Thursday, September 8, 2011

JJCM d Satay Station Ampang


  Jalan-jalan cari makan ke Satay Station ni sebenarnya sebelum menyambut puasa lagi. Dah sebulan baru nak citer. Nak citer juga sebab sataynya sodap berempah dan dagingnya lembut sangat. Memang kata puaslah melantak satay je malam tu. Kiranya rezeki sebelum nak menyambut puasa dan yang belanja ialah anak kak Nora yang nombor 2 yang kami panggil Adik. Kak nora ni sebenarnya jiran akak aku dimana rumahnya bertentangan dengan rumah akak aku dan kiranya dia geng baik lah dengan kak Maya sebelahnya dengan akak aku. Selalu datang berkunjung dok lepak depan rumah.

  Mula-mulanya nak pergi hari Ahad tapi kak Jal dan abang datang untuk appoitment pada 25hb 7 di hospital ampang jadi acara di tunda kepada hari rabu malam khamis. Fuh kiranya rezeki jangan di tolak beb. Kata kak nora sedap. Jadi kami pergi 2 kereta. Maklumle anak dia si kembar pun nak ikut tak muat le kalau bawa 1 kerete ja. Satay Station ni sebenarnya terletak berhampiran jalan ke Bukit Belacan. Bila sampai tempatnya meriah sungguh.


 Kita orang cuma order satay ayam dan daging je serta minuman. Makan lain kata kak nora ada tapi kureng sedap. Tempat tersebut ramai orang datang pada waktu malam. jadi kena datang awal lah selepas solat magrib kami terus ke situ. Yang buat best tu sebab ada hiburan life  tapi style orang lama wei. Lagu keroncong lah lagu langam lah. hehehehehe Tapi ok juga.


 Tenguk lah besar sizenya dan rempahnya begitu banyak menyeliputi satay tersebut. Memang sedap. Layan satay je malam tu pun dah kenyang tak payah makan lain. Hish sungguh mengejurkan je. Nasib baik dah lepas bulan ramadan dan dah sambut syawal.

Kuah satay yang pekat.


Amboi kak nora makan satay begitu asyik. Sebelahnya si kembar baby dan ayang.

  Sambil melayan satay, telinga di layan dengan lagu-lagu yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik. Tapi lagunya semua retro zaman klasik gitu. Mana taknya lagu keroncong, ghazal, lagu lama fuh memang lagu klasik lah sebab pemuziknya pun orang lama. Cuma penyanyi je perempuan dan muda lah sikit.

 Dah kenyang pewot dan kenyang tinge kita orang pun beransur balik. Tapi yang kelakornya malam tu daripada nak sampai awal akhirnya sesat barat entah kemana kami menyelongkar jalan. Sampaikan dah sampai jalan mati. Terpaksa pusing balik. Yang kelakornya ikutle bontot bas Rapid kut nanti dia keluar ke jalan besar. Rupanya bas tu dah sampai perhentian terakhirnya. Melopong kami bertiga bila tenguk bas tu best je parking di stesyen lastnya. hahahahaha masak sungguh tak boleh pakai idea ikut bas boleh dapat keluar ke jalan besar. Akhirnya kami terpaksa bertanya orang di tepi jalan sambil menjajau mencari jalan keluar ke jalan besar. Akhirnya dapat jalan yang betul fuh rasa lega. Maklum le dah malam mata bukannya awas sangat kat kawasan mana kami sesat. Bila sampai kat rumah tenguk kak nora dah siap salin baju formal kat rumah sambil tu risau maklumle anaknya yang tua dalam kereta aku. Hahaha sampai je riuh rendah kami bercerita. Kak maya pun panik juga bila tenguk aku dah sesat tapi nak buat macamana waktu malamkan kalau siang nampak le juga jalan mana kami lalu. Fuh pengalaman sungguh waktu malam sesat barat.    

5 comments:

  1. fuh. sedap nampaknya sate tuh.....bila nak belanja aku pulak not?

    ReplyDelete
  2. Boleh saje tapi camno ek nak post kat ko...entah bila lah kita leh dating cam pi rumah cikgu bedah ari tu kan... miss bergosip dlm keta. Setengah ahri bersama mu rasa sekejap je masa tak puas menyembang. Rasanya lepas ni memang susah le aku nak pinjam ko dari Am bawa ko jenjalan lagi.

    ReplyDelete
  3. betul3x........tak pela..kita sembang di alam maya pulak

    ReplyDelete
  4. wahh . best ni . . kalau nak banding dengan satay hut tanjung karang , mane lagi best ??

    ReplyDelete
  5. Salam Amim, maaflah saya tak pernah makan satay hut kat tanjung karang jadi tak boleh lah nak beri komen sedap ke tak sedap. kalau dah rasa barulah boleh compare antara keduanya.

    Thanks singgah umah saya.

    ReplyDelete