Saturday, April 17, 2010

Besday Bash Remy Ishak - 11.4.2010

    Dan hari yang di tunggu pun sampai padahal seminggu sebelum tu aku dengan nor dok kecoh kat opis. Pemberitahuan tentang besday Remy ni informernya ada lah Naz yang bagi tau kat nacha. Manakala nacha yg ajak aku buat teman. Aku pulak suka je sebab aku pun peminat Remy. Agenda berlangsung di Hotel Singgahsana PJ. Oleh kerana nacha tau jalan ke situ jadi kami janji jumpa di LRT pukul 1.30pm. hehehe agenda pukul 2.30 rupanya. Lepas tu nak jadi cerita masa nor tanya hari sabtu dan ahad nak buat Ot tak? Aku kata tak nak sebab hari sabtu agenda ulat buku dan hari ahad nak pi besday Remy. Bila kata besday Remy nor pun jadi teruja nak ikut. Lepas tu dia suruh tanya june yang pada masa tu sedang bersantai di bali selama 4 hari. Bila aku sms june dia nak dan masukan namanya dan adiknya. jadi nor pun terus contact atie dan bayar terus. takut nanti dah terlepas. Masing-masing dah excited nak pergi.

 Ok pada hari yang telah di tetapkan tu kami pun mulakan agenda ke Hotel Singgahsana. Nacha tunjukan jalan. Rupanya si June, adiknya dan nor dah sampai dah kat hotel pukul 1 lagi. Amboiiiii copeknya. Tapi bagus juga boleh depa chopkan tempat. Sampai je terus sign nama dan dapat door gift. Wahhhh cun le beg kertasnya, mug dan gambar Remy. Tenguk makanan pun macam sedap je. Rupanya agenda bermula pada pukul 3. Jadi melangut le menunggu. Pukul 3 petang baru Remy sampai wahhhh dia pakai spek hitam macam my feveret actor bollywood lah Arjun Rampal. Aiseyyyyy tergamam tenguk dia yang bersalam dengan semua dari satu meja ke satu meja. Alahaiiii Remy. hehehe

   Masa tu juga ramai pemberita datang menyerbu. Wah mana le depa dapat cerita ni ek. Selepas berucap dan selesai acara potong kek. Semasa acara  makan bermula, Remy telah di kidnap oleh pemberita. Selesai Remy kene interview Treasure hunt pun bermula. Riuh sungguh mereka semua. Selain daipada itu ada juga game dan cabutan bertuah. Nor menang acara berebut kerusi. Masa ni memang kelakor bayangkan si Remy nak menang dia pi tarik kerusi seorang peminatnya yang dah nak duduk pun. Sekali terbongkang budak pompuan tu atas lantai. hehehe kelakor. Lepas tu pengadilnya budak perempuan yg cute dan petah bercakap. Memang kelakor habis masa tu. Aku cuma masuk game tiup belon tapi tak menang sebab yg akhir tinggal aku, sorang budak dan Remy. Rupanya Remy takut nak tiup belon. Aje... Apa pun memang havoc acara pada petang tu. Dengan di sulami bunyi belon yang meletop dan meja sebelah aku yang ada pak latah. Si Lan tu memang kelakor lah bila melatah. Yg best tu masa cabutan no bertuah. Remy dok tipu Lan bila dia nak pi ambil hadiah rupanya bukan no dia. hahahahaha yg best Lan siap masuk bawah meja sebab  malu. huhuhu Dewan riuh rendah dengan gelak tawa semua. Sambil tu Remy juga cerita bagaimana dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon dimana dia memang comited dengan kerjayanya. Semuga berjaya dalam bidang lakonan dan akhirnya menang award best actor di malaysia. Caya lah.

 Akhir majlis sessi sign otograph. Bila part nak tulis nama tu aku pun kata le nickname aku notie.. sekali dia pi gelak kan aku aduhaiiiii dia ingat naughty... aku pun bisik le n. o. t. i . e dan cakap jangan le cakap kuat-kuat malu... Aje.... tapi otograph dia catat dia pun notty juga.... ala dah agak dah... biasa le org lelaki kan.


Door gift Besday bash

laksa yang sedap sekali


Ni semasa baru sampai... rupanya dia lupa time sebab tu lambat datang

Bersalam dari satu meja ke satu meja

Potong pulut kuning. Rendang pun ado


masa game sedang di jalankan

Bergambar bersama tuan punya present dan present besday. Nacha siap bisik suruh pakai masa berlakon nanti. hehehe sempat lagi tu 

masa game berebut kerusi

game tiup belon

Time sign otograph
Chewah

   Acara sepatutnya habis pukul 6 tapi dek seronok dengan peminat sampaikan terlajak waktu. Hinggakan pengurusnya terpaksa tarik tangan ajak balik. Sebab lepas tu dia kena balik melaka. Mungkin nak celebrate dengan kedua ibu bapanya. Kat melaka kat paya rumput tu. Acara sepetang bersama Remy memang happening sesangat. Semua suka sebab Remy sporting dan merendah diri orangnya. kalau dia amalkan sikap seperti itu sampai bila-bila mudahan dia akan berjaya dalam hidupnya. Bukan macam sesetengah pelakon bila dah femes mulalah tunjuk lagak. Mudahan Remy tak macam tu dan peminatnya akan menyokongnya sampai bila-bila. Chaiyok chaiyok Remy yehhhh

No comments:

Post a Comment