Monday, March 22, 2010

Fiesta belon panas

  Petang sabtu lepas buat Overtime dalam pukul 5 aku pun balik. Sebelum tu julie talipon tanya samada nak bawakan baju atau tidak sebab  mereka masa tu berada di ampang sebab mak nak tenguk rumah kak ambah setelah renovate depan, dia belum sampai lagi dan nak tenguk rumah kak ambah. Oleh kerana malamnya nak tenguk bunga api dengan belon panas jadi kak ambah terus je ikut mereka semula dengan membawa baju. Aku ingat nak balik ampang tapi mengubah fikiran bila ada baju spare kat pejabat. Habis je kerja terus ingat nak ke tempat fiesta diadakan tapi rupanya semua jalan masuk ke tempat tersebut jem. Jadi cari jalan keluar terus je ke rumah julie di puchong tapi entah macamana makan buah langsat la pulak sekali tenguk haittt dah toll utara selatan pulak da.... terus je contact julie dan akhirnya hafiz tunjuk jalan keluar toll USJ. berpusing juga le nak balik semula ke rumah julie.

  Sampai je di puchong rupanya kawasan puchong hujan lebat. Jadi dia orang kena hujan dan sampai je terus mandi setelah selesai makan nasi kenduri. Maklum le dah berkeliling berjalan tu daripada subang lepas tu ke ampang dan akhirnya balik semula ke puchong. Aku sampai je kat rumah julie nampak ayam panggang ada lagi hah apa lagi lah belasah le lapor balik kerja dah penat dengan makan langsat lagi. hehehe

  Lepas magrib kami keluar rumah dengan 2 kenderaan pergi ke putrajaya pula. Kalau ikut acaranya yang aku tenguk kat laman web ada acara bunga api, tapi petang nya semasa lalu kat peresint 8 tak nampak pulak belon panas ada orang naik. Ataupun tak ada orang naik belon tu kut. Aku ingatkan nak terjah dan naik sendiri tapi dek kerana jem jalan huh tak merasalah nak naik belon udara tu. Mungkin tahun depan ada lagi manalah tahu ianya jadi acara tahunan bagi menarik ramai orang ke putrajaya. Insyallah tahun depan mesti nak rasa naik. hehehe

Belon panas bermacam rupa

Dengan hisyam



Chewah ajid dan fahmi macam utromen je

Ada juga pancaragam mengiringi irama malam




Bunga api berwarna-warni



Amacam atas kepala tu? Nampak benda bulat ada 2 tu?

   Habis acara bunga api majlis pun habis. Nasib baik ianya habis dalam pukul 9 kalau lama lagi huh penat le nak menunggu. Kesian pulak pada mak yang dah sakit kaki nak berjalan. Masa nak balik tu nampak le benda bernyala-nyala kat kepala orang. Wah apa tu? Rupanya dia ada bateri dan bila di petik 2 benda bulat tu bernyala-nyala berwarna-warni. Kak ambah borong habis siap beli kan untuk anak adik. tapi bila nak beli untuk anak ijan pulak hanya dapat satu je. Yang lain banyak dah rosak. Yang kelakor tu masa dalam kereta kami berlima memakainya. maklumle dalam kereta gelap jadi saje je suka-suka. Sekali ada orang di kereta sebelah pulak menoleh. Agaknya hairan apa benda lah yang berwarna-warni kat kepala kita orang. Tapi cantik lah bila malam hari. Rupanya kata kak jal kereta dia di belakang kami dok nampak dari belakang berkelip-kelip kepala kami berlima. hehehehe.  Sampai di rumah semua dah lepak. Besok mak dah nak balik muar dan jol pulak balik batu pahat sebab hari isnin ajid dah sekolah. Apa pun ajid dah fahmi seronok berjalan di putrajaya.   

No comments:

Post a Comment