Tuesday, August 17, 2010

Dah seminggu posa...cepatnya

     Wah hari ni dah seminggu posa....aduhaiiiii cepatnya masa berlalu. Diam tak diam dah 7 hari. Ada banyak benda yang pending lagi ni..... lepas raya aku kena pergi buat attachment selama 2 minggu. Aduhaiiiiiii masalahnya banyak benda jadi masalah ni sebab banyak benda tak siap lagi. Huwa..... camno ni. Huhuhu mudah-mudahan hari ni dapat surat pertukaran tempat tu dan aku dah boleh summit semua borang-borang pasal attachment tu. Kami pergi bertiga tapi oleh kerana member lagi 2 tu sibuk tak palah aku uruskan maklum le aku kan penjaga pejabat. hehehehe. Bukan apa sesekali kerja luar ok juga tapi kalau dah selalu huh ponat tau. Orang nampak seronok je padahal banyak benda nak kena buat. Jalan jauh lagi keje lagi dan macam-macam le. Orang ingat kita berjalan saje ke. Bawak kerja diatas bahu ni yang orang tak nampak.

   Seminggu berpuasa ni tapau lauk je le. Cuma masak nasi je. Itu pun cuba meminimakan perbelanjaan membeli makanan. Sebab aku tenguk harga ayam naik. Kuih naik, semua naik. Habis tu last nak makan apa kalau semua bahan makanan dah naik. Makan pasir. Gula pasir pun naik. Makan batu. Air batu pun naik. Makan kayu. Ubi kayu pun naik. Opss kalau tanam sendiri free le tapi kat kl ni mane nak carik tanah nak tanam ubi. Haiiiiii orang yang kerja pun dah mengeluh harga barang naik apa lagi le bagi orang yang tak de kerja tetap. Kesian kan. Apa pun bersyukur sahaja dengan rezeki yang tuhan beri ni. Mungkin kita rasa kita susah tapi ada orang lagi susah dari kita.  Apa pun bersyukur dengan limpah kurnia dan rahmat NYA. Amin

1 comment:

  1. potong le bajet beli novel tuh :p, yg herannya bila barang makan sumer naik, berat badan pun ikut naik gak :(

    ReplyDelete