Salam 1 malaysia semua. OK hari tu aku dah citer kan yang kita orang pi serbu besday fahrin ahmad kat Full House cafe. Ok kali ni nak bawa jenjalan sekitarnya yang sweet sangat gaya style English cottage. Tapi yang aku paling berkenan dan suka ialah kereta cononit warna pink yang terletak di depan pintu masuk cafe. Sweet sangat gaya ala-ala gegurl gitu. Kalau dapat bawa jenjalan di pesisiran pantai mesti syiok kan sambil di sapa hembusan sepoi-sepoi angin laut. Chewah jiwang karats la pulak. hehehe
Ni tangga dari bawah menuju ke tingkat 2. Masa aku pi Korea tahun lepas pi lah lokasi rumah Full House, memang teringat tangga ni sebab rumah tu pun ada tangga juga dan penuh dengan galeri poster di dindingnya. Apa lagi lah poster pelakon-pelakonnya seperti Rain dan Song Hye Yo. Cantik kan tangga dengan penghadang kayu tu.
Ni pula deko tempat makan di tingkat bawah. Masa ni kita orang kat tingkat 2 buat pendaftaran nama. Bila tenguk susunatur yang kemas terus mata tertawan.
Ni pula decoration tempat majlis besday Fahrin. Susunan kerusi serba puteh dan di selang-selikan dengan belon warna biru sebab mengikut tema warna biru.
Ni pula tempat berehat sambil bermain snooker, emmm ye ke snooker. Lupa lah pulak apa nama permainan ni. Tapi aku suka penghadang berpagar tu. Agak-agak kalau nak buat penghadang camtu kat mana ye nak cari tukangnya. Tapi ianya cantik kalau rumah kayu tapi kalau rumah batu tak boleh ke?
Aku suka almari yang tersusun tu ala-ala gaya rumah mat saleh atau orang panggil English Cottage.
Ni pula balkoni tempat hidangan disediakan. Lupa lah pulak nak posing nun di hujung tu. Dah balik lepas tenguk balkoni ni baru menyesal napa lah tak posing kat situ. hehehehe Apa lagi nampak tiang di hujung tu hah. Ni kalau nacha tahu mesti dia kata tak boleh posing di balik tiang nanti kena denda RM25. Lorrr orang bukan buat aksi tarian tiang ler.... nak posing je dibalik tiang. hahahahaha
Susunan bunga yang begitu teratur di tingkat bawah.
Ni lah rupanya Cafe Full House di depannya. Ada pintu Gerbang besar lagi di main entrance dia. Tajuk Full House dia tu bertukar-tukar warna. Sebab aku perasan bila belek-belek gambar yang kita orang posing napa masa aku posing warna lain dan bila belek yang lain warna lain rupanya lampunya berwarna-warni dan bertukar-tukar warna. Apa pun memang cantiklah cuma kita orang tak menjelajah sangat tempat cafe bawah. Segan nak menceroboh hanya kerana nak ambil gambar. cuma dari segi makan aku tak pasti lah kat cafe bawah hidangannya menyelerakan atau tidak. Cuma masa majlis fahrin tu ada spageti tapi takde kuahnya. Atau mungkin ianya tidak menepati selera aku. Masakan dia ala-ala western tapi dah terkucil pulak ala-ala melayu lah pulak.
Ni lah peta camno nak pi Sunway Giza mall ni. Sebenarnya dalam Sunway Giza Mall tu banyak benda boleh di lihat tapi kerana tak sempat dan dah nak balik takde lah kita orang pi cuci mata tenguk apa yang ada. Tapi tu lah kalau tenguk peta tu cam sonang je nak pi situ tapi bila dah kat jalan huh adakah kami yang yang tidak pandai baca tanda jalan. Alahaiiiiii takpo lah pengalaman jalan-jalan cari pasal. hehehe
Mercu tanda Sunway Giza Mall
No comments:
Post a Comment