Pagi tadi masa nak pergi kerja terdengar le dalam radio KLFM berita mengatakan minyak Ron 97 naik. huhuhu naik sampai 15 sen tu. Aduhaiiiii ehh sat napa pulak aku yang aduhaiiiii hehehe ye lah kan kopak le duit bila nak isi minyak. Opss nanti dulu nak tanya, aku gunakan minyak Ron 97 ke sampai nak aduhaiiii hehehehe saje buat gempak sebab nasib baik aku pakai Ron 95 jadi harga takde le naik sebab dah harga subsidi. Mudahan takde la naik mencanak-canak seperti dulu. Huh terasa juga le kalau biasa isi Rm 40 untuk seminggu tapi dek kerana naik, Rm 40 baru 3 hari dah habis huhuhu budget lari weiiiii. Tu pasal masa nak beli kete baru aku nak carik kete yang tak banyak penggunaan minyak. Kebetulan masa tu belum ada Viva lagi yang katanya lagi save minyak dari savy. Masa aku beli tahun 2005 tu terasa macam savvy tu le yg save minyak. Masa tu sebenarnya rasa sayang nak jual proton lama tu sebab rasanya masih save budget dengan bonet besar lagi almaklumle aku kalau balik kampung huh semua nak bawak balik jadi bila bonet besor tu huh main humban je kat dalam bonet tu. Huh sadis tul. Lepas tu kalau nak mengangkut kawan reramai masih lagi muat almaklumle body besar. em sebenornya proton sedan lama 1.5 tu sebenornya banyak jasa betul pada aku.
Maklum le masa mula-mula beli walaupun second hand tapi banyak jasanya. Masa mula pindah ke muar memang tak teragak nak beli kete. Tapi bila kena berulang sejauh 6 batu untuk ke tempat kerja dengan masalah bas yang lambat dan kadang dapat teksi kadang tak dapat serta ketua yang boleh tahan garang juga telah membuatkan aku terdesak mencari kereta. Oleh kerana lesen sejak lulus jadi pekasam jadi aku tak berani le nak beli kete baru lagi pun budget bulanan masih lagi tak mampu nak beli kete baru. Bila kak ruzaidah kenalkan kete proton sedan lama tu terus je aku setuju. JBX 1201 platnya.Tu le ahrta aku yang pertama. Masa tu adik-adik aku baru nak mulakan kehidupan jadi kete lama tu le yang jadi habuan, sana pinjam sini pinjam. Dan kebetulan masa tu aku je yang ada lesen huh selalu le jadi driver. Mula-mula seronok jadi driver ni lepas tu huh ponat beb huhu terus jadi malas nak drive. Bila la boleh ada driver sebelah ye. hehehe kita jadi mem besar je menyandar... hahaha
Aittt dah melalut citer lama nampak. Hehehe oklah oleh kerana accident di selekoh masuk putrajaya berhampiran hospital serdang telah menyebabkan proton tu asyik le semput dan sakit-sakit telah menyebabkan aku mengantikannya dengan Sawwy. Mana tak nya semput sebab masa accident tu jantung terkopak, bumper pecah dan mata cemeng sebelah. Kiranya dah cacat le proton lama aku. Jadi bila di baiki tu kesihatannya mula lah terganggu. Ada pulak macam orang lah ye. Tapi memang le kereta ni macam ada instict orang kata. Bila kita cerita nak beli kete baru mulalah dia merajuk yang bukan-bukan sebab tu aku memang sayang sawwy aku ni. Pilih warna biru pulak tu dan kebetulan sawwy ada warna tu huh apa lagi rembat le satu. heehehe kan aku ni peminat tegar warna biru. Kalau boleh semua nak warna biru. Masa tu Myvy dah ada juga. Tapi aku tak minat sebab takde warna biru. hehehehe boleh ke cam tu. Eh mesti le boleh sebab aku yang nak menaikinya dan aku yang membelinya. emm apa apa le ye.... janji sonang hati.
Apa apa pun di harap jangan le minyak naik mencanak-canak macam dulu lagi ye. . Kalau le minyak leh tukar pada air... huhuhu sonang hati ku....sonang hati ku
Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
Layan gbr ye di Regent's Park
Itik-itik pagi-pagi dah mencari makan
Dah nak masuk musim luruh tapi daun masih lagi menghijau.
Bunga-bungaan masih lagi berkembang
Bunga segar dan berwarna-warni
Daun yang luruh masih lagi belum banyak bertaburan
Taman yang shantik dan terpesona melihatnya
Bungaan lagi
Berwarna-warni indahnya
Cantik deretan pokok
Seronok bermandikan cahaya waktu pagi
Indahnya
Di tepi jambatan pun banyak bunga.
