Tuesday, May 20, 2025

Jangkitan penyakit HFMD

 





Perbezaan antara MPOX, chicken pox dan HFMD. Nampak macam sama gejalanya tapi kalau timbul simptom macam ni cepat-cepat lah bawa  ke hospital atau klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan. Sian budak-budak terutamanya bayi. Mereka tidak pandai bercakap hanya menangis sebab kesakitan. 



Peranan ibu dan bapa juga cikgu-cikgu di Taska



Peringatan kepada semua warga Putrajaya.
Perbadanan Putrajaya telah dimaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang tinggi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Keperihatinan ibu bapa adalah sangat penting untuk bersedia mengambil tindakan pencegahan demi kesihatan anak-anak anda.
Anak-anak yang bergejala tidak perlu dihantar ke taska dan tadika. Pastikan juga anak-anak yang bergejala tidak dibawa ke tempat-tempat terbuka supaya penularan wabak HFMD terkawal. Adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk patuh arahan kuarantin yang telah dikeluarkan oleh pegawai perubatan.

Kredit FB Perbadanan Putrajaya

13 comments:

  1. Bahaya.. suka berjangkit ... Lagi pun banyak terkena kepada golongan kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian budak-budak. Penyakit sekarang emmm macam-macam yang timbul.

      Delete
  2. berhati hati gejala penyakit bahaya ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sekarang dia menular laju je. Sian budak-budak

      Delete
  3. Hahaha...ingat kejadian minggu lepas dekat sekolah. Ingatkan KKM nak bagi notis tutup sekolah rupanya cuma amaran berjaga2 dengan HFMD ni. Jeles tengok sekolah rendah sebelah pagar tu dapat notis cuti 7 hari. HDMI betul la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cikgu kalau nak tutup sekolah, kena jadi wabak lah bilamana semua murid kena. Hah memang tutup sekolah le camtu

      Delete
  4. Ini yang buat risau...ramai anak kawan2 kena...ada yang sampai warded dan masuk drip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kadang kesian tenguk budak kecil sebab badan mereka antibodi tak kuat lagi nak melawat penyakit yang entah apa-apa sekarang timbul

      Delete
  5. Lagi banyaaak nih 😔. Kuatir juga anak2 terkena. Makanya skr ini saya boost terus dengan vitamin supaya saya tahan tubuh lebih kuat, dan tak pernah lupa cuci tangan selalu

    ReplyDelete
  6. ada juga sekolah tutup awal sebab ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kalau ramai sangat di jangkiti takut merebak ke lain budak

      Delete
  7. Depan rumah, ada nursery dan preschool. Tiap² minggu nampak deme cuci segala mainan, bawa keluar dan jemur tengah panas. Bagusla, sebab HFMD ni mudah berjangkit.

    ReplyDelete