Thursday, March 26, 2026

Sambutan Raya pertama




 Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya semua.  Lama bercuti dah naik kerja baru nak update cerita. Kalau kat kampung tu emm memang tak ingat le nak berceloteh dalam blog. Apa pun tahun ni confius punya raya sampaikan dah rebus ketupat petang khamis. Ingat Raya hari Jumaat.  Sekali bila tunggu pengumuman Raya jatuh pada Hari sabtu. Hah masuk balik barang dalam peti sejuk. Sambung balik puasa esoknya. aduhaiiii   

Jadi hari Jumaat lah baru rebus lepat pulut. Juadah untuk raya pun dapat disediakan dengan aman damai takde le kelam -kabut. Helmi anak buah yang kat Brunei pun update Brunei raya Hari sabtu. Kiranya tahun ni sama lah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura Raya pada Hari Sabtu. Mekah Raya pada hari Jumaat.

Pagi raya sempat lah hantar juadah raya kat Rumah Mak Itam(mak saudara) dan Kak Lela. Kiranya ni saudara terdekat hantar juadah raya. 

Adik beradik aku petang raya baru lah ramai balik Muar. Hah masa ni baru lah meriah dengan keluarga semua. Entah pukul berapa tiba-tiba keluarga Kak Fauziah datang berkunjung daripada Kuantan. Cucu dia ada 25 orang katanya. Datang dengan 3 kereta. Awal pulak raya kali ni datang berkunjung.



Kak nong wajib bawak tapai pulut 1 periuk. Kalau tak nanti Jaki mogok tak nak balik Bakri.



Masuk Magrib solat berjemaah beramai-ramai. Lepas tu buat tahlil sikit. Lepas solat Isyak baru acara bagi duit raya pada budak-budak dan yang belum bekerja. 


Buat Tahlil 






Lepas tu acara bagi duit raya

 


Macam-macam ragam bila dah ramai-ramai


Julie sebagai setiausaha pening nak uruskan collection duit untuk cabutan bertuah. Chief dia kak nong tukang tenguk mana yang tidak beres dan catit nama siapa yang sudah dapat. Jaki bengang sebab nama dia belum naik-naik lagi.


Apa saje lah usikan Jaki tu


Ketua majlis memang buat majlis menjadi meriah dengan ayatnya. Apa saje lah gelagat dia. 


Bincang apa pulak tu


Yang lain menunggu siapa dapat duit raya cabutan bertuah 


Semua menunggu acara seterusnya


Pilih no rasanya ni.


Cabut nombor. Cabutan bertuah ada 2 kategori. I untuk dewasa dan satu lagi pangkat cucu 


Rezeki Jol dapat kali ni.


Lepas tu Haifa isteri Hafiz


Ijan bersalaman dengan Kak Jal. Tahun ni Har dan Ijan serta Meri dan Kamal dapat jemputan mengerjakan Haji.  Anak kak Limah sekali 2 orang dapat jemputan Haji tahun ni.


Hafiz pulak dapat.


Part cucu Ajid anak Jol dapat. wah kali ni baju warna coklat semuanya bertuah.



Macam-macam ragam


Bila semua berkumpul


Lepas tu ada potong kek. Hari ni hari jadi Sofea manakala ajid semalamnya. Jadi kiranya double sambutan birthday le.


9 orang adik beradik. Yang lagi 2 entah mana. Kak tijah sudah tidak sihat. Alhamdulillah dapat berkumpul semuanya. 

Kal ini tak ada gambar beramai-ramai. Masing-masing nak cepat balik je. 



Kalini bantuan Rahmah changih sikit. Kak nong sediakan 1 bakul rotan untuk semua famili dan adik beradik. Siap dengan tag nama lagi. Sebab tahun lepas bila masing-masing balik ada yang terambil bahagian orang lain punya. Jadi bila buat bakul ni takde lah yang tersalah ambil. Gula tiada. Cuma dapat minyak dan pack coklat. Budget dah lari. Tapi dapat mcam ni pun ok apa. Cantik pulak bakul rotan tu.

