Sunday, July 17, 2011

Hari Puja Usia



Comel tak kek besday polka dot ni.

  Semalam merupakan hari puja usia saya.Alahaiii yang ke berapa waduh semakin bertambah usia sebenarnya semakin berkurangan usia kita di dunia ini. Kenapa di sebut Hari puja usia hehehe sebenornya ayat ni saya jumpa bila berkawan dengan orang Brunei. Cun pulak ayat dia kan! emm Tak pe apa pun sebelum tu dia dah bagi ucapan awal sehari. Dalam sambil bekerja malam sempat lagi tu. Ayat pulak tu emmm telah buat orang bagaikan di awangan tapi zup kena pijak bumi nyata. Kang berkhayal sampai tak sedar diri pulaknya. Realitinya dia ........kenangan silam saya. Tapi apa pun mengenali Dia merupakan hari indah dan memori di Segamat akan mengimbau semula kenangan itu.   

  Malahan pintu rumah muka buku saya juga di penuhi dengan ucapan dan doa dari kawan-kawan, kenalan maya, akak dan anak buah saya terima dengan bersyukur sekali. Tiada kek besday mengiringi hari tersebut tapi ucapan dari kalian semua buat saya terharu. Sebab saya rasa doa kalian semua itu lebeh berharga dari kek besday yang tidak seberapa. Yang penting ingatan itu.

 Budak-budak sekarang sebenarnya beruntung. Bila tiba hari jadi ja boleh demand macam-macam pula kat mak bapa nak hadiah apa. Saya nak demand macam tu waktu kecik-kecik  dulu huh jangan haraplah nak merasai itu semua. Maklum lah di besarkan dengan keluarga yang ramai dengan kehidupan yang miskin  sambutan harijadi tidak begitu penting di kala itu malahan mak dan bapa pun lupa harijadi anaknya. Walaupun begitu kehidupan kami walaupun sekadar cukup untuk kehidupan di waktu itu namun saya dan adik-adik masih lagi rasa seronok. Pagi-pagi tolong mak atau akak pergi angkat susu getah, lepas tu menolong memesin getah.  Nak menoreh memang le tak reti sebab kecil lagi. Malahan penah tersadung akar kayu srupp susu getah yang di kutip tumpah. huhuhu Apalagi berlenang airmata teringat nanti mesti kena marah dengan mak. Tapi nasib baik akak tolong cover bila mak tenguk susu getahnya kurang dari biasa. Kadang cari biji getah simpan untuk di jual bila ada orang cari biji getah. Untuk apa biji getah tersebut entah le masa tu tak tahu pun nak tanya apasal apek cina tu nak  biji getah banyak2. Hah berebut2 dengan adik ke kebun getah sebelah rumah mencari biji getah. Budak sekarang tahu ke biji getah tu macamana? Entah2 pokok getah pun tak tahu. Padahal bau busyuk susu getah le tu yang buat duit jadi wangi.  Duit jualan biji getah tu bila dapat walaupun beberapa ringgit tapi masa tu dah rasa besar. Dah terbayang nak beli jajan apa? Nak beli ais kepal kat kedai cina kat Batu 6. Terbayang kesedapan ais kepal dengan siraman air gula. emmm masih adakah lagi orang berjualan ais kepal macam tu? Masa tu manalah  tahu halal ke tidak kedai cina yang jual. Main belasah je janji sedap.  

