Monday, May 4, 2026

Terlajak Raya


Check up dari Homestay Idaman Melur.

Assalamualaikum,

Bangun pagi tu gotong royong buat sarapan. Buat nasi goreng lebihan nasi pada malam tadi. Lepas tu rebus ubi yang Jol bawak dari Batu Pahat. Rendang Kak nong ada lagi. Lepas tu buat sambal tumis untuk lawan dengan ubi rebus.  Jagung yang Kak Jal bawak dari Tangkak kita orang rebus buat sarapan. Nasi goreng tak cukup Kak jal masak nasi lemak. Kiranya pagi tu memang kenyang sungguh lah dengan pelbagai makanan.   

Makanan sarapan tak ambil sebab dah sibuk sediakan sarapan, makan dan kemas nak ke Bukit Sentosa lah pulak. Janji pukul 10 keluar rumah tapi akhirnya nak dekat pukul 11 juga lah. Almaklumlah bila dah ramai-ramai tu.


Menuju ke Bukit Sentosa Rawang pulak. Konvoi beramai-ramai. Tapi nak masuk ke Toll Bukit Beruntung highway sudah jem. Almaklumle orang KL kalau cuti panjang je mesti balik kampung atau berjalan ke Utara. 

Oleh kerana jem,  Julie bawa kami masuk Toll Serendah. Makan masa juga dengan jalan yang tengah repair. Kak nong pun udah mabuk. Keluar dari rumah julie kenyang sampai rumah Kak norra udah lapar balik. hehehehehe 

Kiranya sampai rumah Kak Norra je terus semua makan tengahari. Yang lelaki ada yang solat Jumaat. Yang perempuan apa lagi makan le. hehehehe Ya lah sudah jalan jauh dari Cybersouth Dengkil sehingga Bukit Sentosa di Kuala Kubu Bharu. 


Pokok Jambu air di belakang rumah Kak Norra. Geram je kita orang tenguk. Kena sampul kalau tak jambunya rosak kena tebuk ulat. 

Sampai rumah Kak Norra nampak Kak Limah dan Meria sudah sampai.


Colek dengan gula dan kicap pecahkan cili api. Yum yum yum.


Kuih cara dia sedap isi dia banyak.  


Chicken t6enders yang Meria bawak. Sedap.


Kak Norra masak ayam masak lemak cili api dengan kobis goreng 


Buah durian belanda dia banyak buahnya. Tapi masih kecil lagi belum masak. Geram je tenguk. Tanam kat kampung asyik mati je pokoknya. 


Tak muat piknik kat bawah pulak.


Selesai beraya di rumah Kak Norra beraya ke Ampang pulak.  Semua nak rasa Rawang Bypass jadi lalu lah situ.


Rawang Bypass.

Sebelum sampai Ampang hujan lah pulak. Jenuh le nak tenguk jalan nak lalu Suke pulak.



Kali ni anak-anak Merina join sama. Aiman selaku abang yang sulong yang membawa adik-adiknya balik. Oleh kerana kawan dia kahwin jadi stay 1 malam lagi kat KL. Lepas tu hantar adik dia yang no 3 kat melaka dan yang bungsu kat Batu Pahat. Macam-macam nasihat atoknya. Ya lah kan tinggal adik beradik je jadi yang tua lah yang uruskan adik-adiknya. Yang bungsu buat masa ni duduk rumah pengasuhnya sementara Meri dan Kamal di Mekah.


Pekena Mee rebus, Nasi himpit dan rendang ayam.

Kak nong mulanya nak tidur kat Ampang tapi Azlee nak balik Melaka sebab anaknya nak periksa dan nak basuh baju. Petang sabtu tu ambil dari asrama jadi balik ni nak basuh baju anak-anaknya. BIla Azlee balik Kak nong pun tak jadi lah. Ajed pun baru ura-ura nak cari hotel pun terus cancel dan balik Melaka.

Manakala Jol dan Kak Jal sambung balik tidur di rumah Julie. Besoknya Sabtu baru balik Tangkak dan Batu Pahat.


Keluarga Jol dan anak-anaknya. Fahmi nanti akan balik ke Usim, Julie yang hantar ke kolej. 


Check out Idaman Melur 


Pi makan di Pejam Mata Cafe. Kali ni keluarga Hafiz pula yang join.   

Masa hari Khamis tu Hafiz je yang datang. Jadi kali ni dia bawak famili dia nak jumpa dengan Mak toknya dulu sebelum Mak tok balik Tangkak.

                                                      Makan sambil pejam mata. hehehe



Adik Manis dapat jumpa Mak toknya. Hilang rindu Kak jal dengan cucu sebelum balik Tangkak. Nama dia Manisah Qaisara,  jadi selalu usik adik manis. Keluaran Hospital Putrajaya. hehehehe



5 comments:

  1. Sesekali terlajak raya dan berkumpul ramai- ramai..SA pun ada cerita terlajak raya..esok la post...hahahaa..

    ReplyDelete
  2. Nama pun dah manis.. adoi..comel la awak...
    Terlajak raya best betul..beramai² konvo raya tu..

    ReplyDelete
  3. Seronok baca.. Meriah dengan sesi kunjung-mengunjung dengan pelbagai juadah..

    ReplyDelete
  4. Wah, sedapnya daoat makan jambu fresh.
    Betullah Notie, kuih cara memang sedap kalau isinya banyak.

    ReplyDelete
  5. Bahagia tu terlajak raya..tak apa hari-hari raya pun ok..bukan susahpun makanan ala kadar kira kejayaan..

    ReplyDelete