Friday, April 6, 2012

Hari Pertama DI UK 2010

    Ingat tak lagi cerita aku yang masih tergendala nak cerita semasa pergi buat attachment di UK tahun 2010 dulu. Alahai tahun dah  berganti baru, aku masih takde idea nak bercerita. Apa pun kena tepek juga sikit demi sikit story mory masa di sana. Almaklumle kenangan sepanjang hayat ni dapat jejak kaki nun di UK. Kira memang rezeki yg Allah beri ni memang tak terkata lah. Apa pun bersyukur sangat-sangat dapat ke sana. Nak tunggu tabung Ayam penuh entah bila. Kalau saje-saje nak berjalan makan angin huh makan tahun jugalah nak kumpul duit dalam tabung ayam. Tak pun berangan saje lah ya. Almaklumle orang tak berada ler katakan. Orang lain yang berada boleh ler kalau duit banyak nak kesana macam jenjalan je atau pun macam sesetengah orang dok shopping ke UK. Kalau aku huh memang jenjalan dekat malaysia ajelah. Mana taknya tambang flight je ribu raban beb. Paling murah pun kalau Makcik asiah buat diskaun besar-besaran. Kalau tak huh jangan harap ler dapat terobang ke sanun. Convert duit dia je dah mahal bayangkan kalau 1 pound sterling bersamaan dengan RM5 duit kita. Huh jenuh juga ler bila beli barang asyik nak convert je almaklumler budget terhad. Budget mula-mula minta nak pergi ke New Zealand tapi sebab tahun sebelumnya 2 orang staff dah pergi ke sana jadi last minit bos pinda suruh pergi ke 2 tempat samada ke Kanada atau ke UK. Bila hantar surat ke kanada mohon nak buat attachment mereka lambat jawap manakala ke UK cepat je bagi jawapan jadi kami pun terus mohon ke UK yang berkebetulan dengan Dr Elyas di jemput present paper di satu simposium sains di Scotland. Jadi kami ber3 pun bersiap sedia buat arrangement dengan bahagian latihan serta mohon duit peruntukan untuk perbelanjaan di sana. Dan kebetulan pula semasa dapat surat tu kiranya memang masa dah suntuk mengikut tarikh yang dicadangkan apa lagi dengan masa tu bulan puasa dan kelulusan peruntukan dan kelulusan keluar negeri yang perlu disiapkan sebelum raya. Tahu je lah orang nak raya nanti kelulusan lambat keluar, huwaaaa lepas raya dah nak pergi. Seminggu raya je habis cuti terus keluar negeri. Memang tak puas raya tapi fikir balik ala raya setiap tahun ada tapi nak keluar negeri pi kerja bukannya selalu 1 dalam bertahun ler nak dapat. 


  Hari pertama kami sampai aku dah cerita di sini selepas lepak di rumah Encik Zainal, isterinya hantar kami ke hotel yang telah Dr Elyas booking kan sebelum kami sampai iaitu Hotel 4 season. Tempatnya memang berhampiran dengan Pejabat Royal College of Physicians dan juga Regents Park. Kata kak kam dulu masa dia ikut suaminya dia menyewa rumah di depan Hotel 4 season ni.Bilik dia ok juga cuma tak tahan tu naik tangga ke tingkat 2. Dah lah beg kami besar2. Bilik ngam2 2 katil tapi ok lah.

   Hah naik tangga ke tingkat 2. Oleh kerana beg besar jenuh ler juga nak tarik sampai ke atas. Rehat jab lepas tu keluar ke Baker Street Stesyen nak beli kad bas dan train untuk seminggu. Juga beli sim kad untuk phone. Nombor ni kami gunakan hanya untuk buat call di Uk je. Murah sikit dari pakai no malaysia kang jenuh nak roaming je, mahal beb. Malam masak nasi guna periuk rice cooker yang aku bawa ala yg paling kecil tu. Kak kam bawa rendang daging. Serunding dan sambal pun ada jadi sedap lagi dapat layan nasi, baru malam pertama, esok entah macamana.

Ni dari atas bilik hotel. Sunyi sepi suasana di waktu pagi.

    Pagi pukul 5.30 pagi dah bangun. Beza masa dengan malaysia ialah 7 jam. Jadi masa ni kat malaysia pukul 11.30 pagi. Orang lain dok sebuk dah kerja. Tu sebab pagi lagi dah tak boleh nak tidur lagi rupanya kat malaysia dah sibuk bekerja. Tapi yang tak tahan huhuhuhu sejuk airnya masa nak ambil air nak solat pagi. Burrrrr. Pukul 7 lebeh je dah semerbak bau roti. Ya allah sedapnya bau. Wangi sangat. Kami di jadualkan ke pejabat RCP pukul 10.30 pagi tapi dek kerana hari dah siang dah tak boleh nak tidur pun lagi terus je siap pergi sarapan. Pukul 7.30 pagi sarapan di tingkat bawah. Seperti biasa makanan orang puteh dah tentulah roti, yogurt dan buah-buahan.  

