9/9/2025 - Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Putrajaya 2025
Penyusuan susu ibu adalah asas penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Susu ibu merupakan sumber pemakanan yang unik dan sempurna kerana ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi secara optima. Untuk pengetahuan, Hospital Putrajaya merupakan antara hospital di Malaysia yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi, yang merupakan satu inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang sambutan ini berlangsung. Majlis perasmian sambutan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Suraya Binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya.
Turut berlangsung selepas itu, sesi senaman aerobik sebagai simbol bahawa kesihatan ibu juga perlu dititikberatkan selain kesihatan bayi.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah turut serta memeriahkan sambutan ini.
Assalamualaikum,
Masa pagi 9hb tu masa punch kad nampak le belon kotak2 biru tu. Siap ada pentas kecil tapi masa tu tak tahu ada event apa, Sekali tenguk kat FB HPJ ooooo minggu penyusuan susu Ibu sedunia rupanya.
Dengar pengumuman tapi kita orang sibuk jadi takde le menyibuk tempat orang. hehehehe
Majlis seperti biasa di rasmikan oleh Pengarah HPJ. Suka dengan Dr Suraya ni sebab orangnya peramah dan kalau terjumpa senyum je. Jadi anak buah pun mudah nak mendekati Pengarah. Selalu rasa takut je nak jumpa pengarah walhal dia makan nasi juga macam kita orang. Tapi tu lah kan. Tapi bila Pengarah baik kita rasa hormat pada dia.
Hahahaha.. betullah, pengarah makan nasi jugak, bukan makan orang. Tapi tu la, asal namanya pengarah mesti terus seram sejuk.
ReplyDeleteAla biasak le bila jumpa orang berpangkat ni debor kadang padahal dia pun manusia juga.
Deletebukan takut tapi hormat hehe.. nampak meriah majlis tu
ReplyDeleteitu yang sebenornya
DeleteCeria tengok orang buat senam robik. 😁
ReplyDeleteBila start muzik je kaki pun eh eh berjoget sama. hehehe
Deleteselalu ada gap antara anak buah dgn pengarah ni. tapi dapat pengarah yg baik dan ramah ni, anak buah pun rasa selesa kalau nak bertanya apa2
ReplyDeletebestnya senamrobik!
Dia bila kata orang besor2 automatik hormat dan seram. hehehehe
Deletepengarah yg baik anakbuah mesra n hormat sonok tu ibu2 bersenam robik
ReplyDeleteRezeki tu kalau dapat boss yang baik
DeleteBesar tanggungjawab puan pengarah ni kan. Boss baik seronok nak kerja pun
ReplyDeleteMemang le. Nak takel satu hospital dengan staff pelbagai jenis. Tapi Puan pengarah cool je handle semua tu
Deleteseronoknyaaaa.....semua sporting & seronok dapat pengarah yg memahami....
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki kami
DeleteHahahaha kumbang 3 ekor semangat bersenam yaaa 😄👍
ReplyDeleteBetuuul kak. Terkadang kita takut mendekati atasan apalagi yg jauh tinggi posisinya. Tapi jika atasan itu ramah dan tak keberatan mingle dengan bawahan, jadi terasa respect dan hilang takut melihat beliau
Kumbang tu yang rare. Terpulang pada boss samada dia humble atau sebaliknya.
Deletemeriah sekali acaranya
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletekadang-kadang bukan sebab takut pada ketua, cuma rasa hormat lah...jadi kita hadkan pergaulan kita dengan dia
ReplyDeleteYa betul itu sebenarnya
Delete