Dr Khairul merasmiskan kejohanan
Kejohanan Bowling Piala Pengarah Hospital Putrajaya 2025
Majlis sukan ini bukan sahaja medan menguji kemahiran, tetapi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerja berpasukan di antara jabatan-jabatan. Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Mohammad Khairol Anwar Bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan 2 Hospital Putrajaya atas perasmian dan sokongan berterusan menjayakan program ini.
Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua pemenang bagi setiap kategori! Kejayaan anda adalah inspirasi kepada semua. Kepada yang tidak berjaya, teruskan usaha dan jangan putus asa!
Terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur dan semua yang terlibat. Sehingga bertemu lagi di edisi akan datang!
Macam-macam gaya
Meja pendaftaran
Famili pun ikut sama memeriahkan suasana
Gaya klasik
Atas kepala tu apa le agaknya
Jatuhan pin terbanyak peserta Perempuan
Jatuhan pin terbanyak peserta lelaki
Johan
Tempat ke 2
Tempat ke 3
Meriah sungguh kan
Jabatan Rekod tak ambil bahagian. Masa baru keluar iklan ada juga Pn Hanum tanya tapi senyap je jadi tak de le ura-ura nak buat kumpulan join kejohanan tersebut. Lepas tu lupa bila tenguk kat FB baru teringat.













Saya x larat nak membaling bola dia tu...mungkin x selalu main...
ReplyDeleteAhkak selalu ke longkang je. hehehehe
DeleteComelnya yang gaya klasik tu. Kreatif idea dorang, okey ke tak okey baling pakai kain tu? hihihi.
ReplyDeleteDah testing boleh je tu. hehehe
DeleteSblom kawen dan baru2 kahwin SA rajin join bowling...sekarang dah jarang main..xde yang ajak...huhu..
ReplyDeleteMasa Opis lama ada je aktiviti berbowling ahkak je yang malas nak join. Kena tenguk orang juga kalau nak main ni. Kalau geng best seronok main santai2
DeleteYang berkain batik tu win! Sy pun dah lama tak membaling hihi
ReplyDeleteAda je idea dia orang kan
DeleteSeronoknya main bowling. Tapi tak ada geng nak main. Tak terer pun sebab selalu ke longkang. Cuma main bowling ni buat rasa happy.
ReplyDeleteDia kadang dapat buangkan stress sebab kita boleh bayangkan depan tu orang yang kita nak hentam. hahahahaha
Deletebagus juga sekali-sekala aktiviti luar macam ni..hilang stress, kena ada jgk hadiah untuk mata paling sikit atau bola paling banyak masuk longkang haha
ReplyDeleteTu lah patut kena tambah juara longkang kan.
Deletealhamdulillah tahniah sat ja dah 25 tahun
ReplyDeleteMasa berlalu begitu cepat
Delete