Thursday, April 8, 2010

Saat Kau kata Cinta - Anis Ayuni



Sinopsis : SAAT KAU KATA CINTA


MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.

Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.


Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai pe nyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?


  Saat kau kata cinta merupakan buah tangan kak anis yang terbaru. Aku memang peminat novel kak anis sebab semuanya jiwang karat dan bestnyanovel  kak anis  kadang-kala membawa kita ke merata tempat mengembara seperti yang terbaru ni ke UK. Wah best novel terbaru kak anis ni. Aku boleh habiskan dari pukul 6ptg sampai kul 1mlm. Huh memang tangkap lentuk le sampaikan aku leh berangan kalau le dapat pi London emmm syioknya. Yg buat aku teruja tu sebab syahfi bawa Darwina ke rumah extunangnya sebab kat belakang rumahnya ada pokok epal. Bukan tu saja ada buah plum, peach, ceri.... wah aku jadi seronok pulak. Bukan kah aku teringin nak panjat pokok epal jadi bila ada adegan memetik buah epal dan terus mengunyahnya dgn rangup dan manis aku pun apa lagi berangan le kalau le dapat buat macam tu kan ke syiok beb. Lagi-lagi kalau ada ladang epal...huhuhuhu boleh berpinor mata rasa macam nak tidur kat ladang epal je.

 Kisah SKKC ni mengisahkan tentang kisah cinta Darwina dimana ada 3 jejaka yang ada kaitan dgn kisah cintanya. Pertama Hijaz merupakan cinta zaman sekolah. Tapi ianya putus apabila kawan semasa PLKN iaitu Nuril  telah menaruh perasaan pada Hijaz tanpa mengetahui yg Hijaz merupakan kekasih Darwina. Selepas itu Darwina telah berkenalan dgn azril. Percutian ke London adalah mengikut mak saudaranya yang melawat anaknya yang sedang sarat mengandung dan tak lama lagi nak melahirkan anak, dimana semasa di rumah Julia sepupu Darwina, beliau  telah berkenalan dengan Syafi iaitu abang ipar Julia. Semasa di London Syafi rajin melayan Darwina pergi berjalan dan melancung dimana pada masa tu Syafi telah jatuh cinta pada Darwina walaupun mengetahui Darwina dah ada boyfren.

  Tapi bila balik ke malaysia dan meneruskan pengajiannya isteri azril telah berjumpa dan membongkar rahsia azril selama ini. Wah bab adegan isteri azril berjumpa ni buat aku dug dag dug dag je ialah kan isteri boyfren ajak jumpa. Nasib baik isteri azril seorang yang baik dan terpelajar dan  bukan jenis menyerang tanpa menyelidik jadi takde lah adegan perang dunia ke3. Hish kalau aku le huh caalibut. Tapi isteri azril tak salahkan Darwina sebab azril pandai menyembunyikan status suami orang tu, jadi frustle Darwina dan pada ketika itu Hijaz pula muncul kembali dan bila jumpa semula perasaan sayangnya pada Darwina berkocak semula sehingga membuatkan rumahtangganya mula bergoncang.

  Dan bagaimana pula dengan syafi adakah perasaannya bersambut setelah Darwina clash dgn pakwenya?  Nak tau bacale sendiri ye. Tapi yg best pi jenjalan kat London tu buat aku berangan sorang je hish hish syioknya kalau dapat panjat pokok epal .... hahahahahaha ada pulak macam tu. Bestnya kalau dapat tenguk London bridge, London eye, muzium lilin entah namanya aku tak hengat. Lepas tu kalau dapat pi jejak paris tenguk eifel tower huhuhu syioknya. Huhu berangan je la ye  nak dapat sampai ke sana emm sapa nak sponsor aku gie sanun tu.

No comments:

Post a Comment