Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, December 6, 2011
Aku Pilih Dia - Hezzry Azra
Harga: RM 22.00
Halaman: ~560
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Dis 2011
Sinopsis
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra.
Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.
Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.
Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.
Ni merupakan novel ke 4 Hezzy Azra. Dan kebetulan semasa pergi ke Karnival Karangkraf pada 3hb 2011 baru-baru ni novel ni baru keluar panas dari oven jadi apa lagi rembat ler. Malahan dapat jumpa penulisnya dan dapat bingkisan comel coklat bersalut biskut oreo didalamnya. Sodap.
Novel Hezzy memang wajib ada atau beli sebab jiwang karats. hehehe Almaklumle kalau jiwang karats tu memang aku suka jadi setelah membaca kesemua novelnya sudah semestinya gaya penulisan Hezzy aku suka sepertimana novel Kak Anis Ayuni dan Aisya Sofea. Setelah membeli novel Alaf sekian lama sudah tentu kita akan menjadi seorang yg pemilih supaya ianya sealiran dengan kehendak hati. Bukan apa sudah banyak terjadi membeli novel lepas tu terasa hambarnya perasaan wah ralatnya kenapa aku memilih novel ini. Novel yang memuaskan hati bila kita akan rasa tak puas membacanya malahan setelah membacanya kita akan mengulang-ulang membacanya sebab kita rasa seronok. Malahan kita boleh ingat apa cerita yang membuatkan kita suka sampai teringat-ingat. Memang lah ada setengah orang kata membaca novel biarlah ada sesuatu ilmu atau kebaikan didalamnya buat muasabah diri atau buat renungan diri tapi jika ianya terlalu berat sehingga terasa macam menerima beban didalam kepala aduhaiii boleh buat aku pusing kepala huh nampak gaya memang kena campak ler ni. hehehe Hish tak baik kan mencampak buku maksud aku bagaikan bukan benar-benar kejadiannya ya. Lain orang lain caranya bila membaca novel. Pada aku ia merupakan cara melarikan diri malahan meringankan kepala daripada memikirkan masalah dunia yg tak habis2 jadi dengan membaca novel yang jiwang karats aku boleh mengurangkan tension dalam diri dari memikirkan kerja yang kadang membuatkan kita tension so dengan melayan jiwang karats takde le otak rasa tepu sangat. Tapi lain padang lain belalang ya lain orang lain gayanya. Jadi terpulang lah pada anda bagaimana menikmati kesedapan membaca novel. Itupun kalau minat membaca ler kalau tak minat huh tak boleh kata apa ler dah sahle tak suka.
Ok ber balik kepada APD ni mengisahkan tentang Johana yang kematian tunangnya Khalil sebelum 3 bulan lagi nak kahwin. Jadi sejak kejadian tersebut dia merana lah juga maklumlah orang tersayang meninggalkannya sebelum sempat menikmati kebahagiaan yang diharapkan bagi sepasang kekasih. Penganti Khalil memang sukar dicariganti.
Selepas tu semasa pertama kali bertugas sebagai wartawan dalam satu sidang media di syarikat Raif telah menarik perhatian Raif melihat cara Johana mengemukakan soalan yang lain dari wartawan lain malahan dari situlah permulaan perkenalan Raif dengan Johana. Tahun berganti tahun merka berkawan rapat walaupun orang lain menganggap mereka seperti sepasang kekasih namun pada hakikatnya mereka hanya berkawan rapat. Mana taknya Raif ni playboy dan sentiasa bertukar-tukar kawan perempuan. Kalau aku jadi Johana pun takde maknanya nak letak perasaan pada Raif. Ya lah kalau dah depan mata sambil minum sempat lagi melayan perempuan lain malahan dengan ayat sayang lah dearlah dah sahle Raif tu hanya bermulut manis je dengan perempuan. Jadi jangan le letak hati pada lelaki seperti Raif tu. Namun sebenarnya Raif menyimpan perasaan pada Johana walaupun tidak terluah kepada Johana.
Kepulangan Ian Redza yang merupakan abang Raif berlainan mak setelah berpuluh tahun tinggal di Glasgow merubah segalanya. Pertemuan yang tidak disangka-sangka antara Ian dan Johana di stesyen minyak memang sweetlah. Aku bayangkan semasa mata bertentang mata tu ada aura cinta panah memanah antara mata Johana dan mata Ian. Hahaha ni terpengaruh tgk citer org puteh le ni. hehehehe tapi memang sweet adegan pertemuan tersebut. Sambil isi minyak mata bertentang mata bagaikan suasana sekeliling terhenti seketika. Bila tersedar hanya senyuman yang diberikan. Namun teguran Ian mengenai tayar kereta Johana yang kurang angin hanya menambahkan kenangan manis buat Johana namun buat Ian ia juga sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Johana telah menarik hatinya yang selama ini keras membeku walaupun ada perempuan lain yang suka kepadanya.
