Tuesday, October 27, 2026

Balik kg layan asam pedas jalan joned

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni dapat makan asam pedas kat jalan joined. Minggu ni dapat kumpul dengan kak nong kak limah Dan kak jal. Jol cuma dtg sekejap dengan jaja Dan fariz hari Ahadnya. OK lah tu walaupun sekejap. 

Jadi percutian 4 h 3 m berakhir hari ni. Macam biasa bila balik kg dapat bersihkan semak Dan sampah kat depan Dan belakang.

Lepas ni balik pulak pada Deepavali 8hb nanti.

Selesai Ketang ketung buat kerja kat rumah mak kita orang keluar dalam pukul 12 juga. Jadi lepas singgah kat kedai Mak Pon sebab beli mee siput dah siap goreng dengan sambal kita org berhenti lunch kat kedai Asam pedas Jalan Joned. 

Ikan Mayung

Asam pedas telur ikan

Lau pauk yang kita orang ambil. Ada paceri nenas dengan terung. Kerabu pucuk ubi. Sambal sotong. Nangka masak lemak dengan petola masak dengan soohoon.

Paling sedap mesti le asam pedas dia. 

Bukan main kak limah tu tunduk makan. Kali ni kak nong belanja kita orang makan. Terima kasih Kak nong mudahan murah rezeki selalu. 

Alhamdulillah dapat makan dengan kakak2 tersayang.

Selesai makan anto kak limah kat Tanjung Agas. Kak nong balik Melaka. Aku anto kak Jal balik Tangkak sebelum balik kl. 

23 comments:

  1. Tak pernah makan kerabu pucuk ubi. Nampak sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah wpun sekejap dapat juga jumpa dan makan-makan dgn adik beradik. Priceless moment kan Kak Notie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau boleh setiap bulan kena kumpul camni. Meriah kan rumah kg

      Delete
  3. SA nak pi Muar nanti nak singgah makan kedai ni la..nampak sedap lauk asam pedas dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Selalu time lunch penuh orang

      Delete
  4. Aduihhhh.. kita tak dapat² lagi nak makan APJJ ni, Kak Notie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom mai muo. Banyak port asam pedas kat muo

      Delete
  5. seronok dapat berkumpul..makan sama2...
    moga sihat2 selalu kak Notie dan adik beradik yang lain, aamin

    ReplyDelete
  6. Sedap² semua menunya tu.. yang paling bermakna makan dengan kakak².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Apa lagi bila cap pangkah sebab kak nong belanja. 😁😍

      Delete
  7. Sedapnya, ada lauk asam pedas. 😋

    ReplyDelete
  8. Adam pedas ikan mayung kalau dapat kepala memang best.

    ReplyDelete
  9. Dapat pekena asam pedas yg padu dgn pilihan pelbagai jenis ikan mmg terbaikk sgt huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada banyak jenis tapi kita org ambil ikan Mayung dgn telur ikan je

      Delete
  10. Asam pedas😍😍😍. Sukaaa menu ini. Makin kesini, saya nih makin suka hidangan tradisional begini. Padahal dulu zaman kecil, mama masak asam pedas, jangan harap nak makan 😅. Sekarang rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Macam2 versi. Style melaka style johor tapi dapat ikan fresh masak asam pedas sedap

      Delete
  11. Ok kita masuk dalam list Asam Pedas Jalan Joned ni... haritu tgk YB SS pun makan kat situ dengan anak isterinya.

    ReplyDelete