Thursday, November 13, 2025

Sumbangan Program Jelajah Madani sempena 25 tahun HPJ


                                                   Sumbangan sebanyak Rm100,00


 6 NOV 2025- Sumbangan bagi Program Jelajah Wira Madani sempena 25 Tahun Hospital Putrajaya.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat YAB Perdana Menteri Malaysia (PMO Malaysia) atas sumbangan berjumlah RM100,000.00 bagi menjayakan Program Jelajah Wira MADANI Sempena 25 Tahun Hospital Putrajaya yang akan berlangsung pada 15 November 2025.
Majlis penyerahan yang diadakan pada 6 November 2025 dimulakan dengan sesi kata aluan dan taklimat ringkas oleh Pengarah Hospital Putrajaya, YBrs. Dr. Suraya binti Amir Husin, yang memberikan gambaran keseluruhan perjalanan dan objektif program.
Sumbangan telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, kepada YBrs. Dr. Suraya binti Amir Husin bagi pihak Hospital Putrajaya.
Sokongan dan keprihatinan PMO Malaysia ini menjadi bukti semangat Malaysia MADANI dalam menghargai jasa serta dedikasi warga kerja dan pesara Hospital Putrajaya yang telah menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan kesihatan awam selama 25 tahun.


Pihak Pengurusan Tertinggi bersama Setiausaha politik YAB PMX




Perbincangan bersama untuk majlis pada 15hb nanti


Di loby Pentadbiran

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 15hb ini iaitu Majlis menyambut 25 Tahun Jubli Perak Hospital Putrajaya akan diadakan. Boss aku tak dapat pergi dan aku pun tak boleh nak hadir kerana ada hal keluarga. Jadi 3 staf akan mewakili Jabatan Rekod Perubatan semasa majlis tu nanti. Katanya seorang wakil akan naik ke pentas untuk terima penghargaan. wah dapat berposing dengan PMX tu.

Tapi yang syioknya dapat sumbangan. Orang dah bagi kan jadi ambil je lah. Boleh gunakan untuk kegunaan Hospital. Besar faedahnya sumbangan ini disebabkan kengkangan budget dari Kementerian yang terhad. Dapat ni alhamdulillah lah. Untuk kepentingan rakyat Putrajaya juga ni semuanya.

22 comments:

  1. ALHAMDULILLAH REZEKI MELIMPAH MANFAATKAN SEBAIKNYA

    ReplyDelete
  2. salams hari jumaat akak, lama saya tak bw sini....hugs hugss....

    ReplyDelete
  3. Subahanallah rezeki ..tahniah ya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. hari ni la, majlisnya ya. Oh, akak tak dapat hadir. Semoga kak Notie baik-baik saja.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... bolehlah buat program nanti.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Banyak jumlah sumbangannya tu. Semoga memberi manfaat.

    ReplyDelete
  7. semoga sumbangan tersebut dapat beri manfaat pada HPJ

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Semoga warga HPJ terus komited melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. besar nilai nya...tapi tula, kalau barang2 medikal pun dah beribu2 harga nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peralatan medical memang le linda. Tapi mungkin ada projek yang bersesuaian buat orang awam atau petugas hospital

      Delete
  10. Alhamdulillah, moga memberi manfaat kepada semua..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki...semoga memberi manfaat buat semua warga HPJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang beri kita ambil. Lagi pun budget sekarang dapat ciput.

      Delete