Wednesday, April 27, 2011

Pesta Buku 2011


 Pesta buku datang lagi. Dan seperti tahun sebelumnya agenda pesta buku memang lah saya nanti-nantikan. Siap catit dalam kalendar bila tarikhnya. Sambil tu ketepikan sedikit wang untuk dibelanjakan. Dah tentu lah beli novel sebab pada masa ni lah boleh dapat diskaun yang kadang boleh sampai 50%. Ianya bergantung pada buku tersebut lah samada baru atau pun lama. Tapi kalau pergi ke booth creative kadang boleh dapat novel lama-lama yang murah-murah. Mana lah tak rambang mata melihatnya.

 Pada tahun ini ianya bermula pada 22April 2011 sehingga 1 Mei 2011. Selama 10 hari PWTC berpesta buku. Kalau pergi situ huh memang lah boleh juling  mata tenguk buku-buku yang banyak. Tinggal pilih sahaja apa yang kita mahu. Bagus apa membeli buku.  Biar rabak beli buku dari rabak beli barang berjenama. hehehe itu saya punya slogan sebab saya memang suka membaca terutamanya novel.

  Jadi pada hari sabtu berjanji dengan kaknoor untuk sama-sama pergi ke PWTC. Kali ni pergi sekejap ja sebab pada pukul 2 pula ada agenda dengan nacha dan eila nak ke Ampang pula menyambut besday Remy Ishak. Dan oleh kerana belum gaji lagi jadi hanya nak pergi satu booth sahaja iaitu booth Jemari Seni. Booth JS memang tempat lepak geng ulat buku sebab tokehnya penulis Noor suraya dan Yah adalah geng ulat buku. Sepupu Geng ulat buku pula geng kicap memang mesti ada punya. 

 Sampai di hentian Putra jenuh lah mencari parking akhirnya hanya di tempat atas sahaja yang kosong tapi berpanas lah. Tak palah janji ada tempat parking. Sampai booth JS letak barang terus je pergi The Mall untuk cari hadiah besday Remy. Kak noor tak join jadi dia terus dengan agendanya. Dapat ja hadiah besday Remy terus simpan di kereta. Semasa nak ke booth JS lagi rupanya di pentas Utama ada pelancaran dan tandatangan buku Tun Dr Mahathir. Ramai sungguh orang yang mengerumuni pentas tersebut. Masa saya sampai tak lama kemudian Tun Dr Mahadhir di jemput ke pentas untuk sessi tandatangan buku. Saya tak beli bukunya jadi tukang menyelit sahaja lah. hehehehe  


Tun Dr Mahathir menunggu peminatnya untuk sign otograph 

Sweet ja kan senyumannya

Peminat berbaris panjang nak dapat tandatangannya sambil ambil gambar.

Booth JS ramai yang serbu dek kerana novel baru Hlovate. Dengar kata 1000 naskah habis terjual.

Buku baru versi sweet 17 kalau beli 4 dapatlah kipas berlagak.

3 orang kuat JS. Kak su tayang kipas belagak versi si manis 17. Cun lah

Barisan penulis Jemari Seni. Depan tu nazurah aishah.  Sebelahnya Diya Nordin, Syazy hana dan Iman Xara

Lautan manusia memenuhi di mana-mana. Sesak beb. Ramai orang, nak jalan pun susah.

Tenguk tu begitu ramainya manusia. Bersesak-sesak. Depan tu booth PTS dan Ana Muslim.

Nacha bersama penulis Siti Rosmizah yang orang kata novelnya paling laris.  
Duduk sebelahnya sambil menunggu nacha sign otograph Siti Rosmizah tu saya tenguk fuh bulu matanya melentik sakan. Dah macam Pelakon yang femes dengan bulumata palsunya sapa tu Rozita Che wan. Emm betul ke namanya. Izzul yang sebelum ni penulis di kakinovel biasa je bila masuk penerbitan Siti Rosmizah pun dah berubah muka. Mekap tebal sampaikan tak kenal kalau dia tak tegur.

Singgah kat booth Alaf sign novel. Ini Penulis dan tukang masak tersohor, Kak Norzailina Nordin.

                          Penulis Hani Fazuha. Novel dia best jiwang karats memang i like. hehehe

Penulis Kamsiah Abu. Ni lagi satu penulis jiwang karats yang saya suka sangat. Novel pertama dan kedua memang suka dan kadang ulang-ulang baca. Yang terbaru pun best sangat.

Habis je ronda di booth Alaf yang kebetulannya bersebelahan dengan booth JS, saya dan geng terus je pergi Ampang. Yeh Bora ombak sambutlah kedatangan kami bertiga untuk meraikan harijadi Remy. Best sesangat.  Ada futsal pulak selepas tu. Best best best. Leh posing sakan dengan pelakon drama  fofular yang dah 2 kali menanag anugerah.

No comments:

Post a Comment