Assalamualaikum,
Demam pesta buku sedang berlangsung di WTC (selalu sebut PWTC bila tukar nama cam pelik dan tergeliat lidah pulak nak menyebutnya) hari Jumaat yang lalu. Hai rindunya nak bersantai-santai kat situ.
Dolu-dolu aktiviti ini lah yang paling mengembirakan hati. Dapat jumpa kawan-kawan geng ulat buku yang kadang jarang dapat berjumpa apa lagi member dari Brunei dan Singapura. Tapi bila dah terlebih dewasa ni ahaks ianya lebih kepada dapat berjumpa bertentang mata dengan kawan-kawan. Baca novel sekarang penulis tertentu je yang kita suka dan dah biasa dengan tulisannya. Penulis baru kadang kalau testing beli kadang tak kena dengan jiwa sebab tu lebih suka yang kita dah biasa tulisannya dan ceritanya.
Jemari Seni setelah menutup tirai penerbitannya pada tahun 2018, sejak itu takde lah tempat port untuk kami bersidai. Tapi JS dah ada anak didiknya iaitu Manes hasil usaha penulis Nirr dan lila yang juga bekas penulis JS. Kiranya setelah JS adalah anak dia Manes mengimarahkan suasana penulisan buku.
Kak su pun dah lama tak keluarkan novel dia. Dan baru-baru ni dia dapat juga keluarkan kumpulan cerpen yang pernah kak su tulis. Tajuk dia pun best. Sepucuk surat cinta kompilasi cerpen sebanyak 18 cerpen. Dari tahun 1988 sehingga 2018. Sikit punya lama Kak su menulis.
Minggu depan kak su mai dari Kedah jadi nak kena pi lah. Nak cari juga buku Aisha Sofea penerbitan lain selain daripada Karangkraf..
Juga buku di bawah. Selalu baca tulisan dia di FB seronok sebab daripada pilot PDRM jadi Pilot Cargo pulak. Banyak pengalaman sepanjang perkhidmatan yang di tulisnya. Terutamanya bila bercerita mengenai MH370 dan MH 17.
Kalau nak elakkan penyakit Azheimer bila dah berumur kena rajinkan membaca. Semuga dijauhkan lah kita dari penyakit tersebut. Sayang memori-memori indah zaman dolu-dolu. huhuhu
SELAMAT MEMBORONG BUKU DI PBAKL
ReplyDeleteBerhantu kalau pi pesta buku sis. Daripada tak nak membeli eh sakan pulak aduhaiii
Deletesaya pun rindu nak pergi kak, tapi tulah tak larat nak menapak lama-lama dalam keadaan badan tak berapa sihat. rindu bau buku dan berada bersama pencinta buku sekelian
ReplyDeletetakpe buat masa ni jaga kesihatan dulu. Pesta buku tu setiap tahun ada tak lari dia
DeleteSelamat menjamu mata, dan semoga ketemu buku yang dikehendaki. :)
ReplyDeleteMenjamu mata serta memborong tu yang susah nak elak tu. hehehe
Deletekalau zaman sekolah dulu memang suka pergi, bukan sebab nak beli buku untuk belajar tapi buku komik hahahaha
ReplyDeletesuka beli komik gila-gila zaman dolu dgn komik dari Moy. Sekarang takde komik boleh lawan komik dolu2
DeleteCuya berimpian utk ke pesta buku wtc tu sebab tak pernah jejak ke sana. Moga ada rezeki satu hari ke sana.
ReplyDeleteSelamat bershopping!
meh le datang KL bukannya selalu time pesta je ni hah
DeleteBorong notie jgn tak borong.
ReplyDeleteHahaha tu le takut lupa diri. Yang ada pun tak baca habis dah lagi. aduhaiiii godaan sungguh
Delete