Huh jenuh le dok mengambil foto sendiri hehehe
Sewaktu menunggu masa sebelum pukul 9 pagi oleh kerana hari masih awal lagi kami bertiga melepak di Regent's Park. Oleh kerana hampir musim luruh bunga-bungaan yang berkembang di Regent's Park masih lagi berkembang. Jadi aku pun apa lagi le menikmati keindahan taman yang berwarna-warni sebelum memulakan tugas pada pukul 9 pagi. Cuaca pagi yang sejuk tapi sinaran pagi matahari yang memancar sungguh mempersonakan.
Wednesday, November 24, 2010
Dapat Gaji RM22,826.65
KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. — Bernama
Fuyooo kalau le aku dapat gaji besor macam tu.... yehhh aku kayo weiii aku kayo weiiiii huh dah tentu dongak langit je...sebab tu le tuhan tak bagi aku gaji besor takut aku tak tunduk bawah asyik le melangut tenguk atas.... hahahaha sampai sakit tengkuk mendongak je. Aje weiii.
Huh patut le depa semua ni berebut2 nak berpolitik dan bila jadi jemaah menteri je dapat le gaji besor. Ooo itu macam kalu...kenalah buat kerja yang setimpal dengan gaji yang di terima kan. Ini tidak asyik le merasmi sana sini berucap sana sini tapi yang buat kerja sapa....huh orang bawah juga yg gaji tak seberapa tu. Depa semua tau mengarah je tiap bulan gaji masyuk. Huh rezeki depa lah kan. Rezeki kita ni alhamdullilah syukur nikmat dibandingkan dengan orang kat palestin tu huh lagi kesian kan. Udah -udah le weiiii kena syukur banyak-banyak ni atas nikmat yang tuhan beri. Depa dapat gaji besor ke apa ke rezeki depa le weiii.

Wifi boleh menyebabkan pokok mati
ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi
Ni pokok Ash
Laa macamana ye. Sekarang ni WIFI telah menjadi kehidupan yang begitu penting untuk melayari internet. Adakah akhirnya manusia akan mati secara senyap-senyap hanya kerana setiap hari menggunakan WIFI seperti pokok tu. Aduhaiiiiii takut juga kan. Apa pun para saintis kena buat ujikaji lagi ni samada ianya mempengaruhi kehidupan dan jangka hayat seseorang manusia dek kerana selalu menggunakan WIFI.
Tak payah cakap orang lain aku je kalau pergi outstation mesti tanya orang kat kaunter hotel tu ada WIFI ke tidak atau ada tak line internet kat bilik. hehehe bukannya apa mesti nak buka internet juga walau bagaimana sibuknya kerja. Dapat buka game facebook setoit time cukup le. huh sudah dilanda virus internet ni. ayoyo ama apa tolong help help. hehehe

Monday, November 22, 2010
Syioknya cuti panjang...Yahooooo
Sempena hari raya aidil adha yang baru saja di sambut oleh kerana ianya berada di tengah minggu iaitu hari rabu jadi aku pun bantai le ambil cuti 4 hari. 2 hari sebelum dan 2 hari selepas. Fuh seronoknya relaks seminggu rasa cam nak bergolek-golek melepak-lepak je...huh dasar pemalas nak bergolek saje. Bukan apa tahun ni cuti banyak lagi. Setelah semak buku perkhidmatan kat bahagian pengurusan, cuti yang aku kumpul setiap tahun dah mencecah 106 hari. Fuh banyak juga tu dalam diam-diam. Hanya tinggal 44 hari je nak cukup 150 hari cuti yang di simpan untuk faedah gantian cuti rehat. Insyallah masa pencen nanti dapat le bonus 3 bulan gaji. Insyallah le kalau umur panjang lagi dan sihat lagi tubuh badan. Sejak bekerja di ibu pejabat ni cuti aku banyak tak habis dan selalunya akan di simpan 10 hari dan lebehnya carry forward ke tahun hadapan. Oleh kerana raya aidil fitri hari tu aku tak sempat nak bercuti lama jadi kali ni bantai le cuti lama. Sampai mak aku pun jadi jelak dengan anaknya dok lepak je kat rumah tak buat apa pun.
Raya aidil adha kali ini cuma kak tijah je yang buat korban. Manakala abang selamat masuk share juga. Jadi pagi tu Abang selamat dan anaknya har pergilah terus ke Parit sulong tenguk depa semua buat korban. Selesai korban bahagiannya barulah mereka singgah rumah mak pula beraya. Manakala Adik dan Ijan dari sejak hari selasa dah bermalam rumah mak. Jadi selesai sahaja solat Hari raya aidil adha tengaharinya Ijan pergi parit sulong juga sebab nak tolong kak Ijah potong daging korban. Manakala Adik pula terus ke Kuantan pulak da sebab keluarga Shiba buat trip jenjalan ke kuantan. Keluarga Shiba rajin buat trip jenjalan. Merata juga mereka dah berjalan. Maklum le rumah Mak Shiba tu kecil dan kalau semua anak menantu balik sempit le dan tak muat, maklumle dok rumah teres je jadi sempena semuanya balik berkumpul depa pakat adik beradik konvoi jenjalan ke mana saja yang mereka dah plan. Emmm best juga kan.
