Sunday, April 26, 2026

Lawatan dari MAHSA Universiti & Hongkong Metropolitan University

 


17 April 2026 – Hospital Putrajaya telah menerima kunjungan 35 pelajar kejururawatan bersama pensyarah pengiring dari MAHSA University & Hong Kong Metropolitan University yang terdiri daripada Assoc. Prof. Dr. Sandy Choi Pin Pin, Assoc. Prof. Dr. Lam Yun Wah, Assoc. Prof. Dr. Sarah Wong Suet Shan serta Mr. Nelson Chia Koon Kit.


Rombongan telah disambut oleh Dr. Nur Zulaikha Binti Nordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan 1 mewakili Pengarah Hospital Putrajaya.


Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas kejururawatan oleh Matron Mastura Binti Ahmad, diikuti sesi lawatan ke Jabatan Kecemasan, ICU dan Wad Perubatan bagi memberi pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar serta amalan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan.
Terima kasih atas kunjungan. Diharapkan lawatan ini dapat memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar serta mengukuhkan hubungan dan perkongsian ilmu antara kedua-dua institusi.


Tandatangan


Tinggi sungguh Mereka berdua.





Memori bersama


Buat lawatan 

 Melihat Jabatan Kecemasan dan Trauma

                                                                         Melihat keadaan wad 


Bergambar bersama staf  

Terima kasih semua pelawat yang hadir di HPJ

17 comments:

  1. Seronok bila ada lawatan dari luar negara kan kak..at least bertukar2 info..dari Malaysia ada tak yang pi melawat hospital diorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pi luar negeri kena buat plan projek. Dulu Rekod ada buat lawatan ke Indonesia melawat Hospital di sana. Tapi kena keluarkan duit lah sebab budget terhad.

      Delete
  2. Betul² tinggi orang² HK ni ek, tapi tengok pelajarnya macam taklah tinggi sangat. Bagus lawatan macam ni, boleh bertukar² pandangan dalam bidang perkhidmatan kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya orang tinggi ni makan apa ye menyebabkan depa tinggi mengalah macam tu.

      Delete
  3. Best juga ada lawatan luar ni. Dapat la berkongsi pengalaman dan pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya bertukar-tukar pandangan dan pengalaman kerja

      Delete
  4. Wahhh..Ramainya.Terus trigt cerita ghost doctor yg sy tgh repeat tgk skrg =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah layan citer KDrama ke. Korea kalau buat drama Medik bestkan.

      Delete
  5. ramainya rombongan tu.. kekadang penat jugak kalau ada org melawat ni.. hihihi

    kak, jom jawab tag sy.. tgk di blog k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah masa tahun 2023 banyak hospital datang melawat kat Jabatan rekod sebab HPJ dah lepas Akretasi MSQH jadi mereka belajar bagaimana nak buat persediaan bila kena audit.

      Delete
  6. Banyak juga berarti pertukaran knowledge antar negara dari fakultas keperawatan ini ya kak . Seru pastinya. Tp memang pasti budget pun besar sebab perjalanan luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benda boleh di belajar. Budget besar tu yang pasti bener sih kalau mau ke obersea

      Delete
  7. Bagusnya lawatan sebegini.
    Macam tengah adakan hubungan diplomatik gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bagus sebab kita boleh belajar benyak benda yang kita tak ada atau benda baru

      Delete
  8. Lawatan begini dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman antara delegasi. Banyak info baru diperolehi..

    ReplyDelete
  9. Lama tak joint lawatan-lawatan macam ini.. Rindulah pula..

    ReplyDelete
  10. Lawatan dari international student ke? Best best dpt berkongsi pengalaman dan pengetahuan..

    ReplyDelete