Assalamualaikum,
Hari Jumaat yang lepas Jabatan aku buat jamuan Raya. Almaklumlah katanya last raya tapi Hari Sabtu boleh lagi pi open house raya. Oleh kerana tahun ni tak boleh buat jamuan raya secara terang-terangan jadi kami buat secara tertutup gitu tapi jemput juga lah staff yang ada kaitan dengan kami macam Forensik yang rajin menjemput kami bila jamuan. Lepas tu Klinik pakar, jiran terdekat macam Staff IT , Stor . Yang bestnya hari tu ada 9 jabatan lain buat jamuan raya.
Pn Hanum jemput juga Pengarah dan Jabatan Pengurusan. Yang datang Dr Suraya, Dr Hariati dan Mr Dinesh.
Poster AI yang Hanim create. Video atas pun dia yang create.
Juadah yang kami persembahkan
Ni juadah rare sebab bukan selalu ada. Hanim yang order dari Melaka katanya. Lemang periuk kera. Habis lah kera tak boleh memasak sebab periuk dia kena buat lemang. hehe
Kata santha aiskrim purbakala. Aku tenguk takdenya purbakala sangat sebab aiskrim malaysia ada semua perasa.
Ni rendang Udang. Rendang kayangan sebab udang kan mahal tapi semua kata sedap sebab ianya jarang ada. Hasil tangan CC Jue. Macam tak puas je makan, camni macam kena request buat potluck lepas raya lah supaya dapat makan juadah yang sedap dengan puasnya. Ni sebab banyak makanan rasa sikit sana sikit sini. Bila makan dah macam-macam yang sedap hanya dapat di cicipi sikit supaya dapat rasa. Tu yang rasa macam tak puas je makan. hahaha
Dr Hariati merasa Mee Kari.
Beramah mesra dengan Pengarah
Bhg Pengurusan makan di Bilik Mesyuarat.
Sebelum Pengarah dan Jabatan Pengurusan pergi ke tempat jamuan Jabatan lain sempatlah kami bergambar beramai-ramai. Mereka menjamah juadah sikit sebab banyak lagi jemputan yang kena hadiri. Kali ini sebab banyak Jabatan yang buat jamuan jadi kurang meriah sikit yang hadir. Tapi seronok je melihat mereka yang hadir terutamanya daripada Klinik Pakar.
Ramai juga daripada Klinik Pakar.
Doktor yang sebelah kanan ni asyik makan Vietnam roll yang dibuat oleh anak CC Su. Sos dia sedap tapi pedas sikit.
Ni dengan 3 Doktor daripada Jabatan Neurologi. Doktor yang comel depan tu katanya influencer. Dah macam model kan tapi Doktor bedah kepala ko. Salute Doktor muda-muda ni.
Ni je gambar ramai-ramai yang sempat di ambil. Almaklumle sibuk menyambut tetamu sampaikan lupa nak gambar ramai-ramai semua staff.
Petang tu ada pulak Jemaah Doktor untuk kes Dermatologi rasanya. Lepas tu jemputlah Doktor makan juga pegawai Perkeso Putrajaya. Yang kelakor tu Pegawai Perkeso tu sebelum mula JD dia dah makan. Sekali dah habis sessi JD eh dia tanya lagi ada makanan lagi tak. Nasib baik masa tu sedang mengemas. Jadi dia makan lah makanan yang ada seperti desert yang sedap. Manakala juadah yang berat kami dah kemas-kemas dan tapau mana yang ada lebih.
Jabatan Forensik maklum kat kita orang depa datang petang sebab pagi tu ada kes anak Staff IKN yang ditinggalkan maknya sepanjang hari bekerja dan bila di jumpai telah meninggal dunia. Jadi pagi tu sibuk lah Jabatan Forensik buat postmortem. Terkejut kitaorang. Mak dia park kereta kat Parking lot depan IKN tu. Usia 6 tahun rasanya. Budak lelaki. Allahuakbar sedih kita orang dengar berita tersebut. Dapat bayangkan dengan cuaca yang panas kat parking tu maknya boleh terlupa anak ada di seat belakang tengah tidur. Benda nak jadikan. Agaknya apa lah perasaan Mak dia bila anak meninggal hanya kerana kesilapan dia. Agaknya fikiran dah fikir macam-macam sampai lupa anak yang tertinggal.
Jadi petang tu staff Jabatan Forensik lah yang datang last. Pukul 4 kami pun mula mengemas. Alhamdulillah berakhir sudah jamuan Raya Jabatan kami.
Tak pernah lagi jumpa rendang udang. Nampak menyelerakan walaupun saya tak makan udang.
ReplyDeleteSedihnya..moga Allah kurniakan kekuatan buat staff tersebut.
Seronok raya 😍 Dua anak sy lahir kt HPj tu.
ReplyDeleteAiiiih rendang udang 😍😍😍😍😍👍. Issh ini memang paling best kak. Dah terbayang rasa udang yg manis berpadu dengan bumbu rendang. Kalau saya dekat sana, memang nak pesan dengan yg buat 😄😄. Biar puas makan banyak 😅
ReplyDeleteSemua sedap tu Kak ... Lemang periuk kera Sy belum pernah makan wpun tahu kewujudannya.
ReplyDeleteAllahu akbar, sedihnya. Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. Berat ujian utk ibu tu
baru pertama kali jumpa rendang udang ni. macam sedap tu. tertutup pun meriah menu. cantik poster tu.
ReplyDeleteAllahuakbar banyak juga dengar kes tertinggal anak dalam kereta...ujian untuk si ibu,pengajaran juga untuk kita semua,moga ibu tu kuat...
ReplyDeletePernah sekali makan lemang periuk kera. Wak Aton hantar ke rumah emak tapi tak tanya pula dia beli di mana.
ReplyDelete