Tuesday, September 23, 2025

Trip Keluarga Pantai Timur - Hari 1 Bhg 1

 

                                                    Masjid Mahmodiah Kota Bharu

Assalamualaikum,


Ok kita sambung balik cerita jalan-jalan pantai timur. Bila dah sampai Kota Bharu tiba-tiba ada pulak tour guide bercerita berkenaan Kota Bharu. Ikut kan driver bas ada 3 orang termasuk bossnya. Ingatkan salah seorang sekali bila check eh bukan memang orang KB. Rupanya pelancong yang datang akan berurusan dengan MOTAC negeri tersebut. Bila sampai contohnya macam di KB akan ada seorang naik ke bas. Umpama Tour Guide negeri gitu.

Ala lupa nama dia. Dia ada sebut nama dan memperkenalkan diri tapi aku luper. hehehehe Dok belakang kan asyik membuta je tapi tak nyenyak2 juga tidurnya. hehehehe

Bas berhenti di tempat Parking bas dimana ianya adalah berdekatan dengan Masjid Mahmodiah dan juga Pasar Siti Khatijah. Sebelum turun semua boleh mandi di Masjid Mahmodiah dan selepas tu berjalan kaki ke Pasar Siti Khadijah. Selesai shopping di Pasar Siti Khatijah naik bas semula dan akan pergi ke Pengkalan Kubur.

Ikutkan kita orang pergi ke Rantau Panjang tapi katanya di situ sudah tidak meriah seperti dahulu sejak PKP. Tapi aku lebih suka ke Pengkalan Kubur sebab boleh cari coklat,


Jadi kena lencungkan ke Pengkalan Kubur lah.


sayup Tour guide negeri Cek mek molek


Depan bilik air perempuan di Masjid Mahmodiah. 

Jadi bila bas sampai kat parking Bas apa lagi berbondong-bondong semuanya turun ke Masjid dengan membawa beg pakaian. Al maklumle udah bau asem ketiak sapa busuk......lalalalalalala eh ternyanyi lah pulak.

Ya lah kan nak mandi pagi tadi kat R n R Ajil ramai orang. Sepatutnya kita orang turun kat Masjid Gemuruh tapi kalau tunggu nak sampai emmm memang tak solat subuh le sebab jauh lagi nak sampai. Jadi alternatifnya ialah Masjid Mahmodiah untuk mandi.  Bilik air dia luas dan ada juga bilik air untuk mandi. Bila tak ramai orang jadi selesa le sikit. hah pintu depan dia  sebelum masuk bermunge-munge deko dia.

Alhamdulillah dah dapat mandi walaupun mandi kerbau tapi bila dapat air emmm baru rasa best. Sabun takde nasib baik Julie bawa botol sabun emm apa lagi share le semua kontijen orang Bakri. hehehehe Lepas tu sembur minyak wangi udah wangi semuanya marilah kita jenjalan Pasar Siti Khatijah.

Beg baju kirim kat julie sebab dia anto beg baju mak dia ke bas. Jadi aku dan Kak Jal serta wani anak beranak berjalan le ke Pasar Siti Khatijah. 


Lalu pintu gerbang ini




Masa Geng Bakri posing ni aku dan Kak jal serta wani dan anak-anaknya dah masuk dalam Istana Balai Besar sebab ada festival tekstil. 


   Awat semua mandang ke kiri.



Hah masuk sini. Percuma tu tak yah bayor

                                                               Istana Balai Besar


Kak Jal dan wani posing tenguk pembuatan kain di Kelantan


Tenun kain


Apa saje lah azim tu sampai terjojol matanya.

Lama juga lah Kak jal dan wani membelek kat dalam. Aku lepak kat luar sambil tu jadi tukang ambilkan gambar orang yang posing depan pintu masuk. Panas lit lit masa ni.

Bila rombongan tenguk kain habis bila keluar terjumpa geng yang posing kat pintu gerbang. Jadi kami sama-sama masuk ke Pasar Siti Khatijah.

Masuk je jalan belakang nampak le orang jual tapai ubi. Aduhaiiii sedap ni. Nampak Kak Norra pun macam berminat nak beli.  Jadi kami beli share yang besar sikit bekasnya. Boleh makan dalam bas nanti.



