Thursday, April 28, 2011

Remy Ishak turns 29


Seperti tahun lepas tapi kali ini hanya tarikh 23 April sahaja yang Remy free jadi tarikh tersebut lah dapat dilangsungkan celebrate besday dia. Kali ni buat di Bora Ombak, Ampang, KL. Selepas ja selesai urusan di pesta buku, kami bertiga terus sahaja menuju ke ampang. Dahulu hanya berdua sahaja dengan nacha tapi kali ini Eila pulak join the club. Seronok dia dan tak sabar nak jumpa Remy in person. Bertentang-tentang mata gitu.  Berpusing-pusing juga la nak mencari tempatnya rupanya ianya tersorok sedikit.



Semasa sampai urusetia masih lagi belum siap mengatur dan membuat persiapan. Tempat dia ok lah macam stail bali gitu.


Masa ni belon belum siap diletakan.

Ni setting meja
Cenderahati dapat towel, minyak wangi dashing dan majalah Aniqah
Besday kek

Majlis bermula pada pukul 2 tapi macam biasa Remy mesti datang lambat. Jadi makan-makan bermula dahulu sementara menunggu tetamu yang di raikan.Tempat duduk yang kami pilih memang best, kerusi panjang dengan kusyen emm rasa macam nak lepak ja.

Ok lepas ni layan gambar lah ya.

Ketibaan Remy Ishak.
Meja VIP
Semasa keliling meja bersalaman dengan peminatnya yang datang meraikan harijadinya.
 
Berucap sedikit.
Acara Potong kek
Tiup lilin
Potong kek besday
Nyanyi lagu Jamal adillah sandarkan pada kenangan. Best suara ala-ala Jamal

Semua berkerumun mendengar Remy menyanyi
Bergambar beramai-ramai
Sessi sign otograph dari meja ke meja
Ni geng satu meja
Game yang dijalankan
Makanan yang disediakan.
Posing sakan
Cheerss
Lepas acara besday main futsal la pulak
Remy semputt  kejar bola sewaktu bermain.
Pemain yang bermain bersama Remy
Fuh berpeluh-peluh.

Apa pun acara sepetang bersama Remy tetap havoc dan mengembirakan. Sekarang ni sedang berdebar-debar menunggu Filem Nur kasih The movie yang akan di tayangkan tidak lama lagi.

Wednesday, April 27, 2011

Pesta Buku 2011


 Pesta buku datang lagi. Dan seperti tahun sebelumnya agenda pesta buku memang lah saya nanti-nantikan. Siap catit dalam kalendar bila tarikhnya. Sambil tu ketepikan sedikit wang untuk dibelanjakan. Dah tentu lah beli novel sebab pada masa ni lah boleh dapat diskaun yang kadang boleh sampai 50%. Ianya bergantung pada buku tersebut lah samada baru atau pun lama. Tapi kalau pergi ke booth creative kadang boleh dapat novel lama-lama yang murah-murah. Mana lah tak rambang mata melihatnya.

 Pada tahun ini ianya bermula pada 22April 2011 sehingga 1 Mei 2011. Selama 10 hari PWTC berpesta buku. Kalau pergi situ huh memang lah boleh juling  mata tenguk buku-buku yang banyak. Tinggal pilih sahaja apa yang kita mahu. Bagus apa membeli buku.  Biar rabak beli buku dari rabak beli barang berjenama. hehehe itu saya punya slogan sebab saya memang suka membaca terutamanya novel.

  Jadi pada hari sabtu berjanji dengan kaknoor untuk sama-sama pergi ke PWTC. Kali ni pergi sekejap ja sebab pada pukul 2 pula ada agenda dengan nacha dan eila nak ke Ampang pula menyambut besday Remy Ishak. Dan oleh kerana belum gaji lagi jadi hanya nak pergi satu booth sahaja iaitu booth Jemari Seni. Booth JS memang tempat lepak geng ulat buku sebab tokehnya penulis Noor suraya dan Yah adalah geng ulat buku. Sepupu Geng ulat buku pula geng kicap memang mesti ada punya. 

 Sampai di hentian Putra jenuh lah mencari parking akhirnya hanya di tempat atas sahaja yang kosong tapi berpanas lah. Tak palah janji ada tempat parking. Sampai booth JS letak barang terus je pergi The Mall untuk cari hadiah besday Remy. Kak noor tak join jadi dia terus dengan agendanya. Dapat ja hadiah besday Remy terus simpan di kereta. Semasa nak ke booth JS lagi rupanya di pentas Utama ada pelancaran dan tandatangan buku Tun Dr Mahathir. Ramai sungguh orang yang mengerumuni pentas tersebut. Masa saya sampai tak lama kemudian Tun Dr Mahadhir di jemput ke pentas untuk sessi tandatangan buku. Saya tak beli bukunya jadi tukang menyelit sahaja lah. hehehehe  


Tun Dr Mahathir menunggu peminatnya untuk sign otograph 

Sweet ja kan senyumannya

Peminat berbaris panjang nak dapat tandatangannya sambil ambil gambar.

