Monday, October 31, 2016

JJCM Melaka ke PD - Upside Down dan Balik KL

Assalamualaikum, wah lama sungguh nak update citer sampaikan dah nak basi dah. Ok lah nak selesaikan cerita misi mencari asam pedas melaka ni ya. 

Setelah bergembira diDesa Balqis,  kita orang pun meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Kuala Linggi ni bersempadan dengan Linggi di Negeri Sembilan. Dah dekat dah dengan Port Dickson jadi kita orang pit stop kat PD dulu sebelum balik KL. Kali ni persinggahan kita orang ialah Rumah terbalik.  Rumah terbalik ni sebenarnya terletak didalam rumah kedai 2 tingkat. Rasanya dia ambil 2 blok. 

Masa sampai ni bila tenguk rumah 2 tingkat rasa cuak juga. Ialah kan aku kan bawa Kak Nam. Setelah malam semalam makan di Port Supai, kami terpaksa maklum bahawa Kak Nam masih belum sihat lagi dan tak sesuai berjalan di tempat yang banyak liku-liku dan banyak tangga.  Kalau dah rumah kedai 2 tingkat dah tentulah ada kena naik tangga kan. Tapi Kak Nam bersemangat juga nak masuk. Jalan lah dia slow-slow. Emm kalau bab berjalan memang nombor wahid lah Kak Nam ni.   

                 Dah beli tiket kita orang pun masuk. Orang tak ramai sangat jadi mudah lah nak ambil gambar.

      Selain daripada barang-barang terbalik banyak le juga props-props yang ada untuk kita posing ya. Salah satu ni macam ni hah. Oh hati ku tertusuk panel hijau....adududududu....


Punyale siksa aku kena masuk dalam lubang tandas huh huk huk help help help. 


    Nak bagi realistik sepatutnya gambar ni di terbalik kan baru nampak macam kita orang terbalik hehehehe


  Kalau agak-agak tak reti nak posing lagu mana hah tenguk contoh ni..baru ada idea macamana nak posing.



Kalau aku le terpenyet kat dalam timbunanan buku-buku tu boleh mencairkan lemak-lemak tepu aku memang hari-hari aku masuk di celah-celah timbunan buku-buku tersebut almaklumle aku kan geng ulat buku. 


Comel je gaya kaknoor... wah kak uda tiba-tiba ada bonggol 


Nampak sangat gaya takut cam kelakor je hahahahahaha 

Aksi ala-ala santai le kononnya... adehai

   Dalam kawasan rumah kedai tu sebenarnya macam-macam benda yang cinonit, bagaikan kita ni jadi raksaksa je sebab benda ala tu semua di buat kecik.

                          Tenguk tu hah rakraksa duduk nasib baik tak pecah kerusinya....hohohoho


                           Dalam ruangan yang kecil pelbagai props didalam satu floor.

Selesai semuanya kita orang pun balik. Masa nak turun tangga ni risau juga tenguk kak nam nak turun. Nasib baik tak curam sangat. Lepas tu aku terus ambil keta berhenti depan rumah terbalik tu menjemput Kak nam. Sepatutnya lepas rumah terbalik nak pergi ladang Burung Ostrich. Tapi dah tengahari dan takut kotor baju Kaknoor suruh pi solat dulu. Dah keluar dari Desa Balqish dah pukul 12, posing bagai dah ambil 1 jam dah masuk zohor lah. Lepas selesai solat bagai, nampak kedai asam pedas. Tapi masa tu rasanya dah pukul 2 lebih. Kita orang terjah untuk makan tengahari.


Ada 2 kedai berdekatan. KIta orang masuk yang ini sebab aku cuma nampak depan dia yang kosong dan mudah nak parking. Yang sebelah sana tu nampak penuh. Dekat je tempatnya berhampiran Teluk Kemang


                                                   Asam Pedas Warisan...... jom makan

       Oleh kerana dah lambat tinggal ikan Kembong je. Orang boleh tahan ramai masa ni. Hari Ahad kan orang kan selalu jalan-jalan area PD ni.


     Lauk semua dah habis jadi minta telur dadar lawan dengan salad je. Dapat lah makan sorang se ekor. Lauk panas-panas emmmm sedap je makan bila sudah lapar. Sekurang-kurang nya dapat makan asam pedas lagi. Ni kiranya asam pedas Nogori Sembilan. Sebab makan di Port Dickson.


