Masa baru masuk hpj aku tak tahu pun ada staff yang oku. Bila aku ber cakap dengan dia... Eh dia buat derk ja. Segan juga dan termalu sendiri kenapa dia ni tak dengar aku cakap ke dan tanya. Rupanya bila dah lama baru tahu. Dia cacat pendengaran tapi boleh ber cakap tak bisu.
Lida boleh paham kita cakap dengan memandang mulut kita. Dia orang cerita suami dia sama oku juga tapi anak2 normal. Kalau dia bawak kereta waduh main rempit je. Ini kawan yang cerita dan pernah tumpang kereta dia. Dia tak dengar kan agaknya camne dia bawak ye. Kadang dia orang bercerita sambil melawak terutamanya santha yang suka mengusik.
Yang kelakor tu kadang keras kepala juga. Sanggup bergaduh kalau dia rasa dia betul. Sampai sanggup nak keluar Jabatan Rekod hanya kerana orang pertikaikan kerja dia. Kerja bagus tapi pn shu kadang bengang layan kerenah dia yang kadang macam berkira kerja Dan kadang tak paham apa kehendak boss. Selalu bergaduh dengan santha tapi nanti baik semula. Kadang kelakor tenguk depa berdua bergaduh dan kadang tindakan macam budak2. Dah le kerja bertiga dalam satu bilik. Kalau tak geng sorang ke sana sorang ke sini. Nasib baik tau Pn hanum baik. Kalau tempat lain tak tahu le camne nak layan kerenah dia. Tapi anak2 dia bagus aktif sukan. Selalu je nampak dia minta off sebab anak ada lawan game.
Ini hadiah share bersama santha. Terima kasih lida. Semuga berjaya naik pangkat ke EO. Hari tu tak berjaya semuga berjaya masa akan datang.
Seronoknya bila ada kenangan manis macam ni untuk dikenang. Momen indah dengan insan tersayang memang sentiasa dekat di hati.
ReplyDeleteIni kiranya memori akak bersama staf hpj. Walaupun hanya 3 tahun tapi kenangan bersama tetap Di hati.
DeleteSalam kenal sis.. saya datang dari blog Bola Katok hehe. Teringat arwah tok busu saya pekak dan bisu tapi boleh ajar saya naik motor sampai pandai hehe. Samalah naik motor pun laju 😂
ReplyDeleteDepa kadang macam nak tunjuk kan yang depa normal padahal kita orang anggap dia biasa je malahan risau pulak kalau ada aksi ekstrem
DeleteAlhamdulillah terjalin persahabatan..ramai kawan rezeki melimpah..
ReplyDeleteSelalu respek dengan orang tak boleh dengar ni, tapi boleh faham dengan melihat gerakan mulut kita.
ReplyDeleteHahaa bila citer psl isu pendengaran ni teringat diri sndri... saya bkn la.kategori pekak tapi ada mslh pendengaran bkn sejak lahir... x tau sejak bila cuma bila dh keje ni makin lama makin dah tua makin kira g sgt clear.. ke gkawan suka usik kadang² saya x dgr sgt jelas drg berborak time tu la drg suka mengusik haha.. tp alhamdulilah memori suka duka ngan kengkawan opis ni yg suka menyakat akan dikenang smp bebila
ReplyDeletekawan baik budi dalam kenangan abadi
ReplyDeleteSeronok ada kawan yg boleh gaduh² manja ni, maknanya mmg rapatlah kan... Selamat maju jaya utk Pn Lida
ReplyDeleteSenyum sendiri sambil membayangkan suasana kerja tiga orang. Tentu bila dikenang banyak terasa lucunya.
ReplyDeleteBukan mudah belajar memahami gerak bibir. Hebaaat teman kakak. Semoga karir nya pun semakin naik yaaa.
ReplyDeleteAduhhh... pening juga ya ketua kalau gitu.
ReplyDeleteGaduh² manja tak per, jangan bertikam lidah hingga menyebabkan bencana.
gaduh2 manja tu biasa... pusing2 pun, itu juga orang yang kita jumpa nanti
ReplyDeleteMoga ukhuwah kekal selamanya
ReplyDelete