya sebelum sessi jenjalan Bromo aku siapkan. Ni kita orang pergi hari last iaitu 22hb Jun 2014. Floria kalau tak pergi huh memang rasa macam tak best je kalau tak dapat jejak. Sebenarnya kita orang balik kampung hari Jumaatnya. Balik sebab nak membersihkan kawasan rumah kat kampung. Cuaca panas sangat jadi sekejap menyabit rumput, sekejap lagi lepak minum air. Al maklumle kudratnya dah tak daya. Kali ni aku dan 4 akak aku je yang berkesempatan manakala adik aku Faizan sempat meracun rumput dan tengahari tu kelam-kabut balik melaka nak ambil anaknya tuisyen. Jadi bila dah menyembang tu apa lagi le terhighlight pasal Floria kat Putrajaya. Kak Jal tergoda juga. Jadi besoknya iaitu hari Ahad tu pagi-pagi lagi kami pun balik KL dan Kak Jal ikut kami. Sebab nak singgah ke Floria le tu. Apa lagi agenda membeli orkid. Sampai kat Putrajaya anak dia Julie yang tolong hantarkan. Fuh nasib baik sampai dalam kul 10.30 pagi tu, belum ramai lagi orang tapi cuaca dah mula panas le. Aku pun berkelilinglah dengan Kak Jal dan Julie, sambil ambil gambar sambil membelek. Dah pindah tempat baru dan dikenakan bayaran sebanyak Rm3 bagi dewasa dan Rm 1 bagi kanak-kanak. Landskap macam kureng, ke aku yang tak habis meronda. Selalunya landskap dia ada pertandingan samada pihak swasta, kerajaan, universiti atau sekolah. Suka tenguk landskap taman yang dipertandingkan. Ok kita layan gambar.
Payung bergantungan ni di pintu masuk menjadi trendmark dan paling disukai ramai. Kalau malam mesti cantik sebab pada setiap payung tersebut terdapat lampu didalamnya.
Kat sini banyak frame boleh di posing
Macam-macam frame ada
Macam kupu-kupu kan?
Suka tenguk wall paper dia yang berlatarkan kebiruan langit. Agak-agak ada tak yang besar yang aku boleh tepek kat wall rumah? Seluas-luas dinding... hehehehe
Ni sungguh kreatif pakai botol-botol comel.
Bestkan kalau ada taman macam ni?
Tapi paling suka melihat Taman Pinwheel sebanyak saujana mata memandang. Masa ni angin bertiup jadi berpusing-pusing pinwheel tersebut
Ini hasil barang terbuang
Ala-ala macam cerita dalam Kartun Gila-Gila Vespa A.Mahmud From Taiping with Love je.
Bestnya kalau dapat tanam limau sunkist ni. Tak payah susah-susah beli jus sunkist dah boleh petik dan perah buahnya, tapi mahal wooo
Rupanya macam ni pokok Sundal Malam. Bagus ni pokok wangi
Oh rupanya ni pokok Dani. Rasanya masa kat muor hari tu aku ada ambil gambar pokok tersebut sedang berbunga banyak.
Orkid kata akak aku tak banyak tidak seperti Floria pada tahun 2010 yang memang pelbagai jenis.
Suka melihat payung-payung berayun-ayun
Ni pokok pelik sikit, aku tak penah jumpa lagi macam ekor kucing je
Orkid kuning ni kalau berbunga memang banyak dan cantik buat hiasan atas meja
Akak-akak aku selepas habis membelek taman apa lagi yang di tuju kedai orkid le. Hah ko sampai penuh tangan dengan pokok orkid. Lepas tu entah macamana , salah satu pokok orkidnya pucuknya terpatah. Huh bengang sungguh dia. Apa pun puas hati dapat membeli. Balik rumah je dok belek-belek pokok orkid yang dibeli, sebelum masuk rumah. Alahaiiii akak-akak aku. Tu nasib baik akak yang kat Parit Sulong tak ikut, kalau tak huh lagi lama le menebeng kat kedai orkid tu.