Thursday, July 16, 2026

Kenangan bersama Puan Hanum

Assalamualaikum 

Puan Hanum ni memang boss terbaik bagi aku. Boss yang lembut tapi tegas orangnya. Baik dan memahami anak buahnya. Selalu beri tunjuk ajar pada aku yang slow bila bab it ni. Hehehe

Aku mengenalinya masa Pn Hanum dalam team casemix Di Bahagian Perkembangan ipkkm. Sebelum tu kat Hospital Seremban. Masa kat hosp seremban tak kenal sangat tapi bila Di ibu pejabat selalu lah jumpa bila deal dengan casemix. Case mix masa tu baru nak di wujudkan Di hospital kerajaan tapi sebab benda baru jadi buat kat hospital tertentu dahulu. 

Icd 10 klasifikasi kod penyakit manakala casemix pula klasifikasi prosedur. 

Casemix pula berkaitan dengan perbelanjaan hospital base on kod icd9cm prosedur. 

Jadi bila casemix start selalu lah meeting dengan pik untuk selaraskan keduanya dalam report tapi tak boleh sebab pik dan Bhg  perkembangan selalu bergaduh. Yang teruk kita orang di pik, bhg perkembangan dan terutamanya staff di hospital. 

Sepatutnya bila keyin data dalam Smrp boleh flow juga casemix data dan tak perlu buat 2 kali kerja tapi mula2 tu pening juga tapi akhirnya boleh. Dari data smrp bila nak kod prosedur baru flow dalam casemix. Tapi jenuh weiiii nak buat tu semua masa baru implement. 

Eh dah ke lain pulak aku. 

OK lepas tu dengar pn hanum pindah ke hospital Putrajaya bila kak zanariah pencen. 

Jadi bila aku kena tukar ke hpj jumpa lah Pn hanum. Masa ni sibuk audit hpia Lapuran perubatan. Audit 4 kali dalam setahun. 2 audit dalaman dahulu lepas tu 2 audit luaran. 

Aku sempat kena audit sekali. Lepas tu hpia untuk Lapuran perubatan Di mansuhkan ganti lembaga perubatan. 

Yahoooo gembira hati aku dah terlepas dari kena audit 4 kali setahun. Cuma kena jaga lah jangan kena Sispaa banyak kali. 

Pn hanum yang ajar aku bagaimana nak menjawab bila kena Sispaa oleh patient. Bagaimana nak buat piagam pelanggan tiap bulan. Bagaimana cara nak kira dinomeneter dan numeneter Lapuran perubatan. Jenuh wei sebab masa tu pn aishah tak sempat nak ajar aku. Aku ambil alih tempat pn aishah bila dia pindah Taiping. 

Jadi slow2 le aku tenguk balik rules dalam membuat piagam pelanggan hpia Lapuran perubatan. Dia dari 1 punca data boleh jadi yang lain2 juga. Peratusan LP Di hantar ke Doktor dalam 10 hari bekerja. Lepas tu Peratusan LP Di sediakan dalam 28 hari bekerja. Tercapai atau tidak. Huhuhu poning wooo masa mula2. 
Masa kat pik aku deal data smrp. Sekali kat Hpj deal data Lapuran perubatan setiap bulan. Tapi mula tu bertatih le kan akhirnya expert. Chewah takde le expert sangat sebab kadang timbul ayat lain je aku dah gelabah. Jargon hospital kadang buat aku confius nasib baik Pn hanum ada. 

Terima kasih Pn hanum atas tunjuk ajar dan ilmu yang di berikan. Hanya Allah saja yang membalasnya. 
Hadiah dari Pn Hanum

22 comments:

  1. Alhamdulillah dapat boss yg baik pun rezeki kan Kak. Banyak dapat belajar dari beliau 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rezeki Di kelilingi orang baik baik

      Delete
  2. Alhamdulillah.Tp seronok la belajar benda baru. trus kita jadi staff yang versatile =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ikut peredaran zaman. Walaupun ram Dan cpu dah lama kena belajar slow slow. Hehe

      Delete
  3. Susah jugak kerja jabatan rekod ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang luar nampak macam susah tapi orang rekod OK je walaupun banyak cabang kena urus kena ada minat juga dalam bekerja.

      Delete
  4. Best dpt boss yang memahami kehendak anak buah... tp tu la ye dah nak pindah puan hanum.. semoga terus success di tmpt baru ye puan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan hanum boss jabatan Rekod dia tak pindah. Tu cerita sebelum dia kerja Di Hpj.

      Delete
  5. alhamdulillah dapat boss yg baik sepanjang bekerja. manis je puan hanum ni

    ReplyDelete
  6. Best la kakNotie dapat massage pillow. Alhamdulillah rezeki juga bila dapat team mate dan bos yang baik serta beri tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah semua dalam jabatan Rekod team opis yang best. Belum test lagi pillow tu

      Delete
  7. Syukur rezeki buat Kak Notie...best dapat boss yang baik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Di tentukan dengan orang yang baik-baik Di Hpj

      Delete
  8. Cantiiiik sekali puan Hanum ini ... Aura tegas tapi ramahnya terlihat 👍. Bersyukur sangat jika dpt atasan yg baik dan mau support bawahannya.

    ReplyDelete
  9. teringin nak duduk jabatan rekod.. nk cuba benda baru pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeiiiiii orang Rekod terutamanya Amro satu demi satu dah keluar dari Jabatan Rekod terutamanya yang bertahun dalam Rekod dan KKM

      Delete
  10. Seronok dapat bekerja dengan boss yang baik hati dan selalu tunjuk ajar anak buah.

    ReplyDelete
  11. .....hancur badan dikandung tanah,
    Budi baik dikenang juga.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu amie. Tapi tak kan sama dengan yang lama.

      Delete