Thursday, April 23, 2026

Program Jom Baca Peringkat IKN 2026



Assalamualaikum,

Hari Selasa hari tu kita orang join program Jom Baca di IKN. Masa mula tenguk iklan macam nak pergi tapi tak ada geng sekali aku pun ajak CC jue. Kebetulan Pn Eva pun nak join juga. Sekali tenguk list kita orang yang last je. Nasib sempat daftar. Rupanya hanya 80 orang peserta je. 

Jadi pagi Selasa pukul 8 kita orang pun jalan lenggang kangkung menuju ke IKN sebelah HPJ tu je.



Acara bermula pukul 8.30 pagi untuk pendaftaran dan juga ada sarapan di sediakan. Sampai je terus daftar nama dan sign kedatangan. Dapat  door gift dan meehoon untuk sarapan. Bila belek dalam beg ada buku novel percuma diberikan. Memang ada makluman dapat buku percuma. Sebabnya kita akan buat membaca bersama Pengarah selama 10 minit.  

Program jom baca ni sebenarnya sempena Hari Buku dan Hak cipta Sedunia yang diadakan pada 23hb April setiap tahun. Tapi kita orang start awal iaitu pada 21hb April 2026.   

Program "Jom Baca Bersama 10 Minit" merupakan inisiatif kebangsaan tahunan yang diadakan serentak pada 23 April 2026 sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Kempen ini bertujuan memupuk budaya membaca selama 10 minit dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan tema 2026 "Membaca Membina Bangsa". Pendaftaran terbuka kepada agensi kerajaan, NGO, sekolah, dan orang awam.

 

Bengkel membaca secara cepat oleh En Yazid memang best. Salah satu yang aku ingat kalau boleh kita kena membaca setiap hari supaya otak kita berfungsi. Ianya supaya dapat mengurangkan daripada terkena penyakit Alzheimer.  

Ambil masa beberapa minit dan cuba jadikan ianya amalan setiap hari supaya ianya menjadi habit bagi kita untuk membaca. Sebab tu Tun Mahathir walaupun dah berusia 100 tahun masih lagi kritis pandangan dia dalam apa-apa juga keadaan semasa.



Selepas tu upacara perasmian Program bila Pengarah IKN datang bersama pegawai yang lain untuk merasmikan program serta menbaca secara 10 minit bersama kami semua.


Semasa Jom membaca selama 10 minit bersama-sama.

Selepas Pengarah IKN membuat pelancaran dan membaca bersama-sama selama 10 minit bengkel membaca dengan pantas bersambung semula. Ada bagusnya teknik bagaimana membaca dengan pantas bagi staff yang membaca semasa bekerja. Ianya teknik supaya lagi pantas kita membaca lagi banyak ilmu yang kita dapat. Dan masa yang kita gunakan itu berguna sebab lagi banyak input bacaan yang kita dapat jika mengunakan skill membaca dengan pantas. 

Selesai sessi Bengkel ada pulak game Kahoot dijalankan. Dan tak sangka aku dapat tempat ke 2 dalam game kahoot tu.  Oleh kerana petang sessi petang start pukul 2,30 petang kita orang pun ambil makanan tengahari dan balik ke pejabat. Lunch dan petang datang balik supaya lengkap kursus sehari.



Ada jualan buku di tingkat 3 oleh Karangkraf dan Iman. Aku beli lah buku Dr Alizi tu serta beberapa buku yang menarik minat aku nak membaca. Kat Booth karangkraf ada buku Ramlee awang Murshid. Buku Sunan tu sampai 8 buah tapi tu lah tebal-tebal buku dia. Suka juga baca cerita fiksyen ni sekali sekala.  Buku Dr Lizi yang akan di bicarakan petang ni dah habis jadi aku ambil buku tajuk Penat. MAsa kita orang sibuk membayar dan nak naik lif terserempak dengan Pegawai Perpustakaan IKN dengan Dr Alizi tu. rupanya dia melihat buku kat booth untuk melihat larisnya buku dia atau tidak.