Booth JS ramai yang serbu dek kerana novel baru Hlovate. Dengar kata 1000 naskah habis terjual.

Buku baru versi sweet 17 kalau beli 4 dapatlah kipas berlagak.

3 orang kuat JS. Kak su tayang kipas belagak versi si manis 17. Cun lah

Barisan penulis Jemari Seni. Depan tu nazurah aishah.  Sebelahnya Diya Nordin, Syazy hana dan Iman Xara

Lautan manusia memenuhi di mana-mana. Sesak beb. Ramai orang, nak jalan pun susah.

Tenguk tu begitu ramainya manusia. Bersesak-sesak. Depan tu booth PTS dan Ana Muslim.

Nacha bersama penulis Siti Rosmizah yang orang kata novelnya paling laris.  
Duduk sebelahnya sambil menunggu nacha sign otograph Siti Rosmizah tu saya tenguk fuh bulu matanya melentik sakan. Dah macam Pelakon yang femes dengan bulumata palsunya sapa tu Rozita Che wan. Emm betul ke namanya. Izzul yang sebelum ni penulis di kakinovel biasa je bila masuk penerbitan Siti Rosmizah pun dah berubah muka. Mekap tebal sampaikan tak kenal kalau dia tak tegur.

Singgah kat booth Alaf sign novel. Ini Penulis dan tukang masak tersohor, Kak Norzailina Nordin.

                          Penulis Hani Fazuha. Novel dia best jiwang karats memang i like. hehehe

Penulis Kamsiah Abu. Ni lagi satu penulis jiwang karats yang saya suka sangat. Novel pertama dan kedua memang suka dan kadang ulang-ulang baca. Yang terbaru pun best sangat.

Habis je ronda di booth Alaf yang kebetulannya bersebelahan dengan booth JS, saya dan geng terus je pergi Ampang. Yeh Bora ombak sambutlah kedatangan kami bertiga untuk meraikan harijadi Remy. Best sesangat.  Ada futsal pulak selepas tu. Best best best. Leh posing sakan dengan pelakon drama  fofular yang dah 2 kali menanag anugerah.

Monday, April 25, 2011

Parking depan kedai kain


Lokasi: Jalan Bunga Tanjung 9b, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh 25hb April 2011 pukul 7petang

  Kali ini terjumpa encik Ning aka Pilibomba di hadapan kedai kain pula dan di hadapan shopping kompleks Paragon dimana terdapatnya The Store. Seperti biasa masalah parking di hadapan encik Ning aka Pilibomba.

Ni di ambil dari sudut tepi.



  Dan ini di ambil berhadapan dengan kenderaan yang telah menghadang encik Ning aka Pilibomba tersebut. Malahan selepas mengambil gambar tersebut ada sebuah kereta parking disebelahnya sambil membunyikan horn pada saya kerana saya menghalang dia meletakkan kenderaan disebelah kenderaan diatas. Nasib baik dia tak marah-marah saya kalau tidak saya ambil nombor kenderaannya dan saya tayang di dalam blog ini. hahaha.

Parking depan Restoren


Lokasi: Jalan Bunga Tanjung 8, Taman Putra, Ampang, Selangor bersebelahan dengan Paragon Shopping Kompleks.
Tarikh 25hb April 2011 pukul 6.55 petang

   Selepas sahaja melalui Public Bank menuju ke Paragon shopping Kompleks ternampak lah Encik Ning aka Pilibomba. Tersorok di sebalik deretan kereta yang parking di hadapan sebuah restoren cina. Restoren tu selalunya memang penuh dengan orang yang datang untuk makan.

   Oleh kerana Restoran tutup tiadalah kerusi meja menghiasi persekitaran dihadapannya. Hanya kelihatan sentiasa di sisi encik Ning aka Pilibomba kenderaan parking silih berganti kerana ianya berdekatan dengan shopping kompleks dan sudah tentu ramai orang yang mencari tempat untuk parking kenderaan mereka.





Pak Tam la pulak


Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 6A, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh 25hb April 2011 pukul 6.45 petang

  Encik Ning aka Pili bomba ni sebenarnya asalnya berwarna kuning. Ianya terletak di hadapan Bank Public . Sebelum menjadi  Bank bangunan tersebut merupakan bekas kedai accesori kereta. Setelah di ubahsuai tiba-tiba saya tenguk dah jadi bank lah pulak. Mungkin semasa bengunan tersebut masih kedai accesori ada pekerjanya yang nakal menghitamkan encik Ning aka Pilibomba tersebut.



 Dan seperti biasa ianya tetap menjadi pujaan kereta untuk parking di hadapannya. Macam kereta Myvi hijau tu sebenarnya semasa saya mengambil gambar yang pertama dia belum ada. Selang beberapa minit terus sahaja tuannya parking di situ.