Keluarga aku nak buat macam tu huh berderet je le yang tak boleh nak join. Lagi pun rumah mak masih luas lagi nak menampung semua anak2 dan cucu2 dan cicit2nya. Huh cicit dah bertambah lagi sorang sebab isteri Yeye, shikin dah bersalin pada hari isninnya sebelum 2 hari nak raya. Eh dah 14 ke emm cop le nak kira dulu. Dah lupa le cucu aku berapa. Huwaaaaa dah bertambah cucu alahaiiiiii. Wah bukan 14 lagi rupanya dah 17 cucu...alahaiiiiiiii dah jadi nenek ke aku. Ialah Oney baru je dapat sorang anak lelaki manakala Azli pun dah dapat sorang anak. Manakala wani dah ada 2 orang. Manakala yeye ni tahun lepas buat majlisnya dan sekarang hasilnya. Tinggal anak kak jal je lagi yang belum berumahtangga. Entah si Emi tu masih lagi dok memilih calun. Kak jal dah pencen ni makin sonang hati je ke sana ke sini.
Bila dah petang baru lah Jol n family sampai dari Parit Raja, Kak limah dengan anaknya Meri. Si kamal pulak out station pi Jepun. Alahai Meri dalam rindu dan tak lalu makan sebab di tinggal suami habis juga 2 biji ketupat. Tu dia lah yg habak kat facebook dia. hehehehe Ni le first time beraya tanpa suami di sisi.
Petangnya barulah kak jal, kak nong sampai. Manakala kak tijah pula semua orang dah balik barulah dia muncul maklum le selesai potong daging korban baru dapat balik Bakri. Oleh kerana cuti sehari je jadi bila malam menjelang semuanya balik rumah masing-masing sebab besok masih lagi hari sekolah. Huh sunyi dah rumah mak.
2 hari melepak sambil layan berukband hari jumaat nak jalan lah pulak. Mana taknya dah bosan dok melangut kat rumah. Sms kak tulip cuti ke hari jumaat? Sekali katanya dia tak kerja jadi zoom le aku petang jumaat tu ke Parit Raja. Bukan apa masa raya puasa hari tu memang tak sempat nak pergi beraya rumahnya. Jadi kali ni mesti di sempatkan. Maklum le nak ke Parit Raja tu bukannya dekat. Sekali bila aku congak2 masa huh 2 jam ni boleh sampai kat Pt Raja. Kuar dlm 3.30 pegi isi minyak dan sampai dlm kul 5. Sembang dalam 1 jam pukul 6 zoom balik tapi sempat lagi tu singgah kat pekan parit Raja. Huh apa lagi le beli krepek dan jajan. Dulu selalu juga aku pergi ke Pt Raja ni cari kueh tradisional. Rempeyek le kerepek pisang le. Kalau singah sini mesti tak cukup satu jajan nya. Kadang sampai berbodong2 kerepek aku borong.
Sampai ke rumah mak sebelum pukul 8 malam. Fuh pecut sungguh. hehehehe Tu le nak kuar rumah nanti lah dulu nanti lah dulu dari konon nak kuar pukul 1.30 jadi pukul 3.30 la pulak. Bukan apa tenguk cuaca panas jadi nak memulakan perjalanan tu yang bertangung-tangguh. Hah kan padan muka hanya dapat 1 jam je menyembang, tapi tak pelah sekurangnya dapat jumpa kak tulipK.
Moral daripada cerita tersebut hah jangan bertangguh-tangguh kalau nak jalan terus je cepat-cepat kuar rumah. hahahahahaha sebijik kena tang muka aku.
Hari ahad rumah kak nong buat kenduri akikah anak ke dua si Wani. Pagi sabtu mak sakit mata lah pulak. Aduhaiiiii. Oleh kerana nak ke rumah kak nong petang tu jadi selepas selesai membasuh kereta yang dah berjaman tak cuci aku terus ke melaka. Mana taknya bila cuci je tak lama kemudian kena hujan. Huh buat ponat je cuci. Agaknya hujan memang tak senang hati tenguk aku cuci kereta kut. hehehehe Alasan saje tak nak cuci kereta. Sian sawwy aku tak cun sebab tuannya malas nak mencuci.
