Tuesday, January 10, 2012

Sejenak di Glossop, UK



 
Belakang cottage di waktu pagi sebelum check-out

Best ni kalau lepak kat belakang cottage

Nun ladang terbentang luas nyaman udaranya

 Masa aku buat attactment di UK tahun 2010 dulu pada akhir minggu ke 2, kami bertiga telah pergi ke Glossop, Derbyshire, UK dimana satu  temujanji telah di buat dengan Dr Richard Fitton  berkenaan dengan klinik swasta yang di usahakannya  dan semasa meeting kami telah di perkenalkan dengan salah seorang ahli komuniti dia yang menjadi sukarelawan di situ. Peramah dengan kami dan rajin bersembang semasa berhenti rehat selepas selesai sessi perbincangan. Selepas di bawa melihat klinik swasta tersebut kami telah di bawa ke Manor surgery dan dikenalkan dengan sistem yang mereka gunakan bila sesuatu pembedahan dilakukan. Semuanya mengikut appoitment yang telah di buat. Manor surgery tu kecil je tetapi agak sibuk juga di pekan kecil seperti Glossop tu.
Ni depan Klinik swasta Dr Richard  

  Ni pula di Manor Surgery  dimana ada 4 ke 5 presentation untuk kami dan juga Mayor dan isterinya yang sudi datang berjumpa kami delagasi dari Malaysia, sambil memperlihatkan kegiatan komuniti penduduknya yang rapat diantara satu sama lain. Walaupun bandarnya kecil tetapi penduduknya memang mesra dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Yang aku tabik tu warga emas mereka memang sentiasa dan rajin menghadiri apa juga aktiviti yang dijalankan. Dah le tu loving couple memasing kalau join event.

Ni lunch kami di manor Surgery. hehehe makan salad je beb. Ops makan piza sayur-sayuran hehe

Buah-buahan memang tak tinggal. Tenguk lah tu besar2 buah Pisang dan epalnya.
Lunch ada kek aduhaiiiiii lapor aku tapi memang makanan berkhasiat. Opss bukan kek ler tu hah salad lawan dengan roti ops bukan roti dengan piza sayur-sayuran

  Selepas tu kami di bawa ke Manor Inn dimana lebeh ramai penduduk mereka yang datang untuk sama-sama mendengarkan presentation yang di sediakan.  Maklum lah sehari dengan masa yang suntuk sebab habis je di Manor Inn ni kami dah terus nak balik ke London. Jadi sepetang yang di gunakan tu banyak info mereka bagi. Malahan Dr Richard terpaksa menggunakan loceng disebabkan masa yang limited jadi bagi sesuatu sessi hanya 20 minit di berikan dan soal jawab pun kadang kena bagi jawapan cepat sebab banyak lagi presentation nak di selesaikan.  

Warga emas yang hadir.


  Ok berbalik pada perempuan yang aku kata awal tadi nilah dia minah saleh berambut perang.Agak-agak umurnya berapa? Mula-mula kami main teka teki berapa umurnya. Aku agak dalam 30 ke 40 gitu. Kak Kam, aku dah lupa teka berapa. Tapi sebenornya umur dia dah 50 lebeh. Aku dok belek kulit mukanya yang licin dan tegang gitu. Dia senyum je bila kami tidak percaya akan usia sebenarnya. Selain menjalani kehidupan yang gembira bersama keluarga, dia juga mengamalkan minum air masak sebelum tidur. Itulah amalan yang di buat dari usianya remaja sehingga lah sekarang. Kami berdua apa lagi oooooooo sebab tertawan dengan kelicinan dan ketegangan kulit mukanya. So dari sekarang mulalah amalkan minum air masak sebelum tidur untuk membersihkan dalaman kita.

 Seharian di pekan Glossop memang mengasyikkan sampaikan rasa tak nak tinggalkan sebab mereka semua penduduk yang mesra dan ramah. Tak puas sebab sampai kat cottage dah petang lepas tu tak sempat meraound pekan dah nak balik. Tapi dok cottage tu mang best sebab rasa bagaikan di kampung. Malahan sebelum naik Jeep tuan punya cottage yang dengan baik hatinya tolong hantarkan ke klinik Dr Richard, Dr Ilyas sempat pula bagitau aku... " Kak ati ada Ilama dalam kandang sebelah cottage tu!..." Hah pasal lah Dr tak habak awaiiiiiii.... Frust aku tak sempat nak bedek gambar Ilama tu camno rupanya. Hish hish.

Posing sebelum balik, comel kan stesyen dia

  Berhenti di stesyen Mancester Piccadillary sebelum balik ke London. Tang sini frust tak sempat ambil gambar kat stadium Mancester United sebab masa yang terhad. Apa pun memang nostalgia sungguh mengenangkan perjalanan yang telah di lalui. Mudahan ada rezeki Allah bagi dapat jejak kaki lagi.

No comments:

Post a Comment