Booth satay...yang ni selalu kena serbu
Asssalamualaikum,
Alhamdulillah sebelum tu dah sediakan untuk booth dan tada harinya menyambut Jamuan Raya Hospital Putrajaya. Ini cerita dah berkurun ya sebab sayang pulak dalam draf jadi siapkan juga. hahahaha dah nak raya haji dah. Tahun ini takde dengar lah pulak buat korban. Tahun lepas Hospital buat korban dapat lah agihan daging. Kita orang buat Mee Bandung makan ramai-ramai semua merasa agihan daging korban HPJ. Ada paste Mee Bandong Mak Pon jadi kita orang ramai-ramai menjamu Mee Bandung hasil daging korban HPJ
Booth pintu masuk kiri kanan booth air. Warna warni dan macam-macam ado air balang. Kalau panas laris jualan, Air biru tu mengoda
Booth kambing golek. Yang ni rasanya menang booth tercantik
Pengarah posing bersama staff dan Timb 1 dan Timb 2. Senyum hepey semua
Pelbagai juadah kuih muih tersedia
Masing-masing dengan gaya terpaling raya yak yak yeh
Jemputan yang hadir
Ni King dan Oueen yang terpaling anggun baju rayanya
Top 5 King Raya yak yak yeh
Top 5 Queen Raya yak yak yeh
Gambar kredit FB HPJ
Yang atas tu aku kidnap dari FB HPJ . Yang bawah pulak aktiviti kami sebelum majlis bermula. Apa lagi posing le walaupun sekeliling tengah sibuk menyediakan juadah booth masing-masing.
Ni gambar kat atas pentas. Kita orang komplin sebab rasanya tahun lepas pentas yang kita orang sediakan lagi lawooo. hehehehe Tahun ni letak jawatan lah sebab kata Pn Hanum sudah 2 tahun berturut-turut deko pentas Jabatan Rekod kena buat. Dah le si kumbang cuma se ekor dan bunga-bunganya ramai. Kesian Encik Shaiful sebab yang berat kita orang suruh dia buat tapi walau macam tu encik Shaiful suka je bila time deko pentas walaupun merungut sebab orang lain tak nak tolong kita orang pun padahal ramai je staff lelaki yang ada.
Kawasan penjuru. Dah sempit eh nak juga posing. hehehehe
Booth Laksa Penang.
Sempat posing sebelum acara bermula. Yang buat faul ada 1 bekas kuah kata CC Mila dah berbau. Jadi time sediakan laksa kena pandai le bagi cukup tapi tak puas hati lah sebab sayang kan. Banyak tu bekas laksa kalau 1 tong bekas kuah tak cukup.
Masa mula-mula start setelah juri sedang melihat booth untuk pertandingan Booth Tercantik.
Sibuk Ana, CC Mila dan CC Su melayan pelanggan.
Walaupun bergabung ada giliran siapa yang menjaga booth. Masa mula-mula start pulak Jabatan Rekod yang mula jaga booth jadi emm memang sibuk lah.
Tahun ini 2 kali supaya bila yang ke dua dalam pukul 1 staff yang shift petang dapat merasa satay dan kambing golek. Alhamdulillah lah bila buat 2 kali agihan dapat lah staff petang merasa satay sebab petang tu aku nampak ramai je staff bawak balik satay dalam bekas air.
Pukul 2 lebih acara bersurai dan kami beramai-ramai membersihkan booth supaya balik seperti biasa, Alhamdulillah jamuan semua berjalan lancar. Cuma susahnya bila kambing golek dan satay boothnya dekat dengan pentas. Huh jenuh le nak berjalan mengambil makanan sebab semua jalannya jem. Tahun lepas booth kambing dan ayam golek kat luar. Berdiri panjang orang menunggu giliran. Tahun ni sponsor kambing golek kurang jadi booth dia kat dalam tapi tetap laris sambutannya walaupun tak banyak,
Booth kambing memang unik. Ada gambar kambingnya pula di atas yaa , kreatif lah 😄👍.
ReplyDeleteSeruuuu acaranya kak, sampai ada pemilihan queen , king dan baju yg paling bagus 👍👍.
Seronok bila di buat macam-macam. Pertandingan booth dengan Mr dan Mrs buat lagi havoc. Bila buat pertandingan staff semua ikut join sama jadi meriah.
Deleteseronok tengok. staffs department saya tak suka bergambar. bosan betul. huhu
ReplyDeleteStaff akak kaki posing jadi kita menempel je lah.
DeleteWahh meriahnyaa
ReplyDeleteMacam macam ada ya?
Baguslah ad event camni, siap ada contest lagi best
Alhamdulillah, meriah makanan. Dan ada pertandingan antara booth lagi.
ReplyDelete