Tuesday, July 21, 2026

Bangga dengan kawan sekolah

 

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan pada 17 Julai 2026 bertempat di Canseleri UiTM  sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah. 
Kredit to Fb azah rahman


Assalamualaikum 
Dalam banyak2 kawan sekolah Azah Rahman yang paling top sebab berjawatan tinggi di UiTM shah alam. 

Ada seorang lagi Norlida Md Dom pelari handalan rumah coklat di sekolah dulu dan berpangkat juga jawatannya cuma kenal dan baik kat sekolah je manakala Azah Rahman ni kenal 5 tahun hidup bersama kat hostel. 

Ketua pengawas sekolah dan bila menjadi pensyarah di UiTM semakin berkembang maju kerjayanya. 

Sebulan sebelum bersara dapat naik pangkat lagi. Jusa A ko. Tahniah Azah Rahman

Aku, Azah dan Geeta hari jadi kami berderet iaitu 17,18 dan 19hb Julai. Oleh kerana kita orang pencen maksimum nampak le majlis masing2 dalam Fb. 

Geeta pensyarah UiTM juga tapi kampus pahang. Ada seorang lagi yang jadi pensyarah UiTM tapi Azilah dia pencen awal. 

 Alhamdulillah ni ada lah beberapa kawan sekolah yang berjaya. Aku tumpang bangga dengan kejayaan mereka. 

Teringat zaman sekolah dulu, bertungkus lumus belajar. Macam2 perangai budak hostel masa dulu. Kalau ingat sengeh sorang2. Memori semua tu. 

Bab birthday berderet ni masa kat opis lama iaitu di Pik dari 15hb hingga 19hb tau. Iaitu Rosli Amro, Dr shahidah, aku, Azmaliza Amro  dan Zaitun statistic. Jadi bila wish berderet le dalam group WA opis Pik dulu. Sekarang yang tinggal Dr Shahida Dan Azmaliza Amro. Rusli dah pindah keluar KKM manakala Zaitun kena pindah serawak. Lupa naik pangkat kut. 

Eh dah melalut pulaknya






12 comments:

  1. Hebat-hebat semua.. tahniah buat sahabatnya semua

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah notie n shbt2 yg berjaya bina kerjaya terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pada Cikgu SMSAB muar yang mendidik kami menjadi seperti sekarang

      Delete
  3. Tahniah semuanya..berjaya dan hebat².. selamat bersara juga

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat rakan sekolah Notie! Bila kawan rapat atau kawan lama kita berjaya, rasa bangga tu macam adik-beradik sendiri yang dapat kejayaan. Bagusnya Notie sentiasa menyokong dan meraikan kejayaan kawan-kawan. Semoga kenangan dan ikatan ukhwah zaman sekolah terus terpelihara!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..kita tumpang gembira tengok kawan2 berjaya...wahh..Jusa A...terbaikk..

    ReplyDelete
  6. Tumpang bangga tengok kejayaan kawan-kawan macam Prof. Ts. Dr. Norazah. Memang betul, ikatan kawan hostel ni lain macam nostalgia dia. Apapun, selamat bersara dan teruskan berkongsi cerita-cerita menarik kat blog

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dan Tahniah buat sis dan sahabat2.

    ReplyDelete
  8. Wah jauh betul dah gelaran kawan kak Notie ni. Kawan ammi masa Dip dulu ada 2 orang yang dah jadi Dr. PHD. Kawan sekolah rendah banyak jadi lecturer. Ammi kita jadi setiausaha legal sampai ke tua je lah

    ReplyDelete