Pada sebelah petang pulak adalah resensi buku "Jangan Ganggu lepas waktu kerja boleh? "oleh Dr Alizi. Ni pun satu topik yang menarik dari segi Psyikologi pekerja. 


Sempat lah sign otograph dan posing bersama penulis.





Isu utama dalam buku tersebut. Burnout. 



                                                         Ada drama sebabak lagi.


Sebahagian yang hadir

                                                   Isu penting yang kami perbincangkan



Bergambar buat semua yang hadir sessi petang.

Alhamdulillah lah banyak juga kupasan mengenai burnout yang di perbincangkan. Malahan ada juga diberi kerja perbincangan bagaimana ianya nak di implemenkan di tempat kerja. Bagaimana nak mengatasi burn out dan bagaimana nak membuat kerja kita lebih effision.  

Sebelum balik ada lagi kejutan iaitu ada hadiah dimana dibawah kerusi ada stiker tahniah. 


  Yeh aku salah seorang yang dapat hadiah lagi sebab ada stiker tahniah dibawah kerusi aku. 

Dan balik rumah ada lagi parcel hadiah daripada Ibu Rawiwa. Hah tu nanti aku cerita lain ye. Hari ini memang berganda-ganda rezeki aku dapat. Tapi hadiah yang last tu aku bagi pada cc jue sebab yang hadiah menang game Karoot tu sama kecuali aku dapat tag beg. Yang last tak ada jadi aku bagi cc jue lah. Yang best tu tumbler ada cop IKN. Tu yang mahal. Dapat 2 bagi lah kawan yang tak dapat.  

24 comments:

  1. Ada jualan buku tu yang menarik. Ilmu baru tu, cara membaca cepat. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Ingatkan nak baca santai-santai rupanya bila membaca cepat banyak masa kita boleh topup ilmunya.

      Delete
  2. Bestnya program kat sana. Banyak pulak tu dapat hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat jawab soalan penceramah pun dapat hadiah. Tang tu je yang akak tak jawab

      Delete
  3. Seronok program gini. Menggalakkan lagi orang untuk membaca.
    Tak ramai orang suka membaca, membaca sepatut dijadikan tabiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ikut tabiat Tun Dr Mahadhir supaya otak berfikir selalu bila membaca

      Delete
  4. Beruntung bila jabatan anjurkan program begini... memang kena ambil peluang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selalu lagi best. Layan buku yang menarik

      Delete
  5. Wah bertuahnya akak hari tu ye, byk dpt hadiah.. dpt novel free lagi, sesi bersama penulis pun best.. btw ofis lama en suami tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah akak pertama kali masuk perpustakaan IKN. Ada pegawai perpustakaan rupanya dan boleh tahan juga perpustakaan IKN

      Delete
  6. Betul sekarang ini kena pupuk budaya membaca.. Bagus program macam ni siap ada jualan buku lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah cuma kadang tarikan gadjet tu melebihi.

      Delete
  7. Meriah majlisnya. Ada booth semua... Sekolah anak pun ada buat program ni semalam. Kena bawa buku cerita sorang satu ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dapat free buku jadi gunakan waktu membaca 10 minit tu. Boleh je ambil buku di perpustakaan tapi dah dapat free gunakan lah.

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Murah rezeki akak..
    Dapat ilmu dan dapat hadiah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu suka kalau dapat join event macam ni.

      Delete
  9. meriah acara majlis baca buku ...mesti rajin membaca tambah ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu rajin sis ni godaan medsos banyak sampai lupa nak membaca.

      Delete
  10. Tahniah dapat hadiah..membaca jambatan ilmu..program yang menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah mesti ada buat program macam ni cikgu.

      Delete
  11. Bagus majlis dan kempen membaca macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kalau ada program macam ni memang suka

      Delete
  12. Kegiatan membaca begini penting sebenarnya. Karena banyak juga Orang2 yg tak suka membaca kan. Ditambah zaman digital, makinlah buku jadi terpinggir. Sebab tuh saya membiasakan anak2 saya utk rajin baca, minimal 1 bab sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pupuk dari kecil supaya minat membaca. Sekarang gadjet mengatasi semuanya

      Delete