Monday, February 22, 2016

Aktiviti Keluarga Bil 1/2016 Bhg 2



Assalamualaikum,

Hari Ke 2 - Gotongroyong, Tahlil, Sukaneka dan Steambot

Ok sambung lagi aktiviti keluarga pada hari ke 2. Rupanya Akak aku Nora sekeluarga yang pergi ke Kelantan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Abang Rosli sampai rumah malam semalam pukul 2 pagi. Dari kelantan terus je balik Muor. Dalam wasap group keluarga, anak buah aku yang ramai tu sudah update gambar semasa gotong royong. Hati dia sudah tidak keruan. hahahaha. Anak buah aku yang ramai dalam wasap tu selalu dok perangat je hati mak dan bapa saudara mereka. Nasib baik sukaneka hari ke 2, kalau tak lagi meroyan mereka yang sampai lambat. Sebab tak dapat join. Kecoh je dalam wasap group update status. Ajeeeee. Aku... pulak internet data dah kong jadi kita guna real time aktiviti je lah tak yah nak update status bagai. hehehehe Lagi pun update gambar pakai kamera lambat. Wartawan tercicir je selalu. hish.  




Jadi pagi tu bangun tenguk-tenguk depa dah terbongkang tidur kepenatan. Jalan jauh beb nak sampai Muor. Jadi buat sarapan lebih dan sarapan cepat sebelum menyambung acara seterusnya. Kak Jal  basuh lantai dan mop depan sebab banyak taik cicak kat tepi-tepi tingkap. Kak Nong dan Julie pula pergilah ke pasaraya cari bahan untuk steambot. Aku tolong Kak Jal basuh lantai depan. Kasi cuci bagi kilat gitu. Adik aku Faizol kemas sampah sarap kat depan sebab kawasan depan nanti nak gunakan untuk sukaneka. 

Tak lama kemudian Saidi datang dengan family dia. Semalam dia seorang je datang, anak dan isteri tinggal. Duduk melaka sekejap je dah sampai. Lepas tu adik aku lagi seorang Faizan pula sampai. Sambung balik bersihkan pokok-pokok yang di tebang semalam.  Tak lama kemudian keluarga Kak ijah pula. Jadi bila kak nong dan julie balik dari pasaraya, menantu dan anak saudara yang perempuan sibuk kat dapur. Azli anak Kak nong yang tua datang dengan family bawa daging kambing perapan dengan nasi Arab. 


Kat atas tu operasi menyediakan steam bot. Yang ni pula kambing panggang dengan dapur ajaib. 


Gotong royong kat belakang di sambung lagi. Mana dahan yang sebelum ni tak habis, disiang dahannya. Ada batang pokok yang Faizan dan Saidi potong pakai mesin. Di susun ke tepi akhirnya jadilah meja kopi tak rasmi. Boleh buat duduk bersembang. hehehehe. Masa ni Kak Limah dan anak dia Maria baru sampai. 



Macam perbincangan hangat je di meja bulat. Ada buah kelapa lagi jadi dapat lah minum air kelapa dan isinya. Campur gula melaka dan air batu..... tu yang syiok je minum sambil bersembang. 

Makan tengahari setelah penat berkeliling kat kawasan luar sampai terleka tenguk dah pukul 1 tengahari ialah Nasi Arab. Fuh laku 1 bekas licin habis. Dengan teguran pada Azli, lain kali masak lebih sikit. hehehehehe.  




Selepas tu buat tahlil ringkas untuk Aruah kedua orang tua serta saudara mara yang telah meninggal dunia. Tahlil di pimpin oleh Abang ipar aku. Selepas tu sebelah petang acara sukaneka pula diadakan. Budak-budak seronok lah. Bukan budak-budak pun seronok. Hahahaha

Tu dia Julie jadi chief hadiah dah keluarkan hadiah. 

Mula-mula acara budak-budak bawah 10 tahun. Buat kat anjung je. Yang kelakor tu mak dan pak budak yang terlebih sudah.

Ajid chief sukaneka sedang beri penerangan.

Mak dan pak budak pulak yang sibuk, Budaknya steady je buat.

Oh rupanya cantumkan puzzle. Tada....ni fariz punya dah siap. Fariz dapat no 3,

Sambil sukaneka untuk budak-budak, AJK makanan sediakan steam bot. Juga makanan serta minuman.

Atas tu segala jenis fish kek lah emm apa lagi ya. Yang di bawah tu sayur-sayuran.

Tu dia periuk sudah di jerang di atas dapur.

Pipi nya macam pau gebu gebas gitu. Anak buah Hafiz. 

Lepas tu acara 10 tahun ke atas untuk budak-budak. 

Cucu saudara dengan anak saudara dah sama besar. Tudung merah dan purple tu cucu Kak Ijah manakala baju kuning tu anak Faizan adik aku. 

                                             Semua sedia menerima arahan permainan.

Emm cucu saudara aku yang cinonit tu semua suka benda alah ni. Mammeee

Sebahagian hadiah sukaneka. Selipar belum keluar dari bonet kereta masa ni.

Rupanya kena cari sticker

Ni lah hasilnya
Nak tentukan pemenang pun kecuh. Si makciknya ajor sekali rupanya pun salah jawapannya. Haru....

