Satu majlis ringkas penyerahan hamper raya telah diadakan di Hospital Putrajaya . Sumbangan ini dikhususkan buat kakitangan hospital sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka. Pengarah Hospital Putrajaya, YBrs. Dr. Suraya Amir Husin hadir menerima sumbangan tersebut bagi pihak hospital.
Usaha murni ini digerakkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama strategik Jabatan Penjara Malaysia menerusi jualan produk My Pride bagi menjana dana kebajikan. Pihak pengurusan Hospital Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, yang terdiri daripada Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Semoga kerjasama ini terus membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.
#25tahunhpj #hospitalputrajaya #hpj25 #HPJ #HospitalPutrajaya #Prihatin #JabatanPenjara #MAIWP #KebajikanFrontliners
Assalamualaikum,
Mula-mula ada email yang mengatakan siapa staff yang B40 boleh memohon sebab ada hamper yang pihak PRIHATIN nak sumbangkan. Ada beberapa staf aku yang mohon macam cc jue yang merupakan ibu tunggal. Kena isi form lepas tu kalau lulus boleh pi kat admin. Dia bagi hamper yang merupakan kuih raya.
Puan pengarah bersama para Dermawan
Puan Pengarah bersama Para Dermawan agensi lain pulak.
Antara staff yang dapat
Alhamdulillah. Nampak Pembantu Tadbir admin je semua ni. Rezeki mereka lah tahun ni kalau Pembantu Tadbir boleh naik ke EO tanpa sijil Diploma atau STP. Rezeki weiii.... Kita orang dulu jenuh perbaiki sijil hanya kerana nak naik pangkat. Lah ni kalau service dah cukup lupa pulak berapa 12 ke 15 tahun terus naik pangkat.







Alhamdulillah rezeki mereka yang layak....
ReplyDeleteTerima kasih pada penyumbang
DeleteAlhamdulillah rezeki. Seronok mereka tahun ni =D
ReplyDeleteKuih raya dah ado
DeleteAlhamdulillah rezeki.. semoga bertambah berkat juga rezeki para penyumbang
ReplyDeleteAamiin
Deletealhamdulillah rezeki jelang syawal
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletesemoga murah rezeki penyumbang
ReplyDeleteAamiin
DeleteRezeki buat mereka.. cantik packaging nya tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSemoga para penerima hamper raya happy belaka.
ReplyDeleteMemang gembira sokmo dapat free kuih raya
DeleteRezeki dapat hamper raya ..
ReplyDelete