   Hah ni lah setiap pagi sarapan kami. Tapi yang paling aku suka sekali roti croissant tu. Setiap pagi depa baking roti jadi bila kami turun sarapan je memang fresh roti ni baru kuar dari oven. Wangi dan harum bau roti di bakar.Memang lembut bila di sapu dengan jem. Ada pelbagai jenis roti tapi aku suka yang ini sebab lembut bila di makan. Juice memang selalu ada jadi kiranya selama 2 minggu dok UK memang sarapan sihat je yang kami makan. Memang rindu lah kalau nak makan mee goreng ke nasi lemak ke. huhuhuhu tahan je. Tapi kalau makanan ni jadi amalan pun bagus juga terutamanya makan buah dan yogurt serta fresh juice.

 Depan hotel Four Season
  Pukul 8.30 kami pun keluar dari hotel menuju ke pejabat RCP. Oleh kerana masa panjang lagi kami sempat lepak kat Regents Park. Menikmati keindahan taman di Uk serta bunga-bungaan yang masih ada lagi sebelum musim luruh menjelang.

Di Jalan Gloucester depan Hotel 4 Season.


Di Regents Park ada kolam dan pagi-pagi banyak itik yang berkeliaran.
Sedap je Mat saleh tu lepak di bawah sinaran matahari yang nyaman. Nampak panas tapi cuaca rasa sejuk almaklum dah nak masuk musim luruh sesekali rasa sejuk juga.

     Masa sampai di pejabat RCP banyak yang kami perbincangkan samada dengan jadual yang depa dah uruskan untuk pertemuan yang kami perlukan. Kiranya jadual yang diberikan tu kira ketat juga lah. Dan ada yang jauh perjalanannya hanya bagi meeting selama 2 jam sahaja. Kira hari off cuma sabtu dan ahad je. Oleh kerana start pada hari Rabu jadi Rabu minggu ke 2 baru habis dan khamisnya aku dah balik Malaysia. Alahai baru 1 hari dah rindu malaysia ke walhal belum berjalan lagi tu. Masa perbincangan depa cuma sediakan air panas dan bancuh sendiri samada nak coffee atau teh. Dia bagi paket je. Buatlah berapa kali nak minum. Lepas tu dengan biskut je sebagai alas perut. Tapi masa lunch dia bawa ke Hotel Melia.

Ni masa lunch di Hotel Melia. Makan salad ja, fish n chips, lagi apa aku dah lupa. Tapi aku tak faham lah makan gitu je pun depa dah kenyang ek. hish hish

Lepas lunch dan dalam pukul 3 kami ada perbincangan dengan Profesor Duncan di bilik bacaan di tingkat bawah. Prof Duncan ni lembut je percakapannya dan habis dalam pukul 5. Bayangkan ler time petang perbincangan huh memang ngantuk sungguh tapi tahan juga sebab banyak info dia berikan berkenaan dengan standard Informatik di UK. 


Akhirnya yehhhh santai di Regents Park. Ni di taman Ros yang masih berkembang lagi. Geram



Ros kuning berkembangan. Banyak yang dah luruh kalau tak lagi banyak ni berkembang. Tapi ni pun dah buat aku geram.

Rosnya besar-besar lah. Memang cantik.

Comel sungguh basikal Barclays yang ada di tepi jalan ni. Rupanya basikal tu boleh di sewa tapi tak tahulah berapa harganya untuk sewaan. Rupanya ramai mat saleh yang gemar berbasikal.

Lawa lah pokok ni. Rasa nak naik dan bertenggek je. Ba ba Chak!


Macam-macam jenis bunga ada.

Sepetang tu kami berjalan slow motion menikmati keindahan Regents Park. Bila dah rasa sejuk kami pun balik ke hotel. Rehat, mandi, masak , makan dan lepak. Semasa mengemas barang rupanya beg baju aku pecah. Aduhai agaknya kena campak kut. Nampak gaya kena cari beg baju baru ni. Dah la mahal emmm kopakler duit aku. Hari Pertama dah pun berlalu. Besoknya kami akan pergi jauh berjalan nun kena naik keretapi. 

2 comments:

  1. wah.......panjang berjela citer ko...apapun sodap baca cite ko tu...pehh..siap tabung ayam pun kluo dlm citer...hmmm..dah lama aku tak online......tak sempat..hehe..

    noty, aku selalu beranganla...kalau2 satu hari nanti aku dan ko sama2 dpt gi melancong ke atau g umrah....bestkan?

    ReplyDelete
  2. Hahaha aku kalau berciter huh berkajang2. Tapi tu ler kadang tak sempat nak mengarang. Lagi pun tu semuanya memori perjalanan yang telah aku tempuhi. Kiranya blog ni tempat memori perjalananlah.

    Insyallah aku memang sedang berangan nak buat projek ke Padang. Kalau dgn izin NYa mudahan tahun depan aku boleh ajak ko jenjalan ke Padang. Tempat tu je yang murah tak sampai rm 700 kalau tambang tak naik ler atau pakage still rm 450 lagi tuk 5h4m. Aku berangan nak bawa akak aku dan abang ipar berjalan. Tahun ni ko pergi buat haji dulu dan tahun depan dgn doa ko mudahan kita boleh bercuti bersama. Amin

    ReplyDelete