Monday, May 2, 2011

Teruk sangat kah kerja anda?

Teruk sangatkah kerja anda?


  Kadang-kadang kita rasa kerja kita dah teruk sangat tapi terfikirkah anda bahawa ada orang lain yang kerjanya lebeh teruk daripada anda. Jadi fikir-fikirkan lah ya. Macam gambar diatas tu tenguk sajalah bersimpang perinang wayar-wayar tu. Hish hish macamana lah nak baikinya  ya.  Silap baiki zzzz melayang nyawa.
 
   Sanggupkah anda membawa tandas macam ni hanya nak promosikan pencuci tandas? Sanggup? Tapi demi sesuap nasi dan rezeki yang halal masih ada orang yang sanggup kan! Jadi renung-renungkan lah dan gambar ini adalah buat muasabah diri saya dan juga anda.


     Aduhaiiii begitu sekali kerja yang perlu mereka lakukan. Saya pun tak pasti kenapa perlu membenamkan diri didalam kolam tersebut. Adakah mencari barang atau membaiki sesuatu? Teruk kan kerja macam tu. Fikir-fikir kan lah.


     Ni kalau silap perkiraan boleh kena tendang si kuda tersebut. Bahayakan? Dan teruk kan?


       Sanggupkah anda membenamkan separuh diri dalam tempat najis si Gajah itu. aduhaiiiii teruk kan kerja mereka itu.


      Aduiiiii mak tercium bau peluh orang lain sewaktu dalam train atau bas bila balik kerja dah buat kepala ternoneng ni lagi lah nak kena cium untuk ujikaji perfume. huhuhu tak sanggup lah, rasanya boleh muntah. Apa lagi kalau bau peluh orang bangladesh yang kerja kat pasaraya huh mau pengsan tau. Tapi hanya kerana ujikaji perfume untuk menghasilkan deodoran yang terbaik inilah yang terpaksa mereka lakukan. Jadi mana yang lebeh teruk? Kerja mereka ke atau anda?


  Ni pulak memang kelakar. Kalau tenguk pada tulisan di bas ianya berlaku di korea. Promosi telur ayam atau pun jual ayam. Mungkin di pasaraya untuk menarik perhatian pembeli.



     Ni mesti tandas tersumbat ni. huhuhu Kerja memperbaiki tandas tersumbat yang sudah tentulah segala bahan asing telah membanjiri bilik air tersebut sebelum ianya dapat dialirkan keluar. Terukkan dengan baunya lagi huhuhu sanggupkah anda?

     Jadi untuk renungan bersama seandainya kita rasa tension dan rasa yang kerja kita dah teruk sangat jadi tenguklah gambar ini dan katakan pada diri sendiri bahawa ada orang lain yang kerjanya lebeh teruk dari anda.  Dan jangan hanya memandang rendah pada orang yang kerjanya seperti itu sebab jika tiada mereka yang menyiapkannya adakah kita boleh hidup dengan senang lenang macam sekarang? Jadi teruk sangatkah kerja anda jika dibandingkan dengan mereka. Fikir-fikir lah sendiri.

Update terkini:  Terlupa lah pulak kalau 1 Mei tu hari pekerja so pada semua pekerja baik kerajaan, swasta, sendiri, kerja kampung, kerja di bandar, SELAMAT HARI PEKERJA. Buat surirumahtangga tu pun pekerja juga tapi pekerja demi  keluarga tersayang.

2 comments:

  1. ish3..tidakkkkkk...goliden, baru nampak taik ayam dah geligeleman. Tapikan...orang kata "alah bisa tegal biasa" selamat hari pekerja.

    ReplyDelete
  2. hehehe syima yg tak tahan tu cium ketiak ...aduhaiiii tapi salute lah org yg kerja cam tu dan salute juga tuk semua yang bekerja tak kira apa pun yg penting halal.

    Lupa lah...rupanya hari pekerja. hehehe selamat hari pekerja juga buat syima.

    ReplyDelete