   Hah tenguk tu tak kecur ke tenguk asam pedas ikan kembong. Kuahnya fuh pekat melikat.

Selesai makan terus tak jadi ke Ladang Ostrich sebab dah pukul 3 lebih. Kita orang pun terus balik KL. Oleh kerana minyak kereta dah tinggal 1 bar terus cari Petronas kat bandar PD. Lepas tu semasa nak cari jalan ke KL lalu lah muzium Tentera Darat. Wah nampak best je. lain kali boleh lah terjah.

 Hantar Kak Nam balik dulu di Salak Tinggi, lepas tu Kak Uda di Putrajaya dan seterusnya Kak noor di Bandar Tasik Selatan. Akhirnya misi mencari asam pedas ke Melaka sehingga ke Port Dickson berakhir bila aku sampai di rumah dalam pukul 7 petang. Alhamdulillah selamat semuanya.  

Monday, October 3, 2016

JJCM Melaka ke PD - Desa Balqis


Assalamualaikum,

Wah dah banyak hari tak mengupdate... tiba-tiba mood nak bercerita pulak ke laut.... huhuhu lepas tu busy sikit tu yang terlupa cerita pi melaka ni. Tu pun dah ada ura-ura nak repeat lagi .... amboiiiii sakan sungguh. Ok kita sambung balik cerita. Kali ini mengenai Desa Balqis Resort. 


Rumah yang kita orang booking ni iaitu Rumah Kak chik ni ada 1 bilik tidur dan 1 bilik air. Ada 4 kategori nama yang berlainan tapi konsep rumahnya sama. 

    Kita jenguk bilik air dia ya. Bilik air ada satu dan besar. Mandi beramai-ramai kat  dalam ni pun boleh hehehehe. Dok kat lantai tu ko sental aku, aku sental ko pulak. hahaha pakai kain berkemban berdua. Bukan skandal ye berjimba mandi bersama. hehehehe. Eleh dulu masa kecik-kecik seronok je mandi bersama, beramai-ramai dengan akak sebab kolah mandi rumah Aruah nenek besor. Erkkk terkenang semasa dulu lah pulak. Ok Tingkap tu kalau di buka lorrrrr orang luar boleh nampak siapa yang sedang duduk termenung. hehehehe. Jadi janganle terfikir nak buka tingkap tu ye.


Masa masuk rumah, semua tingkap berkunci. Jadi bila pagi esoknya semua tingkap di buka ..wah dah macam rumah kat kampung ja. Banyak tingkap dan banyak angin masuk. Belah kiri pintu ke bilik tidur manakala belah kanan tu pintu keluar ke pangkin luarnya. 



Ni bilik beradu ya. Ada 2 tilam spare didalamnya. Katil double muat untuk 2 orang. Tilam yang 2 lagi nun kita orang bentangkan kat hujung tu dekat meja solek. Kalau 2 tilam di sambungkan pun boleh lagi 3 orang dok bergolek atasnya.  Tingkap tu kalau di buka memang le nampak segala alam dalam bilik kita orang. Free show lagi ya.... hahahaha. Jadi untuk keselamatan tak payah buka ya.   

  Bila pagi tingkap yang dekat meja makan ni kita orang buka. Seronoknya dengan pemandangan di tepi pantai.


     Ni kalau ke empat rumah penuh ni, seronok bersantai di pangkin kat belakang ramai-ramai kan. Memang gegak gempita kalau semuanya puak aku yang dok kat sini. hehehehe Sambil dok mencicah buah asam dengan rojak Mak Bee huh sedapnya hingga menjlat jari sambil berjemaah bergosip. hahahaha



Hanya rumah Kak chik je yang ada penghuninya iaitu kami. Dihujung tu dekat dengan kolam renang adalah Kak long, Kak Ngah , Kak Lang. Pintu depan 4 chalet. 

Berselfie sebelum balik. Ni depan pintu rumah Kak chik menghadap rumah lain dan padang permainan yang luas. 

Siap semuanya kita orang pun berangkat pulang. Macam tak puas je bersantai kat pangkin pagi tu. Sebab rasa relax sangat, dapat duduk sambil makan sambil bergosip mak jemah. Ngok ngek ngok ngek sekali tenguk jam lah dah nak dekat pukul 11. Emm rasa malas je nak balik tapi  dok semalam je kena lah check out pukul 12.  Siap semua barang dalam kereta apa lagi jom balik KL. 