Macam-macam ada dalam Pasar Siti Khatijah


Aku ambil video sampaikan lupa nak beli apa sebab dah rambang mata tenguk








Kita orang cuma keliling bahagian bawah je itu pun tak cukup nak tenguk semua. Nampak depa beli aku pun join sama le. Beli dodol aneka warna 2 paket. Lepas tu nampak kuih gelombong buaya. Suka kuih ni beli 3 bungkus. Lepas tu ada le dia tunjuk plum berbungkus warna pulple. Dia kata sedap beli le sebungkus. Rupanya bila balik rasa sedap ko. Viral katanya. Apasal le tak beli lebih. Lupa pulak satu paket tu berapa sebab beli macam-macam benda yang lain.  



Keluarga Kak jal. Si napi entah kemana tak nampak bayang.

Selesai tawaf Pasar Siti khadijah semua naik bas dan menuju ke Pengkalan Kubur.




Amboiiii cucu Brunei Kak jal seronok dia main nyorok-nyorok kat belakang dengan Pak Usu dia.



Singgah tempat serunding Kat Kg Laut


              Kata Kak jal kat situ semua dah pack tinggal nak pilih beli apa. Ingatkan ada di tunjukkan pembuatan serunding rupanya semua dah siap. Aku malas nak turun nanti borong serunding pulak da.

Usik Fahmi anak Jol. Kaya lah dah ada perusahaan sendiri kat Kelantan


Sebelum sampai ke Pengkalan  Kubur berhenti di tempat serunding dan seterusnya turun di Masjid di Kg Laut. Masjidnya cantik ukiran kayu dan terletak di tepi sungai.

Oleh kerana ada tempat sesuai apa lagi lah kita orang piknik kat Gazebo dia. Semua makanan orang lelaki tukang angkatkan dan lepas tu depa solat jamak zohor dan asar sekali.  



Hah tu dia ko.


Wani tukang potong-potong nasi himpit.


Kita orang pelawa juga Tour Guide Kelantan makan masakan Orang Johor.



Driver kyusuk makan.


Ada sambal tumis lawan dengan rendang ayam serta sambal goreng soohoon. 


Karipap pun ada.

  Masa depa sibuk solat aku dan wani tukang siapkan makanan. Sambil tu makan le ketupat serta rendang ayam yang Mar masak. Sedap sebab dia buat kering. Kalau basah cepat basi. Jadi bila kering memang sesuai le lepas tu layan dengan sambal tumis Kak jal masak. Seronok piknik ramai-ramai. Walaupun simple lauknya tapi jadi sedap sebab masing-masing dah lapor.


Bila depa sibuk piknik aku pun pi ke masjid. Cantik dan unik masjidnya


Masjid Kg Laut unik kan


                                                   Sejarah masjid Kg Laut



Kawasan tebing sungai berhampiran Masjid Kg Laut. 

Aku last sekali solat. Sebab sediakan dulu makanan. Sekali bila turun dari Masjid nampak mereka semua dah bungkus barang naik bas. Tak dan nak jalan keliling kawasan tebing sungai.



Jom masuk melontar duit di Pengkalan Kubur. hehehe



Macam-macam ada. 



Masa sampai kat sini Kak nong pulak mengirim kaftan. Alahaiiii kena le carik buat kakak tersayang yang menunggu berita kami semua. Almaklumle chief tak jadi pergi. 

Ambil video. Lepas tu aku belikan 2 helai Rm50. Kak Jal cari Blaus. Sedang membelek tiba-tiba perut memulas lah pulak. Aku tak tunggu jawapan kak nong terus je belikan mana yang aku rasa warna kesukaan dia. Cepat-cepat bagitahu kak Jal nak pi toilet.

Selesai mencarik ilham dalam bilik air.....perghhh lega. Kalau dalam bas perghhh naya je nanti. Tak sonang duduk dibuatnya. 

Jadi bila dah selesaimencari ilham dalam toilet, misi mencari coklat pula. Nasib baik tak pergi jauh dan toilet  di pintu keluar. Manakala kedai coklat pun tak jauh dari toilet  pun di pintu keluar sebelum jumpa kastam minta cukai. hehehehe 



Tenguk coklat emmmm rambang mata. Masuk bakul sekali bayar hehehehehe Takpe bukan selalu dapat borong coklat. 

