Tuesday, October 6, 2015

Misi ke Penang Bhg 4 (Balik)

Assalamualaikum,
Akhirnya sampai juga  ke airport. Kereta sewa kita orang letak je kat tepi jalan berhampiran airport. Kalau ikut iejay tuan kereta tu akan ambil dalam pukul 5 petang. Masa kita orang sampai ni dah hampir pukul 5. Flight dalam pukul 7. Dah bersihkan barang semua dalam kereta terus cari surau kat airport. Langsaikan mana yang tercicir sambil rehat sekejap. Sambil kemas barang yang dibeli dan susun barang dalam beg.  Oleh kerana tak ambil lugage, terus lah check in. Lepak kat dalam. 




Kapal terbang dah sampai... yeh yeh. Masa sembang-sembang menunggu nak masuk, kaknoor tanyalah kenapalah kita tak tidur semalam kat penang. Ni terkejor-kejor dari malam semalam, lepas tu zoom sana zoom sini rasa macam banyak tempat tak cover lagi. Tapi sebab dah beli tiket.. besok balik hari Ahad boleh relaks lah. haah kan tak terfikir pun nak tidur semalam kat penang. Cuma ingat nak naik kapal pesta buku je. Tapi bila buat macam ni masing-masing rasa seronok. Dah berangan lah pulak nak ekspedisi sehari ke Padang Besar lah pulak naik ETS. Semua pun jadi seronok lah pulak. Sesekali main terjah-terjah camni trill lah pulak. Sesekali buat kerja giler seronok pulak.   

Barisan menunggu nak masuk. Ramai juga orang..kita orang tunggu belakang je sebab seat belakang.

Bye bye penang

Airport Penang


Cantik kan suasana matahari nak tenggelam. Dan semasa baru naik adalah gegaran. Huh Seriau le juga. Tapi nasib baik tak lama mengalaminya sebab selepas tu cuaca elaok je. Walau pun sekejap sempat pulak tu order makan Nasi Lemak Pak Naser. hahahaha Memang makan habis je dah announce nak sampai KLIA2 


Ni Kak Uda ambil gambar bagaikan kepolan kapas .

Sampai kat KLIA2 dah pukul 8 malam. Lenggang kangkung le kita orang menuju ke surau. Solat sambil melepaskan kelelahan. Keluar dari surau dah sunyi dah tinggal orang yang nak terobang je. Oleh kerana separuh lagi perjalanan nampak le kenderaan shuttle. Apa lagi tahan lah dan muat naik ber4. Fuh adik pemandu tu bawa kita orang round keliling. Seronoknya. Kak Uda dan Kaknoor kat depan melayan adik pemandu tu. Dia bawa kita orang pusing sampai ke hujung P20 lepas tu pusing balik sehingga sampai kat hentian akhir yang macam naik bukit tu. Oleh kerana rajin adik tu melayan kita orang, ada kek kukus dalam bekas yang masih elok dan banyak lagi aku bagi kat dia. Ya lah dari memberatkan beg je bawa balik rumah sedekah kat orang kan bagus. 

Iejay balik dengan kakaknya yang datang menjemput anak beranak. Dan masa kita orang beli tiket, terserempak dengan Iejay dan keluarga kakaknya. Jadi kita orang pun saing lah 1 train. Iejay dan Kak uda turun di Putrajaya Central dan aku dan Kaknoor turun di Bandar Tasik Selatan. Ambil teksi di area LRT, dapat pemandu teksi Cina yang baik. Sebelum ni ambil teksi di area BTS dia charge Rm26 lepas tu banyak songel pulak, memang bengangle pemandu teksi melayu sebelum tu , lepas tu berlagaklah pulak huhuhuhu tapi alhamdulillah kali ini dalam Rm18. Oleh kerana pemandu teksi cina tu baik aku bagi je Rm 20. Kalau orang baik kita pun rasa senang je nak berbaki rezeki kan.  Alhamdulillah akhirnya sampai rumah dalam pukul 10 malam. Misi menjejaki pesta Buku atas kapal terlaksana dengan gembiranya.         

9 comments:

  1. main terjah-terjah, unplanned trip, memang best..

    belum pernah lg naik ETS..best jg gi Padang Besaq..

    ReplyDelete
  2. Nohas... tu le kekdahnya... main terjah-terjah sanggup sungguh dek kerana nak tenguk pesta buku atas kapal. Member kata best sebab dalam 1 hari dah sampai padang Besar, tu yang dah ada ura-ura nak terjah ke Padang besar pulak naik ETS. Jom jom jom

    ReplyDelete
  3. Bestnya lah dapt pegi Pesta Buku dalam sehari plak tu..klu dpt bermalam sehari ok jugakkan..hehe..mesti seronok..yg penting dapat apa yg di inginkan..
    Jarang buat trip sehari...:)

    ReplyDelete
  4. pergi balik ke penang cepat juga masanya tu...mesti asyik berkira-kira bajet masa agar semua hajat terlaksana dlm masa yg sedikit tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak notie,

    Best baca entry Kak notie.. Minggu depan saya pi Penang tapi naik bas ala rombongan cik Kiah.. Ada lawatan syarikat ;-)

    ReplyDelete
  6. Bunda-nora... Padang besar best kan kan.. kalau bab shupping best aje. Jom jom jom

    Atie... hehehehe sesekali buat kerja giler syiok juga. Terkejor sana terkejor sini. Ada geng pulak tu memangle seronok.

    Sis PI... dah buat iternary sehari tapi berubah mengikut keadaan. Tapi sebab naik Makcik Asiah memang kena kejor waktu takut terbabas. hehehe

    Lz... wah tu lagi syiok tu rombongan cik Kiah. Selamat berpoya-poya ya. Makanan Penang sedap... pi rayau-rayau... banyak tempat leh terjah.

    ReplyDelete
  7. betul , klu dpt tidur semalaman , byk lagi tpt dpt cover termasuk pasar malam ... mmg rugi rasanya . penat pun ya juga . tapi blh gi lagi kan ...

    ReplyDelete
  8. Qaseh tapi trill juga pergi sehari macam tu. Walaupun banyak tak cover sessi terjah sana terjah sini pun dah oklah. Pergi lagi kena booking hotel dan buat iltenari yang lagi havoc samada leh gie bukit bendera ke ladang buah-buahan ke. Satu pulau leh ronda kan.

    ReplyDelete