Tapi sebelum sampai kat rumah admin, kita orang stop dulu depan papan perasmian ni. Jalannya sempit jadi main stop je. Masa tu Kak uda dah tanya kenapa nak stop kat situ. Aku kata nak ambil gambar rumah bertangga kat situ. Sekali dia kata ala..... tangga tu tak cantik. Aku tak kisah, janji aku nak ambil gambar rumah lain yang cantik-cantik di belakangnya..... sekali bila tenguk aku turun dan  tinggal je semua yang dalam kereta tu dan ambil gambar rumah-rumah kat situ, dia pun ikut turun juga..... hik eleh.... tangga yang dia kata tak cantik lah yang diambilnya.... huhuhu Rumah tangga tak cantik tu rumah Pak Long. Ada penghuni rupanya jadi ambil gambar senyap-senyap je. 



       Hah ni yang kak uda kata tangga tak cantik iaitu Rumah Pak Long. Tapi tangga ni juga yang dia ambil gambar. Nampak ada kasut jadi mesti ada orang. Pi jengah rumah belakang.


             Sederet lagi rumah .Yang hujung tu rumah Pak su, Pak Teh dan Hj Mat Zin yang tangga hijau tu.  

   Tu rumah Pak Anjang dan hujung nun ada canopy tu rumah Pak Lang. Rumah Pak Lang yang paling besar sebab ada 5 bilik. Masa tenguk sekeliling ni nampak di rumah Pak Lang ramai ahli perwakilan sedang mendengar ceramah. hehehe... duduk kat lantai papan reramai kat hall dia seronok sekali , nun di hujung tu rumah Kak chik.



    Ini pula yang di tengah-tengah adalah tempat makan atau buat aktiviti BBQ di sini pun boleh.

         Ni bilik Pakcik di bawahnya dan bilik adik dan kakak diatasnya.

      Ni pula rumah Pak Ngah.... cantikkan tangga dia. Bila tenguk tangga bermacam corak ni teringat zaman rumah kampung ada tangga. Tiap kali bergambar hah bertenggek ramai-ramai kat tangga tu. Bila rumah kayu di turunkan jadi rumah batu, semua tangga tu kena buang jadi takdelah lagi berposing depan tangga lagi. Jadi bila tenguk tangga depan rumah macam ni teringat nostalgia lama.

      Ni rasanya rumah Penghulu. Tapi tenguk rumah tangga kayu macam ni pun best. Patutnya sebelah tangga ni letak lah tempayan berisi air dengan penceduk air. Bila nak naik rumah kena basuh kaki dengan air dari tempayan tu. Rasa balik ke zaman dolu-dolu.  Tong sampah tu buat menyemak mata je.                    


Ni rumah sederet rumah Pak Long dan Pak Ngah. Selesai sessi keliling rumah terus masuk kereta balik dan terus ke depan berhenti pulak di rumah Balqis. 


     Rumah Balqis satu-satunya ada loteng kat atas, dah macam rumah 2 tingkat tapi kayu. Tangga pun ada 2. Lama juga posing dan ambil gambar di sini. Lepas tu terus ke admin yang bersebelahan dengan pintu masuk.




                 Ni gambar pamplet rumah-rumah yang terdapat di sini. Kalau di hitung ada 20 jenis nama rumah.


                                           Sebahagian lagi rumah yang terdapat.


Ni susun atur gambaran tempat tersebut. Boleh juga pergi ke laman web dia iaitu  Desa Balqis Resort

Kalau tenguk kawasan macam boleh tambah lagi rumah lain. Masih ada lagi kawasan depan yang kosong. Mungkin dah ada perancangan masa akan datang kut. Macam rumah Kak chik sederet 4 tu dengan rumah Pak Lang merupakan rumah yang terbaru. Cuma kalau boleh sediakan juga tempat parking yang bersesuaian. Macam tempat rumah yang kita orang tidur tu kalau ikutkan tempat parkingnya jauh dan tidak sepatutnya kita orang park depan rumah. Tapi sebab padang depan tu tidak digunakan dan keadaan kawan yang tidak sihat jadi terpaksa lah request supaya park depan rumah. Kalau tenguk plan atas tu dia tak benarkan park depan rumah. 


Berposing depan signboard Desa Balqis. 

Apa pun seronok juga lepak di sini. Selesai pulangkan kunci dan posing kita orang pun terus ke Port Dickson.