Bila sudah melontar  dengan 2 beg penuh pelbagai coklat cepat-cepat keluar. Sempat lagi tu  jumpa kain batik size besar beli 3 keping. Jumpa Mar yang nak keluar. Aku pun saing le dia dengan anak-anaknya kat pintu keluar. Kastam belek-belek  hasil lontaran aku. Kena cukai Rm 10. Bayar le.  Entah napa nak bayar guna QR kod bank rimau tak mahu le pulak. Terpaksa le tepek CC. Nak bayar cash tak di terimanya.  

Rupanya tinggal kami je yang terlambat naik bas. Yang lain dah sampai dulu. Cepat-cepat campak bawah bas. Lepas ni kena check balik takut terambil orang lain punya.


Julie sempat beli maggi siam punya. 1 pack. Nasib aku tak jumpa kalau tak rembat juga. Boleh buat kerabu maggi.

Ok sambung lagi



22 comments:

  1. Segar dpat mandi ye kak..wah bergambar kat pintu gerbang, situ la yg SA nak pergi tp x sampai2 lagi..SA memang nak pi Pasar Siti Khadijah ni..ntah bila la nak sampai sini..nak bawak PZ jugak..sebab dia kalau boleh nak jenjalan Terengganu dan Kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat le trip tak di jangka hah sampai le. Sian PZ. Kena jadi juga tu pi pantai timur. Insya Allah

      Delete
  2. Rambang mata kalau masuk pasar SK tu macam2 ada. Makanan unik2 pun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tak pe. Dah le makanannya susah nak jumpa kat KL. Jadi rambang mata pulak. Tu nak ni nak

      Delete
  3. Waalaikumussalam.
    Ada rezeki nanti nak datang ke Pasar Siti Khadijah lagi. Dah dua kali sampai tapi suasana tak sama dengan sekarang. Dengarnya sekarang pasar lebih bersih dan tersusun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang amie. Pi Kelantan memang tak sah kalau tak pi PAsar SK ni. Wajib singgah

      Delete
  4. Lama betul tak ke Pasar SK ni, best macam2 ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana pasar macam Pasar SK pasar Payang Pasar Rabu pun seronok kan.

      Delete
  5. Megi Siam tu buat kerabu mmg yummeh! Kenyal2 gitu
    Banyak juga melontar RM tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggi siam tu sesuai buat kerabu maggi je. Maggi lain tak jadi

      Delete
  6. Pasar Siti Khadijah tu, kalu naik tingkat atas, boleh rambang mata tengok periuk, serunding, baju, tudung. Haha.. Dah lama saya tak ke Rantau Panjang. Sebab biasa pi Pengkalan Kubor je, dekat kampung suami saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak naik atas kalau tak emmm memang lama lerrrrr terjebak melontar. Rantau Panjang dulu meriah kan

      Delete
  7. jenjalan ke kelate bawa bekal makan ramai2 tempat henti best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umatnya ramai sis kalau serbu kedai makan sekali hadap kopak juga

      Delete
  8. Fuhh best betul baca cerita trip ni, rasa macam ikut naik bas sekali 😆. Part “misi mencari coklat” tu memang win, nasib baik sempat selamatkan diri sebelum bas bergerak 🤭. Kalau ada episod 2, confirm lagi meriah ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun lama juga bingung nak masuk bakul yang mana. Tu nak ni nak aduhaiiiii naya pak Kasim daaa

      Delete
  9. pintu gerbang landmark kalau sampai KB. lamanya tak gi kelantan!
    eh menarik pulak muzium tekstil tu, masuk pun free je. yg masjid kampung laut tu terkenal jugak kan. rekaan masjidnya pun unik. teringin nak ke masjid tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium tu pun buka 2 kali je. Ada peluang ni hah masuk le tenguk

      Delete
  10. ammi selalu kalau berjalan tempat boleh shopping ni mesti jadi tak tau nak beli apa. kadang2 org bawak keluar berplastik2...ammi relax je jinjing 1 plastik ringan

    ReplyDelete
  11. Lovely photos. Thank you 😊 so much for sharing. ❤️ Warm greetings from Montreal, Canada 🇨🇦

    ReplyDelete
  12. Pengkalan Kubur, lamanya tak pergi, macam2 ada kan.

    ReplyDelete