Sempena hari raya aidil adha yang baru saja di sambut oleh kerana ianya berada di tengah minggu iaitu hari rabu jadi aku pun bantai le ambil cuti 4 hari. 2 hari sebelum dan 2 hari selepas. Fuh seronoknya relaks seminggu rasa cam nak bergolek-golek melepak-lepak je...huh dasar pemalas nak bergolek saje. Bukan apa tahun ni cuti banyak lagi. Setelah semak buku perkhidmatan kat bahagian pengurusan, cuti yang aku kumpul setiap tahun dah mencecah 106 hari. Fuh banyak juga tu dalam diam-diam. Hanya tinggal 44 hari je nak cukup 150 hari cuti yang di simpan untuk faedah gantian cuti rehat. Insyallah masa pencen nanti dapat le bonus 3 bulan gaji. Insyallah le kalau umur panjang lagi dan sihat lagi tubuh badan. Sejak bekerja di ibu pejabat ni cuti aku banyak tak habis dan selalunya akan di simpan 10 hari dan lebehnya carry forward ke tahun hadapan. Oleh kerana raya aidil fitri hari tu aku tak sempat nak bercuti lama jadi kali ni bantai le cuti lama. Sampai mak aku pun jadi jelak dengan anaknya dok lepak je kat rumah tak buat apa pun.
Raya aidil adha kali ini cuma kak tijah je yang buat korban. Manakala abang selamat masuk share juga. Jadi pagi tu Abang selamat dan anaknya har pergilah terus ke Parit sulong tenguk depa semua buat korban. Selesai korban bahagiannya barulah mereka singgah rumah mak pula beraya. Manakala Adik dan Ijan dari sejak hari selasa dah bermalam rumah mak. Jadi selesai sahaja solat Hari raya aidil adha tengaharinya Ijan pergi parit sulong juga sebab nak tolong kak Ijah potong daging korban. Manakala Adik pula terus ke Kuantan pulak da sebab keluarga Shiba buat trip jenjalan ke kuantan. Keluarga Shiba rajin buat trip jenjalan. Merata juga mereka dah berjalan. Maklum le rumah Mak Shiba tu kecil dan kalau semua anak menantu balik sempit le dan tak muat, maklumle dok rumah teres je jadi sempena semuanya balik berkumpul depa pakat adik beradik konvoi jenjalan ke mana saja yang mereka dah plan. Emmm best juga kan.
Keluarga aku nak buat macam tu huh berderet je le yang tak boleh nak join. Lagi pun rumah mak masih luas lagi nak menampung semua anak2 dan cucu2 dan cicit2nya. Huh cicit dah bertambah lagi sorang sebab isteri Yeye, shikin dah bersalin pada hari isninnya sebelum 2 hari nak raya. Eh dah 14 ke emm cop le nak kira dulu. Dah lupa le cucu aku berapa. Huwaaaaa dah bertambah cucu alahaiiiiii. Wah bukan 14 lagi rupanya dah 17 cucu...alahaiiiiiiii dah jadi nenek ke aku. Ialah Oney baru je dapat sorang anak lelaki manakala Azli pun dah dapat sorang anak. Manakala wani dah ada 2 orang. Manakala yeye ni tahun lepas buat majlisnya dan sekarang hasilnya. Tinggal anak kak jal je lagi yang belum berumahtangga. Entah si Emi tu masih lagi dok memilih calun. Kak jal dah pencen ni makin sonang hati je ke sana ke sini.
Bila dah petang baru lah Jol n family sampai dari Parit Raja, Kak limah dengan anaknya Meri. Si kamal pulak out station pi Jepun. Alahai Meri dalam rindu dan tak lalu makan sebab di tinggal suami habis juga 2 biji ketupat. Tu dia lah yg habak kat facebook dia. hehehehe Ni le first time beraya tanpa suami di sisi.
Petangnya barulah kak jal, kak nong sampai. Manakala kak tijah pula semua orang dah balik barulah dia muncul maklum le selesai potong daging korban baru dapat balik Bakri. Oleh kerana cuti sehari je jadi bila malam menjelang semuanya balik rumah masing-masing sebab besok masih lagi hari sekolah. Huh sunyi dah rumah mak.