 Bila bulan ramadan menjelma mak pun sibuk menjemur tepung untuk membuat kuih koya. Sibuk pula menyediakan beras untuk dibuat kuih Deram. Beras tersebut akan di tumbuk dan diayak untuk dijadikan tepung. Tepung tersebut mak akan adun dengan gula merah pula. Balik sekolah tengaharinya dah kena tolong mengoreng kuih deram. Masa tu walaupun penat tiada alasan untuk bermalas-malas lepak tidur kecuali akan mendapat teriakkan kuat bila masih tak muncul lagi di dapur. Masa tu bau kuih deram memang dah lali kat hidung malahan bila raya tak pandang pun walaupun orang kata kuih deram mak sedap hingga merata yang mengordernya. Lepas tu buat kuih sagun potong. Dengan menggunakan tin yang telah di ubahsuai menjadi oven dan dimasak menggunakan api kayu. Keharuman kuih tersebut telah mula luput dalam kehidupan kami malahan telah hapus. Tak tahulah samada cetak kuih sagun tu mak masih simpan atau kak limah yang menyimpannya. Cetak aduanan kuih tersebut sebenarnya dibuat sendiri menggunakan tin minyak tanah yang di potong menjadi bekas adunan kuih sagun.  

  Hai melalut pulak cerita zaman dulu-dulu. Bukan apa seiring dengan pertambahan usia masa silam semakin berlalu dan hanya tinggal dalam ingatan dan kenangan kita sahaja. Saya mula merasai sambutan harijadi semasa duduk di asrama. Walaupun tak ada duit nak beli kek tapi masih sempat duit lebihan belanja yang di simpan di beli coklat untuk sedekah pada kawan sedorm. Masa tu seronok kalau dalam sebulan tu ramai kawan sambut besday sebab nanti bila balik sekolah je atas katil dah ada macam2. Tak pasti pulak samada ianya diwajibkan atau tidak dah lupa cuma teringat bagi kawan2 je bila tiba harijadi. Masa tu walaupun hanya sekeping biskut coklat tapi dah rasa seronok. Duduk asrama manalah ada banyak duit kecuali ada duit biasiswa lebeh sikit barulah boleh beli apa yang kita teringin.

  Bila dah mula kerja lagi lah tak sambut sangat. Sebab masa kat Segamat masing-masing buat hal sendiri ja. Ada tak ada pun masa saya baik dengan kak Sal saling ucap dan mendoakan diri masing-masing. Tapi bila dah duduk dan bekerja di KL dan mula mengenali kawan-kawan alam maya dan bila pejabat juga mula menyambut dan membuat majlis harijadi untuk stafnya barulah rasa di rai. Walaupun majlis yang dah terlambat atau terdahulu sebab dihimpunkan dengan kawan yang lain tapi tetap majlis diadakan pun dah rasa begitu berharga sekali. Apa lagi ucapan-ucapan dari kawan-kawan. Dan bila mengenali geng Ulatbuku ianya semakin bersemarak. Malahan ingat lagi masa potluck pertama kami di Tasik Perdana, saya rasa nak nangis sebab mereka semua bersusah payah beli kek dan bagi hadiah dan meraikan saya dan anim yang kebetulan date birthday selang sehari.  Kenangan bercanda dan makan-makan di situ memang sungguh mengasyikan dan pengalaman yang begitu berharga buat diri saya. Apa pun hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Mempunyai kawan seperti kalian semua membuat diriku begitu berharga. Semuga kita sekelian hidup sentiasa di rahmati dan diberkati Allah SWT hendaknya. AMIN. Saya sayang kalian semua. Muah muah muah Kalian semua begitu berharga. 

2 comments:

  1. Alahai nostalgik betul la n3 mu notie, sekali gus buat kakmOn melelih aiq lioq naaaa..

    psssttt kita pon pernah tengok mak buat ketuhar ngan tin roti kering tu. Hairan jugak kan, kek masak cantik :D

    p/s salam puja usia ya adinda *kelip2 bulu mata lip-lap*

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. hehehe bukan apa saje mengimbau kenangan lalu. Lagi pun dah nak masuk ramadan jadi memori menolong mak buat kueh terimbau semula. Dulu-dulu rasa kena paksa tapi la ni rasa windu pulak semua itu.

    Orang tua zaman dulu kreatif lah. Oven pun buat sendiri.Muah muah

    ReplyDelete