Kenduri doa selamat menyambut kepulangan Ian telah membawa Johana ke rumah keluarga Raif. Malahan ianya menjadi detik pertemuan semula antara Ian dengan Johana dan ini memang amat mengembirakan Ian yang telah tertarik dengan kelembutan dan kecantikan gadis melayu. Malahan bagi Johana pula sifat-sifat dalam diri Ian membuatkan dia mengingati Aruah Khalil sebab Ian begitu meminati sukan yg extreme seperti lumba basikal. Namun ianya membuatkan Raif panas punggung melihat kemesraan yang mula tercipta antara Johana dengan abangnya. Hah padan muka tang Raif masa Johana takde orang tackel ingat dia hakmilik kekal lah sekali Johana dah ada org lain suka baru nak meluahkan isi hati. hehehehe suka tenguk Raif dah cemburu tapi suka pula tenguk Ian cepat ambil peluang nak rapat dengan Johana. Lagi sweet masa pergi makan kat Bagan lalang siap bagi lagu kat Johana supaya Johana memahami rahsia hatinya. Yes yes. Raif dah makan hati tenguk Abang dia dan Johana bermain-main mata. Berbalas-balas senyum antara keduanya. Sweet lah.
Tapi tragedi berulang semula apabila Ian telah terjatuh semasa aktiviti cyclingnya dengan kawan-kawan di Bukit Kiara. Ianya mengakibatkan Ian koma. Raif pula dah berkira-kira andaikata Ian tidak dapat diselamatkan dia akan berterus terang dengan Johana akan isihatinya dan ingin mengantikan tempat Ian namun bagaimana pula dengan Johana. Siapakah pilihan Johana? Adakah akan tetap memilih Ian yang sedang terbaring tidak sedarkan diri atau Raif yang sentiasa berada di sisinya selama ini. Untuk mendapat kan keputusan Johana kenalah beli buku terbaru Hezzry ni. So apa tunggu lagi pergilah cari kat kedai buku sedang panas-panas lagi ni. Bagi yang suka jiwang karatz macam aku ni memang digalakkan beli memang tak rugilah. Ian ni mengingatkan aku pada pelakon Mat Salleh dalam cerita Qabil dan Habil yang jahat tu lupalah pulak namanya Geoffry ke apa tapi dengar cerita dia dah masuk Islam baru-baru ni. Kenapa aku teringat macam tu sebab Ian ni berdarah Scottist belah mak dia. Yg best tu bila cakap inggeris slang scottist tak ilang tapi bila cakap melayu fuh cair beb mendengarkannya kalau aku jadi Johana ler. hahahahaha berangan sat. Apa pun jangan buang masa dapatkan Aku Pilih Dia oleh Hezzry Azra. Buat penulis Hezzry tahniah lain kali tulis lagi jiwang ye.... I like 1000 kali
Salam Notie,
ReplyDeleteBerbanyak2 terima kasih atas kesudian beli, baca dan komen APD. Happy dan terharu sgt2 baca komen ni sbb saya rasa anda telah menghayati setiap baris ayat dalam APD. Apa yg saya luahkan telah berjaya melekat di hati anda. Sebagai seorg penulis kecil-kecilan...itu sesuatu yg amat bermakna buat saya.
Saya hargai sokongan anda terhadap karya saya!!
Terima kasih sekali lagi...
Salam hezzy,
ReplyDeletewah penulis sebenar dah komen... aduhaiiii malunya saya tapi apa pun nak ucap terima kasih lah berkunjung ke teratak kita yg sempoi ni... Chaiyok chaiyok.
Ni cuma komen secebis dari hati yang seronok membaca cerita yg sweet bagaikan gula2 dan romantis bagaikan mendapat bunga... apapun semuga diberi idea menghasilkan novel yang lagi sweet dan romantika d amur.
Salam Notie,
ReplyDeleteKomen yg secebis dari hati itulah yg menggembirakan saya :)
Dh tengok trailer novel Aku Pilih Dia? Kalau belum, boleh tonton di blog saya atau www.youtube.com/watch?v=2FizfjO5UAI
Thanks!