Hari sabtu baru ni lepas balik dari buat OT aku pun terus balik rumah di ampang. Dan ternampak lah adegan yang ala-ala gaya stunt man gitu semasa menyelusuri jalan Besraya menghala ke Sg Besi. Kalau adegan tendang menendang tu selepas stesyen keretapi kali ni pula ke depan sikit iaitu melepasi flyover ke Seri Kembangan.
Selepas susur Flyover dari Mines nak turun ke Besraya lalu lah motor dari kanan menyimpang ke kiri. Oleh kerana aku dari belah kiri jadi bagilah motor tu melintas. Tiba-tiba aku nampak penunggang motor tu naikkan kaki kirinya ke atas. Aittt napa tu.... Rupanya dia tarik stokinnya dari kakinya. Lepas tu pasang sandal kat kakinya selepas stokin di keluarkan. Emm bila masa dia tarik kasutnya ye. Lepas tu oittt kaki kanan lah pulak. Tarik sandal campak kat bakul depan. Lepas tu tarik stokin campak kat bakul depan pulak. Lepas tu baru pasang sandal semula kat kaki kanan. Lorrrr sambil menunggang motorsikal tu boleh lah pulak adjust stokin ek.... hish hish berani sungguh. Dengan sebelah tangan pegang handle motor, sebelah lagi tangan pegang kaki. Ya allah berani sungguh penunggang motor tu buat adegan menukar stokin kaki sambil menunggang motor di sebalik celah-celah kenderaan yang sedang bertali arus.
Patutnya apa lah salahnya berhenti je kat bawah jambatan tu ke dimana tempat selalunya penunggang motor tumpang berteduh bila hujan menjelma atau pun kawasan yang sesuai untuk menukar stokin. Bukannya ambil masa lama sangat cuma beberapa minit je tapi dia lebih sanggup ambil risiko nyawanya sendiri dari berhenti dengan menunggang sambil menukar stokin diatas motor. Hish hish hish. Nasib baik lah takde tragedi di petang hari berlaku. Andai kata malang tidak berbau ( itu sebab malang tak pakai perfume) tiba-tiba terkucil handle yang hanya di kemudi sebelah tangan je dan tergesel dengan kenderaan lain.... hah lepas tu bayangkan lah sendiri tragedi Oktober pun berlaku opss bulan March le weiii..... sapa yang susah.... hah penunggang tu dan keluarga mereka lah..... sendiri cari susah.... aduhaiiiiiii nak salahkan sapa? Jalan tak elok? emm.... nampak ok je, kereta bawa laju? Dia orang bawa macam biasa le jalan highway, aku yang salah..... eh eh mane aci (aci kat kedai mamak) aku cuma pandang je lah...... tu pun bawa biasa je dalam 70/km. Takde salah sesiapalah sebab tiada tragedi berlaku. Itu cuma fikiran aku je andaikata tragedi berlaku dek kerana stuntman yang penunggang tu buat le. Nasib baik kan. Jadi buat semua penunggang motor dan kenderaan kereta seperti aku berhati-hatilah di jalan raya. Jangan le buat benda-benda yang boleh menyusahkan orang lain. Mudah-mudahan aku tak le ye.
No comments:
Post a Comment