Friday, March 5, 2010

FB oh FB

     Rupa-rupanya dek kerana FB aku dapat bertemu semula secara maya dengan kengkawan semasa sekolah dahulu. emmm windunya kat depa semua terutama aini dan anifah. Dan ada yang lepas SPM je terus aku tak jumpa seperti as dan azah rahman. Bayangkan dah berpuluh tahun tu.....

  Singkat cerita masa balik dari padang aku teruja pulak tenguk june update dalam Fb dia. Lepas tu tenguk nacha hishh ni tak boleh jadi. Sebelum ni FB kena blok kat pejabat jadi bila wan dan nacha dok asyik melayan kebun dia sampai kan kemana-mana pergi asyik dok teringat kebun dan rumah dia dalam Fb tu, aku pun heran apa yang ada dok dalam tu samapaikan tak boleh ingat apa....asyik je. Rupanya game dalam tu bagaikan seperti hidup.

   Jadi aku teruslah jadi ahli, dan selang beberapa hari tiba-tiba Aini add aku sebagai kawan. Wahh depa cari aku rupanya, dan selepas tu aku tenguk anifah pun ada. Tak lama selepas tu lin khairi, azah rahman, as, jah, ipun pun ada. Malahan junior kita orang mas abrizah pun ada. wahhhhh windunya dan seronoknya dapat bertemu mereka walaupun hanya di alam maya dan di tempat yang berlainan. Itu lah namanya kecanggihan  internet.

  Lepas tu tenguk gambar pada FB anifah wahhhh gambar lama zaman sekolah dan asrama. hish hish tak sangkanya aku. Macam aini dan anifah lepas sekolah ada lah juga aku jumpa, tapi macam azah dan as memang trus tak penah jumpa selepas habis SPM, sikit punya lama tu.

      Ni aku kidnap dari FB anifah. Ni masa ni kalau tak silap dalam tingkatan satu. Kami baru je selesai menganjurkan malam mesra di asramaputeri. Dan ada sebahagian yang mengambil bahagian membuat pertunjukan pentas. Bila tenguk gambar cikgu Bedah teringat kat dia. Dengar cerita dia dah tak sihat lagi kene angin ahmar dan tinggal di Kluang.

    Gambar ni kami ambil di belakang asrama blok baru yang baru je siap. Masa ni rasanya dalam Form 3 kut sebab kalau tak silap aku form 3 dok kat blok lama Dorm puteh. Lepas tu Form 4 dok Dorm coklat. Lepas tu form 5 baru dok blok bangunan baru. Masa ni kunun-kununnya berangan kat obersea di kelilingi salji ke bunga ke apa ke. Masing-masing dok berangan. hahahahaha Apa yang aku tau azah, Enon dan maybe Sab yang dapat result bagus pi obersea. Yang pertama kali kahwin ialah Yus. Manakala anifah aku jumpa masa dia training staffnurse di JB. Lepas tu Aini pulak jadi cikgu. Manakala Kecik dan Rusnaini terus tak tau apa citer. 

                                                                               

Gambar ni masa kami Form 4, tengah honeymoon selepas habis SRP. Bila tenguk masa ni alahai.... semuanya kudut-kudut lagi tapi la niiiiii alahai sedar sendiri le betapa lamanya masa telah berlalu di telan zaman semuanya.


   Masa ni dah form 5 dan kununnya dah insaf le tu gamaknya. hahahahaha sebenornya aku join pancaragam daripada form  2 hinggalah  Form 5. Jadi bila dah nak ambil SPM takde lah aktif lagi malahan dah lucut jawatan dari jadi ahli pancaragam. Tu yang kononnya datang keinsafan menutup aurat. Selagi tak habis join pancaragam susah le nak tutup aurat. Tau je lah uniformnya macamana. Pakai skirt pendek u.... Tapi aku suka tempat posing kita orang kat belakang hostel ni. Memang banyak memori lah bila citer pasal dok hostel ni. Hish kalau jumpa depa semua dok citer lama-lama mesti gempak habis laaaa. weiiiiiii aku windu lah kat korang semua. Teringat time buah kuini masak kat blok form six. Siap cari kayu baling buahnya. hahahaha. Lepas tu main tiang galah kat  padang Hostel dengan cikgu bedah release tension sebelum exam SPM. Masa tu semua budak hostel tengah bersiap nak balik kampung cuti sekolah bulan 11 dan tinggal le budak SPM dan STPM dok melangut kat dalam hostel tu tunggu masa nak perang. Apa pun kredit kat anifah lah sebab tayang gambo nostalgic kita orang zaman dolu-dolu. Ohhhh asramaputeri SMSAB i miss u so much. muah muah muah luv u all girls.

2 comments:

  1. baru tau yer..penangan FB abad ni..opah atok smue pandai pkai Fb tau...

    ReplyDelete
  2. FB...FB...ambil yg baik2 saje..yg negatif kita tolak tepi ye..

    ReplyDelete