Game orang tua pulak

Hahahaha Ajid pun dah pening layan kerenah orang tua  punya cerita

Chewah zaki dan zakiah anak buah aku berentap. Yang sana Saidi dan Faizol adik aku pun berentap kumpulan lain.

Bawa air masuk kan dalam botol. Zaki dia ngelat. Lepas zakiah isi je dalam botol dia pegi terbalik kan botol zakiah. Dah kena isi banyak lagi.

Yang lain tak boleh bergerak sebab hanya yang hujung je tukang ambil air dan bawa air ke hujung masuk dalam botol.

Tapi akhirnya zaki pun kalah hahaha tu le kita orang gelakkan sebab nakal sangat jatuhkan orang lain punya.

Dah penat, kita makan dulu. Steambot dah masak. Makan panas-panas sodap.

Menunggu giliran

Makan sambil berborak. Mana ada tempat sesuai nak bertenggek hah dok le situ.

Wah macam ada cerita menarik je Faizan dok cerita. Pagi tu masa sampai dia ceritalah, malam semalam bermimpi aruah mak dan aruah bapak. Aruah mak ceria je manakala Aruah bapa tak cakap apa pun. 
Al Fatihah buat mereka berdua.  

Lepas tu buat muzik chair budak-budak punya.

Dewi je yang kecik seorang je perempuan. Kelakor juga tenguk gelagat mereka.

Akhirnya Haikal dengan anak jiran sebelah. Teruja dia tenguk orang ramai terus datang nak join.

Ambil hadiah dalam beg. Terpejam-pejam mata membelek hadiah. 

Wah Fariz pun suka bukan main siap ayahnya tolong pilihkan.

Lepas tu dewasa pula.

Memang gegak gempita lah bila orang tua berebut. Yang kelakor tu ada yang pakai kuis dengan kaki je. huhuhu macam-macam gelagat. Memang yang menengok pun gelak je.

Akhirnya Zaki dengan adiknya Azri yang tinggal. Aiman anak Azri nak tolong ayah dia pulak. 

Hadiahnya selipar. Mencari size yang sesuai.

Ni size  budak-budak

Akhir sekali main tarik tali. Mula-mula budak-budak tapi yang tua tak kira nak tolong juga. Dah caca marba semuanya.

Tarikkkk  Ada yang update dalam wasap group. Merina anak buah aku dah meroyan bila tenguk gambar. Dia nun pi jemputan kat kedah sambil berjalan. Jadi tak dapat join. Bila tenguk gambar kita orang main tarik tali katanya anaknya yang tua dah geram sebab tak dapat nak join. hehehehe ada-ada aje. Wani pulak kat Taiping pun sama. 

Akhirnya acu kaki masing-masing. Semua dapat hadiah tak kira menang ke kalah. Kak Nong tukang catit nama yang dah ambil. Rupanya dia borong dengan kawannya yang berniaga selipar di pasar malam. Tu yang kena catit nama. Nak kira berapa yang di ambil. Katanya kalau beli kat pasar malam dalam hargaRm15 gitu. Tapi ni sebab kawan dapat lah Rm 8 sepasang. Kawan dia pun untung lah tak payah jual kat pasar malam je dah laku berpuluh-puluh kasut. Kak Nong sponsor sebab baru je pencen. Lepas ni nak dapat menantu lah pulak. Yang last si Ajed tu anaknya yang bungsu dan dapat bakal isteri orang kluang.   

Sebelum bersurai apa lagi bergambar sekeluarga. Nak susun orang pun kecoh je.


Ok cheese.... senyum


Ni si Zaki apa lah pulak posing....opss lupa selfie masuk dalam wasap group.

Ini gaya bebas...... macam-macam gaya ado... terteleng ke kanan lah

Ni akak yang tua dengan yang no 2. Kak Ijah dan Kak Limah. Gaya Qu puteh Qu puteh Muah... hahahaha 

Alhamdulillah acara berkumpul beramai-ramai berjalan dengan meriahnya. Semuga ukhwah kami adik beradik tetap erat , padu dan saling bekerjasama. Menempuh apa juga rintangan bersama-sama. Insha Allah.

9 comments:

  1. WAH MCM FAMILY DAY YG SGT MERIAH ACARANYA..YG BEST TU DI RUMAH PUSAKA KAMPUNG LAMAN SENDIRI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ada juga cadangan buat kat luar tapi nak cari tempat nak cari date yang sesuai macam susah sangat. Senang je bagi date yang cuti semuanya, balik kampung gotong royong. Nak tarik perhatian buat sukaneka dan makan-makan. Hah gerenti semua balik. hehehehe

      Delete
  2. meriahnya...semuanya sporting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab bekerjasama semua pun on je. Chief punya cakap kena ikut. hehehehe

      Delete
  3. Haah meriah nyer lahai...sehati sejiwa berkumpul sekeluarga...gotong royong dan aktiviti bersama ...

    ReplyDelete
  4. Bunda alhamdulillah buat masa ni sehati sejiwa lagi. Mudahan sampai bila-bila ukhwan terjalin kukuh. Aamin

    ReplyDelete
  5. meriah..seronok dpt kumul ramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkumpul beramai-ramai memang seronok sangat dengan macam-macam gelagat.

      Delete