Saturday, August 8, 2026

Cuba rasa nescafe ais kepal

Assalamualaikum
Hari tu pergi 7E tengah cari air buat bekal perjalanan ke muar nampak le air ni. Nescafe ais kepala limited edition. Warna cantik pink color u. 

Beli 2 tin. Satu aku minum masa dalam perjalanan dan kat highway. Rasa nescafe kuat tapi ais kepalnya tu camne ye rasa original dia. 

Lepas tu masa dengan kak jal nak pi rumah kak nong, kak jal yang minum 1 tin lagi. Dah kita orang terimbau kenangan masa kecik2 dulu. Masa tu tak kisah halal haram dalam makanan. Teringat kat kedai ais kepal tu tokeh kedai dok kepal ais tu bulat bulat, lepas tu jirus air gula. Dapat je kat kita orang dok hisap ais kepal tu. Bila teringat sekarang  Ya Allah macamana le kita orang dok melantak benda alah tu dulu. Kalau sekarang emm memang tak le nak melantak jika tahu sapa yang buat.
Bila terimbau citer ni aku dan kak jal gelak bersama. Jahil sungguh waktu dulu. 

Ya Allah ampun kan aku sebab jahil masa kecil dulu. Semuga rezeki yang aku makan sekarang semuanya halal toyiban. Aamiin

Tuesday, August 4, 2026

Tanya chatgpt kenapa blog kena remove oleh blogspot

 

Infografik: Kenapa Blog Boleh Dibuang (Remove) oleh Blogspot/Blogger
🚫 Sebab-Sebab Utama
❌ Melanggar Polisi Kandungan
Kandungan kebencian
Keganasan
Pornografi atau kandungan eksplisit
📄 Pelanggaran Hak Cipta
Menyalin artikel orang lain
Menggunakan gambar atau video tanpa kebenaran
🤖 Spam
Terlalu banyak iklan
Kata kunci berlebihan (keyword stuffing)
Kandungan dijana semata-mata untuk menarik trafik tanpa nilai kepada pembaca
🦠 Aktiviti Berbahaya
Menyebarkan malware
Phishing atau penipuan
⚠️ Penyalahgunaan Platform
Akaun palsu
Manipulasi trafik
Melanggar Terma Perkhidmatan Blogger
✅ Cara Elakkan Blog Diremove
Tulis kandungan asli.
Gunakan gambar yang mempunyai lesen atau milik sendiri.
Patuhi polisi Blogger.
Elakkan spam dan pautan yang mencurigakan.
Semak blog secara berkala untuk memastikan tiada kandungan yang melanggar polisi.
Ringkasnya: Blog biasanya diremove oleh Blogspot kerana melanggar polisi, melakukan spam, melanggar hak cipta, atau mengandungi kandungan yang membahayakan pengguna. Jika blog dibuang secara tidak sengaja, anda biasanya boleh membuat rayuan melalui akaun Blogger.

Assalamualaikum 
Masih tanjat gegerl ko pagi ni bila mim email blog dia kena remove. Cuba Tanya chatgpt secara infografik eh Di tulis satu demi satu. 

Apa pun kita doakan mim, cie dan sk dapat semula rumah mereka. Sayang oiii dah banyak file dalam depa cerita macam2 mahu tak nangis bucu katil. 

Ini 3 blogger yang aku sempat jenguk yang lain tak tahu lagi. 

Blog kena remove why why why

Assalamualaikum

Tib pagi ni dapat email dari pada mim blog dia kena remove. Lepas tu Cuba blog cie lepas tu SK eh napa ya. Apa yang terjadi. Aku dah le bengang update aku asyik tertinggal je update list tu yang malas nak masuk. BW tenguk mood. Aduhaiii

Why why why. Ada orang report abuse ke. 

Semuga cuma masalah teknikal je Dan kawan2 aku dapat balik rumah mereka. Doakan ye. Cuba check napa