Tuesday, November 11, 2025

Lawatan daripada Taylors College

 



Terima kasih kepada pasukan Taylor's College seramai sembilan orang yang diketuai Encik Hijjaz Aziz bersama Encik Garret Kwong dan Puan Hanna Yahya. Encik Garret hadir dengan kostum badut dan menceriakan Wad Kanak Kanak 8A Institut Endokrin.
Anak anak seronok mewarna, bermain belon berpintal aneka bentuk dan menerima hadiah-hadiah menarik. Aktiviti ini membantu mereka isi masa semasa dirawat dan semuanya pulang dengan senyuman. Terima kasih atas sumbangan bahan bacaan serta sokongan jururawat dan staf HPJ. Moga adik-adik cepat sembuh.
*Gambar disiarkan dengan kebenaran keluarga.




Bergambar bersama staff


Suka budak-budak ada clown sama


Aktiviti yang dijalankan


Lawa tulisan masing-masing


Budak-budak mesti suka ada tempat permainan walaupun sakit


Comel je masing-masing


Bergambar dengan pesakit bersama familinya

Assalamualaikum,

Ini cerita pada 23 Oktober yang lalu. Baru up. Seronok pulak bila tenguk banyak je Universiti atau Kolej swasta yang datang berkunjung membuat aktiviti bersama staff HPJ terutamanya di wad kanak-kanak. Datang sambil meraikan kanak-kanak yang masuk wad. Semuga akan ada lebih banyak lagi NGO atau syarikat swasta memberikan sokongan dan sumbangan kepada pesakit dan staff Hospital.

13 comments:

  1. Seronok la pesakit bila ada orang melawat & bagi sumbangan. Takdela stress duduk dalam wad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul tu mak budak pun hepey walaupun anak sakit

      Delete
  2. Lagi sronok budak2 tu bila ada clown 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 memang suka clown mak budak pun suka clown hehehe

      Delete
  3. Ada clown best nya! Bagus aktiviti gini, terhibur kanak² di wad tu . Cantik wadnya pun, ada ruang bermain/beraktiviti 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kalau ada peruntukan memang di cantikkan dan di buat macam2 deko supaya budak tak jemu

      Delete
  4. sesekali ada lawatan kan..SA dulu pernah handle masa kerja event management jadi PR, bawak ratu2 cantik Malaysia ke ward kanak- kanak...seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow mesti cantik Ratu cantik Malaysia tu kan

      Delete
  5. Bagus ada aktiviti lawatan begini. Semoga banyak lagi institusi atau agensi lain datang membuat lawatan muhibbah ke HPJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya banyak juga lawatan muhibah baik swasta atau warga KKM.

      Delete
  6. Ada sekali masa anak bongsu saya masuk hospital masa kecil. Tengok kiri kanan, lain katil semua ramai family datang melawat. Saya terkongtang-kanting jaga anak sorang-sorang. Jadi, bila ada pihak luar datang ziarah pesakit macam ni, mesti pesakit dan penjaga akan rasa seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada orang buat lawatan selalunya wad kanak-kanak memang le seronok. Kadang dapat macam-macam orang hadiah

      Delete