Alhamdulillah raya pertama kami dapat berkumpul seramai 83 orang. Semuga tahun hadapan lebih meriah lagi dan lebih ramai dapat join. 

Al Fatihah juga buat Hj Abdullah dan Hajah Saifah kedua orang tua kami. Al fatihah juga buat Hj Selamat, Hj Ikhwan, Aruah Abang Mad dan Hj Ibrahim. Mereka ini semua abang ipar aku. Yang terbaru ialah Abang Ibrahim yang meninggal dunia tahun lepas.  Kak nong pun baru habis edah seminggu sebelum raya. 

  

26 comments:

  1. Alhamdulillah..sambutan meriah...SA lupa akak ada kat Bakri..kan? SA RAYA KE 2 KAT Sg Abong..beraya rumah makcik suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke. Akak raya ke 2 pi gersik selepas habis marhaban di kampung

      Delete
  2. Alhamdulillah..meriah nya...
    Selamat hari raya buat kak Notie sekeluarga..maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat linda sekeluarga

      Delete
  3. meriah betul ni! kami raya tahu ni duduk rumah asing2 hahaha.
    selamat hari raya buat kak notie n family

    ReplyDelete
  4. Kat Indon ada yang raya Jumaat. Mereka ada banyak pegangan. Ada raya Sabtu sama kita. Seronoknya dapat berkumpul ramai2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada terbaca. entah le macamana lah pegangan agama mereka boleh pulak lain-lain

      Delete
  5. Macam buat hari keluarga. Meriah.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya bila ramai ahli majlis yg berkumpul hihii.. Meriah.. tapi itulah kita ni adik beradik tak ramai anak pun tak ramai huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kena buat macam ni supaya semua dapat berkumpul berjumpa.

      Delete
  7. Meriahnya. Seronok ramai adik-beradik ni. Bila berkumpul, terhibur dengan macam-macam gelagat yang kecil, yang besar. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye macam-macama gelagat. Baik adik beradik anak saudara dan cucu saudara semua.

      Delete
  8. seronok berkumpul time raya...ada cabutan bertuah...hihi..meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabutan bertuah supaya depa semua beraya di Bakri. Ikut turn. sapa hadir kalau nama naik alhamdulillah tambah duit raya

      Delete
  9. Meriahnya bila masih ramai ahli keluarga dapat berkumpul. Tu diaaa.. 25 cucu, mesti tebal duit raya nak kena standby. Yang belum kerja pun dapat, bestnya!

    ReplyDelete
  10. Itulah .. mood raya sampai terlupa nak berblogging .. CCL pun tinggal blog hampir seminggu juga la tak update apa-apa .. semalam baru ada mood nak comeback ..

    Selamat hari raya aidilfitri kak notie

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kak ada tapai pulut.
    Ramai tu yang dapat balik... meriah.

    ReplyDelete
  12. Uwaaaah meriiaaaah sangaaaaaat kak notie 😍😍😍😍. Btw minal Aidin walfaizin yaaaa. Mohon maaf untuk semua salah2 kata saya berkomentar di blog.

    Indonesia kalau pemerintah dan golong Nahdatul ulama memang Sabtu lebaran. Tapi yg Muhammadiyah itu Jumat. Lumayan ramai kemarin golongan Muhammadiyah beraya Jumat di jakarta..papa saya pun Muhammadiyah. Tp Krn suami saya nadhlatul ulama, jadi sejak nikah saya ikut dia 😄.

    Happy sangat jika bisa berkumpul ramai dengan kluarga begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita fanny. Minta maaf zahir batin

      Delete
  13. Sekarang pun masih bulan Syawal. Tak puas rasanya beraya hari tu hihihiii.
    Tapai pulut tu mesti manis leting kan Notie.... perncuci mulut tradisional!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapai pulut kalau baru buat belum manis sangat tapi kalau dah berapa hari memang manis.

      Delete