Sebelum pergi melaka bawak mak ke klinik. Mak kena conjuctivitis. Kata Doktor cina yang muda tu selepas selesai makan ubat kena bawak mak ke hospital check sebab dah ada syptom lemah jantung. Laaaaa. Dia juga bagi ubat sakit lutut sebab mak mengadu sakit nak jalan. Lutut mak dah habis pelincir tu yg buat sakit semasa berjalan. Engsel lutu haus maaaa. Macam minyak pelincir la pulak lutut kita ni ek. Nampak gaya kena cerita dengan kak Jal le penyakit mak ni. Maklum le lepas habis kenduri akikah kak nong ahadnya aku nak balik kl. Cuti dah habis, jadi kena tinggal pesan dgn Kak Jal ni supaya boleh bawa mak check Doktor.
Sampai rumah kak nong mak dah mengadu pening. huhuhu nak buat macamana. Dah le perjalanan mak macam tak selesa je. Sampai rumah kaknong lepas solat terus dia tidur. Lepas tu mengadu masuk angin. Aduhaiiiii masa tengahari tak makan sampai petang mana taknya masuk angin mak oiiii. Kak nong le yang melayan sebab mak kata aku tak bagi dia makan. huwaaaaa mak amu niiiiiiii. Mana aku tau kalau dia tak makan nasi goreng tengahari tu. Tengahari tu aku memang tak masak sebab nasi goreng sarapan pagi ada lagi. Dah le semalamnya masak lauk tak habis jadi oleh kerana dah buat nasi goreng aku pun malas le nak masak bantai sarapan je tu kan dah konyang.
Malam banyak kerja yang aku kena tolong kak nong. Mula-mula buat kastad. Sebelum tu buat dadih. Dapat 3 kali bancuhan dalam 90 biji dapat. Lepas tu mengacau kastad untuk puding berkuah. 2 kali adunan. Lepas tu kuih kasui kak nong le yang bancuh dan kukus. Aku dah tak leh tahan ngantuk n penat. Sambil lipat kain terus tarik toy si anak wani buat bantal terus ngorok tidur. hehehehehe sedapnya tidur.
Pagi 6.30 dah terjaga. Tolong kak nong parut kelapa nak layang kuih kasui. Org luar masuk sup layan dgn mee hoon. Bantai dgn sambal kicap fuyooooo sodap. Tengahari majlis berlangsung dan pukul 2 dah selesai. Lepas tu kawan-kawan kak nong datang makan je. Adik adik aku Ijan dan Adik selesai je tengahaari tu terus balik manakala kak jal dan kak ijah datang dah pukul 2 lebeh. Sembang sambil makan dan bersembang lagi. hahahahahaha Pukul 3 lebeh aku pun chau balik Kl. yehhhhh habis cuti dah. Huh malasnya nak kerja hari Isnin. Mondey bluesssss

Wednesday, November 3, 2010
Indahnya ciptaan tuhan...Subhanallah
Entah mengapa setelah balik dari Tanah Ratu ada cerita yang masih belum langsai tapi aku telah di landa tahap malas mengupdate cerita yg tahap gaban dan kronik sekali..... huhuhu adakah kerana kerja yg menambun atau pun kerana angin pus-pus melanda...hanya aku yg tau....hehehe tapi tadi aku dapat email dan gbr yang begitu indahnya ciptaan tuhan daripada soul. Jadi aku nak tepek le kat sini. Cerita gie tanah ratu dgn gbr yg banyak nanti dulu lah ye. Sebenarnya banyak kisah yang hendak di ceritakan sempena dalam bulan oktober yang dah berlalu tapi tu le entah mengapa angin rajin tak mai-mai lagi. Padahal aku jeles tgk org lain mengupdate blog saban hari. Tapi bila diri sendiri huh ambik kau....nak jeles org plak da... alahaiiii teruk sungguh penyakit ku ini.... oh prince william setelah berpegangan tangan dengan mu, aku di landa virus malas tahap tak ingat.... hehehehe tapi kerja tetap jalan ye sebab tu tanggungjawab di pejabat.
Subhanallah maha besar Allah yang menjadikan sekelian alam semesta. begitu indahnya ciptaan tuhan. Cantik kan. Bila aku buka gambar yg soul hantar ya allah mengucap panjang aku dengan keindahan ciptaan tuhan yang berwarna-warni. Hish hish kalau le boleh pergi ke tempat macam ni menyaksikan kebesaran Allah ya allah tak tahu lah nak cakap macamana. Sebenarnya banyak perjalanan yang telah di lalui rasa bersyukur yang teramat sangat di atas segala kurniaan allah terhadap hambanya ini. Macam kawan kak kam pesan semasa kami bersembang sambil minum teh tarik buatannya, sementara hayat masih ada ni berjalan lah kita sepuasnya di muka bumi allah ini menyaksikan ciptaan tuhan. Dengan itu kita akan sentiasa mengingatiNYA dan bersyukur selalu atas nikmat yang diberiNYa pada kita yang tidak ternilai harganya. AMIN