2 hari melepak sambil layan berukband hari jumaat nak jalan lah pulak. Mana taknya dah bosan dok melangut kat rumah. Sms kak tulip cuti ke hari jumaat? Sekali katanya dia tak kerja jadi zoom le aku petang jumaat tu ke Parit Raja. Bukan apa masa raya puasa hari tu memang tak sempat nak pergi beraya rumahnya. Jadi kali ni mesti di sempatkan. Maklum le nak ke Parit Raja tu bukannya dekat. Sekali bila aku congak2 masa huh 2 jam ni boleh sampai kat Pt Raja. Kuar dlm 3.30 pegi isi minyak dan sampai dlm kul 5. Sembang dalam 1 jam pukul 6 zoom balik tapi sempat lagi tu singgah kat pekan parit Raja. Huh apa lagi le beli krepek dan jajan. Dulu selalu juga aku pergi ke Pt Raja ni cari kueh tradisional. Rempeyek le kerepek pisang le. Kalau singah sini mesti tak cukup satu jajan nya. Kadang sampai berbodong2 kerepek aku borong.
Sampai ke rumah mak sebelum pukul 8 malam. Fuh pecut sungguh. hehehehe Tu le nak kuar rumah nanti lah dulu nanti lah dulu dari konon nak kuar pukul 1.30 jadi pukul 3.30 la pulak. Bukan apa tenguk cuaca panas jadi nak memulakan perjalanan tu yang bertangung-tangguh. Hah kan padan muka hanya dapat 1 jam je menyembang, tapi tak pelah sekurangnya dapat jumpa kak tulipK.
Moral daripada cerita tersebut hah jangan bertangguh-tangguh kalau nak jalan terus je cepat-cepat kuar rumah. hahahahahaha sebijik kena tang muka aku.
Hari ahad rumah kak nong buat kenduri akikah anak ke dua si Wani. Pagi sabtu mak sakit mata lah pulak. Aduhaiiiii. Oleh kerana nak ke rumah kak nong petang tu jadi selepas selesai membasuh kereta yang dah berjaman tak cuci aku terus ke melaka. Mana taknya bila cuci je tak lama kemudian kena hujan. Huh buat ponat je cuci. Agaknya hujan memang tak senang hati tenguk aku cuci kereta kut. hehehehe Alasan saje tak nak cuci kereta. Sian sawwy aku tak cun sebab tuannya malas nak mencuci.
Sebelum pergi melaka bawak mak ke klinik. Mak kena conjuctivitis. Kata Doktor cina yang muda tu selepas selesai makan ubat kena bawak mak ke hospital check sebab dah ada syptom lemah jantung. Laaaaa. Dia juga bagi ubat sakit lutut sebab mak mengadu sakit nak jalan. Lutut mak dah habis pelincir tu yg buat sakit semasa berjalan. Engsel lutu haus maaaa. Macam minyak pelincir la pulak lutut kita ni ek. Nampak gaya kena cerita dengan kak Jal le penyakit mak ni. Maklum le lepas habis kenduri akikah kak nong ahadnya aku nak balik kl. Cuti dah habis, jadi kena tinggal pesan dgn Kak Jal ni supaya boleh bawa mak check Doktor.
Sampai rumah kak nong mak dah mengadu pening. huhuhu nak buat macamana. Dah le perjalanan mak macam tak selesa je. Sampai rumah kaknong lepas solat terus dia tidur. Lepas tu mengadu masuk angin. Aduhaiiiii masa tengahari tak makan sampai petang mana taknya masuk angin mak oiiii. Kak nong le yang melayan sebab mak kata aku tak bagi dia makan. huwaaaaa mak amu niiiiiiii. Mana aku tau kalau dia tak makan nasi goreng tengahari tu. Tengahari tu aku memang tak masak sebab nasi goreng sarapan pagi ada lagi. Dah le semalamnya masak lauk tak habis jadi oleh kerana dah buat nasi goreng aku pun malas le nak masak bantai sarapan je tu kan dah konyang.
Malam banyak kerja yang aku kena tolong kak nong. Mula-mula buat kastad. Sebelum tu buat dadih. Dapat 3 kali bancuhan dalam 90 biji dapat. Lepas tu mengacau kastad untuk puding berkuah. 2 kali adunan. Lepas tu kuih kasui kak nong le yang bancuh dan kukus. Aku dah tak leh tahan ngantuk n penat. Sambil lipat kain terus tarik toy si anak wani buat bantal terus ngorok tidur. hehehehehe sedapnya tidur.
Pagi 6.30 dah terjaga. Tolong kak nong parut kelapa nak layang kuih kasui. Org luar masuk sup layan dgn mee hoon. Bantai dgn sambal kicap fuyooooo sodap. Tengahari majlis berlangsung dan pukul 2 dah selesai. Lepas tu kawan-kawan kak nong datang makan je. Adik adik aku Ijan dan Adik selesai je tengahaari tu terus balik manakala kak jal dan kak ijah datang dah pukul 2 lebeh. Sembang sambil makan dan bersembang lagi. hahahahahaha Pukul 3 lebeh aku pun chau balik Kl. yehhhhh habis cuti dah. Huh malasnya nak kerja hari Isnin. Mondey bluesssss
No comments:
Post a Comment