Hari jumaat sedang sibuk keje julie call. "Anjang, mak dan mak long nak datang malam ni.Dia orang nak pegi pesta bunga kat putrajya tu sambil tu besok nak bawa napi pergi jumpa doktor pakar kat seremban" kata julie.... hah bior betul. Laaaa napa kak ijah tak cakap pun. Aku pun tanya kak jal. Dan memang betul lah malahan Kak ijah dtg dgn Abang win. Bawa 1 keter. Ni mesti le agenda nak tenguk bunga ni.
Bila balik rumah aku cakap dgn kak ambah, kak ijah dan kak jal nak datang. Sekali kak ambah kata dia memang nak pergi rumah julie dan menunggu helmi yang balik outstation dari lumut. Aku punya planning pulak nak balik muar dgn kak oyek besoknya tapi balik ptg sebab kak oyek keja half day. Tapi paginya aku dah cadang nak pegi pesta bunga tu sebelum balik muar. Sekali malamnya terpaksa tukar planing sebab kak ijah ajak pergi putrajaya malam tu juga dan tidur rumah julie. Akhirnya terpaksa le tukar plan. Bersiap pergi putrajaya malamnya dan tidur rumah julie dan besoknya balik muar.
Aku dan kak ambah pun terus le ke putrajaya. Waduh terujanya aku tenguk bunga-bungaa yang merimbun dan merata berwarna-warni dengan cahaya lampu lagi. Tapi bila sampai kat kedai bunga akak-akak aku dah terpaku tak bergerak kat kedai bunga orkid. yang kelakor tu abang ipar aku pun ikut sama teruja dgn bininya beli orkid. hehehehe oooo akak-akak ku kalau dah jumpa orkid huh memang le tak berganjak kaki. Mana taknya bila kami dah berjumpa di gerai orkid aku dah berpusing semua gerai jualan dgn kak ambah, tapi bila balik semula kedai yg asal kak ijah dan kak jal tak bergerak lagi. Aduhaiiiiii memang hantu orkid sungguh le akak aku ni.
Balik rumah julie pukul 11. Dlm perjalanan terus hujan lebat. Nasib baik dah balik puchong kalau tak sangkut le kat kedai tu sebab hujan selebat-lebatnya dalam perjalanan ke puchong. Bila dah berjumpa adik-beradik apa lagi le ngok ngek bercerita. Tenguk2 jam dah nak kul 2 pagi. hehehehe Lepas tu planning lagi besok pagi nak pergi lagi. hehehehe tak puas tenguk bunga orkid.
Paginya selepas sarapan dekat pukul 10 le kami semua berboyong2 pergi lagi ke floria putrajaya tu. Kali ni siang hari jadi nampak lagi le cantik. Ada satu gerai tu penuh semuanya dgn orkid. fuh cantik siot. Akak aku apa lagi le terpacak le lagi kat gerai orkid. Kak ijah siap nuntut ilmu lagi dgn tokeh bunga tu macam mana nak dapat orkid sentiasa berbunga. ya lah kalau beli yang dah berbunga mahal tapi bila beli yang kecil memang murah tapi masalahnya nak tunggu berbunga sikit punya lama dah dan kadang kala tak nampak bunga pun. Aku cukup suka tenguk bunga semua tu berkembang tapi nak membelanya memang le tak pandai.
Dia org asyik je kat gerai bunga manakala aku pergi keliling kat area lanskap. Tak banyak lanskap yang menarik hati lagi pun susunan antara satu sama lain jauh dan berbelit2 tak macam masa kat LAMAN di tasik perdana dulu. Susunan nya bersusun sederet jadi kita pun nak tenguk senang je. Oleh kerana cuaca dah panas aku pun tak lama tenguk manakala akak-akak aku dah tak larat nak balik dah. Kita orang pergi makan kat taman warisan dan seterusnya pergi ke rumah kak ambah pula sebab kak ijah belum sampai lagi rumah kak ambah setelah di pagar batu kelilingnya.
Janji dengan kak oyek nak balik muar, jadi suruh bang rusli terus hantar kat rumah kak ambahle. Manakala appoitment napi kat seremban di tunda lain hari sebab doktor pakar tu ada hal, jadi selepas ke rumah kak ambah depa semua balik johor le.
Tema bagi tahun ni ialah bunga sepit udang. nama saintifiknya aku lupa. hehehe tapi ada bunga sepit udang yang terbesar tau dan pokoknya macam pokok pisang emas. Hah tu dia. Tapi kalau banyak memang cantik. Banyak lagi gambar bunga yang aku ambil dah tepek kat FB. Tenguk bunga ni boleh buat terapi mata apa lagi kalau saujana mata memandang. Huh cantik sungguh melihat bunga berkembang. Kakak-kakak aku dah planning tahun depan nak datang lagi malahan nak ajak kak nong pulak. masa ni terlupa nak ajak. Jadi tahun depan nak datang lagi. Apa lagi ianya akan menajdi agenda tahunan di putrajaya. Yehhhhh
No comments:
Post a Comment