Staff Jab Forensik sedang menunggu tetamu hadir
Assalamualaikum,
Hari ini dapat jemputan jamuan Raya di Jabatan Forensik HPJ. Jemputan sampai 2 kali jadi kena pergi ni. Jadi pukul 12.30 tengahari kita orang pun beramai-ramai pi jamuan raya. Memang tengah lapar kan sebab waktu lunch.
Datang je kita orang terus masuk ke dalam sebab selalunya yang menu berat kat dalam.
Sedap sekali ada nasi Tomato dengan kari dal , acar darat, sambal tumis udang pun ada dengan popadom dan ayam masak merah. Satay dia tinggal satay daging seketul dan beberapa satay ayam. Ambil seketul sedap sebab daging ayam dia besar. Ada juga lemang, Tak nampak rendang je.
Geng opis mate aku tengah serbu makanan sambil berlaga-laga punggong sebab tempatnya sempit. Ada Pegawai Polis perempuan sibuk berbual dengan Doktor Forensik juga serta nampak pegawai polis traffik. Mereka kan selalu berurusan dan mungkin dah selalu datang sebab urusan kerja tu yang dapat jemputan.
Yang depan tu desert serta buah-buahan. Tapi tenguk kuah kari mee kari dia nampak sedap. Pekat melekat gitu. Tapi aku pantang jumpa soto jadi soto juara bagi tekak aku. hehehehe kalau ada lontong hah lagi marbeles.
Ada mee kari dan soto. Aku tak nampak lontong jadi ada soto apa lagi lepas rasa nasi tomato sikit lepas tu rasa soto pulak. Sambal kicap tak kick kureng pedas tapi orang dah belanja makan aje lah. Mee kari tak ambil sebab dah kenyang rasa soto.
Ambil sikit desert dan buah-buahan. Masuk mangkuk kecil dan bawak balik. Sambung makan kemudian.
Terima kasih jabatan Forensik HPJ sebab selalu jemput Jabatan Rekod bila jamuan di tempat mereka.

.jpeg)

.jpeg)


Meriahnya menu.. lapar sy kak.. tgh puasa ni.. hahaha
ReplyDeletehahaha kalau tengah puasa tenguk air mineral pun dah nampak sedap apa lagi makanan time raya. hehehe
DeleteSedapnya nasi tomato...SA masih ebrpuasa day 3...esok stop sehari sebab ada jamuan hari raya office
ReplyDeleteAkak dah raya minggu lepas jadi dapat jemputan raya memang pi makan le.
DeleteMeriah nya..murah rezeki jabatan forensik buat jamuan makan²
ReplyDeleteDia orang je yang rajin jemput Jab rekod pi jamuan. Farmasi sebelah kita orang pun buat jamuan tak jemput kita orang. Nampak le staff dia bawak satay. Telan air liur je tenguk hahahaha
Deletemeriahnya macam2 menu ada. hospital kami PH tak bagi buat jamuan. jadinya memasing buat takdela jemput unit lain. buat makan unit sendiri je.
ReplyDeleteHospital punya dah cancel tapi jabatan sendiri nak buat, buatlah secara tertutup. Tapi kita orang jemput lah jabatan yang selalu berurusan.
DeleteWalaupun berlaga punggong, tetap gigih la, makan punya pasal. Lagi2 makanan raya, memang win. Baca ni, teringat suami sy request nasi tomato, aaa.. malasnya nak masak.
ReplyDeleteSudah dapat request tu kena masak le SK. takpun pi kedai jual nasi tomato sedap.
DeleteWahhhh meriah sangat jamuan ni , selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kak ana.. kak ana setakad ni raya dengan saudara mara dan kawan terdekat sahaja dik.. hehe :)
ReplyDeleteSelamat hari raya sis.
DeleteTudia.... banyaknya menu terhidang. Rasa macam nak terkam semua ni. Sedap-sedap belaka dan kalau ada soto saya pun akan utamakan yang itu.
ReplyDeleteKita orang rasa sikit demi sikit supaya dapat rasa semua. Tu pun mee kari tak boleh masuk dah udah penuh kantung perutnya.
Deletemee kari.. soto... susah nak buat pilihan sbb dua2 ni sedap!
ReplyDeleteTapi pada akak soto le menang kalau ada lontong hah lontong menang. hehehe
DeleteWiiiiih, memang kenyang lah ini 😍😍. Banyak pula menu nya ya kak. Saya kalau di sana, bakal bingung nak pilih apa 😄
ReplyDeleteOrang malaysia kalau jaudah raya boleh pening kepala nak makan apa semuanya sedap belaka.
Delete