Tuesday, July 14, 2026

Kenangan bersama Cc Su

Assalamualaikum
Maaf lah aku buat entry seorang demi seorang staf Hpj untuk memori Dan kenangan bersama. 

Masa masuk Jabatan Rekod cc su Dan cc mila banyak yang mengajar aku Dan juga kami suka bersembang kat pantry sambil makan sambil bersembang. 

Cc su rupanya pun baru je masuk Hpj kerana kenaikan pangkat. Sebelum ni kat Bahagian Perkembangan KKM. Laaa Selama kat parcel E kenapa lah kami tak pernah kenal Dan jumpa. Mungkin ada kut tapi bila korek dalam ingatan aku memang tak pernah terserempak. Alahaiiiii padahal cc su lama kat Blok 1 tu Dan kerja bersama Zarimah sebelum Zarimah naik pangkat masuk Pik. 

Cc orang melaka. Bila dia dah start kerja emm memang kyusuk Dan tekun lah. Almaklumle jaga data impatient. Kena semak 1 demi 1 patient kat wad tu betul atau tidak. Jadi jangan kacau cc nanti data tak betul. Habis report nanti. 

Orang melaka dengan orang muo kan berjiran jadi seronok le kita orang bersembang. Anak cc pandai masak. Sedap hasil tangan anak dia. Vietnam roll dia emm memang sedap. Ingat lagi kat Jamuan raya ada doktor Bahagian neuro makan Vietnam roll tu je tak paling juadah yang lain dah. Entah berapa roll dia makan. Doktor tu kata sos Dan roll tu sedap. Licin tau. 

Bila aku sibuk nak pencen sekali bila cc check date dia nak pencen rupanya lagi 2 tahun. Gelak dia sebab lepas ni ikut aku jadi Yb. Suami cc dah pencen tahun ni tapi kenang kan banyak lagi tanggungan cc tak mohon option pencen awal.

Terima kasih cc su atas ukhwah selama ini. Halal kan makan dan minum selama ini.
Hadiah dari pada cc su. Ada lagi satu dia kata frame. Aku tak buka lagi. 

Kenangan bersama Saiful

Assalamualaikum

Shaiful ni satu satunya jejaka dalam jabatan Rekod Perubatan Hpj. Kumbang Di sebalik Munge2 yang banyak. 

Jadi bila buat gotong royong memang perlukan tenaga dia. Alhamdulillah selalunya banyak membantu kaum hawa Di pejabat kami. 

Lepas tu isterinya kerja kat ibu pejabat kkm orang parit Yusof muar. Hah apa lagi memang seronok citer masa dia bersama keluarga balik muo. 

Terima kasih shaiful sebab rajin Dan banyak membantu kalau aku perlukan pertolobgan. Semuga Allah permudahkan segala urusan and a. AAMIIN 

Resepi bermanfaat




 Assalamualaikum. 

Hari tu sempat generate resepi kat face book. Ni Cuba try test by phone. Jadi ke tidak 

Semarak Bahasa: Terjemahan Istilah Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu


 

Assalamualaikum,

Bila baca dalam bahasa melayu lahhh lain bebenor ye. Apa pun kadang dah terbiasa guna istilah bahasa inggeri bila di translater kan alahai janggal sungguh. Apa pun bila macam ni oooo kena tahu juga maksud dalam bahasa melayu kan. 

Bahasa medical lagi lah banyak di guna istilah ciplak bahasa kepada bahasa inggeris. Kadang lebih paham bahasa inggeris daripada maksud dalam bahasa melayu.  Apa pun kadang kena tahu juga maksud maksud tertentu.   


Istilah perubatan (medical) dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada perubatan atau kedoktoran dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan kosa kata perubatan di Malaysia menggunakan sistem ejaan yang diselaraskan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Anda boleh merujuk panduan Malay Medical Vocabulary Guide atau Medical Terms in Malay Language 

Berikut adalah beberapa terjemahan istilah perubatan yang lazim digunakan di klinik dan hospital:
Istilah InggerisIstilah Bahasa Melayu
AppointmentJanji temu
Blood pressureTekanan darah
Chest painSakit dada
DiagnosisDiagnosis
FeverDemam
MedicationUbat-ubatan
PrescriptionPreskripsi
Side effectsKesan sampingan
SurgeryPembedahan
SymptomsGejala / Simptom

Vomiting


Muntah



Thursday, July 2, 2026

Berakhir Perkhidmatan Sebagai Penjawat Awam

 

Mek Za dan Pn Shu menjemput aku ke Auditorium.