Thursday, June 14, 2012

Musim Buah sudah tiba


Assalamualaikum,

  Wah musim buah sudah datang terutamanya King Of the Fruit iaitu Buah Durian. Hari tu masa balik Tangkak, Julie ada juga ambil buah durian kat rumah mak. Dapat lah juga rasa 2 biji..nampak dalam guni 4 biji terus je kopek depan rumah kak Jal sebab didalam rumah ada orang tidak suka baunya.

 La ni pulak kalau aku lalu jalan Ceras baru selepas roundabout je nak naik ke jalan menuju ke Taman Saga adalah kat tepi jalan gerai buah-buahan. Sikit punya sibuk orang datang mengerumuni sebab buah tengah banyak dan murah. Main longgok-longgok je malahan macam pesta pulaknya. Rasanya buah datang setiap hari dan bila baru sampai apa lagi ramailah yang berminat nak beli. Ada yang terus kopek kat situ sambil menikmati kelazatan buah durian. Ada yang memilih untuk di bawa pulang. Huh jeles sungguh aku melihatnya sebab tidak dapat melayan tekak yang teringin nak makan. Kalau ada geng memang aku belasah je makan kat tepi jalan tu tapi takde lah tu sebab  cam terkonang-konang. Nak beli kalau bawa balik alamatnya kena hamput akak aku yang tidak suka baunya yang kuat. huhuhuhu sian tau kat aku yang teringin nak melantak dorian ni. Tahun lepas tertunai bila ada jualan makan sehingga santak di Taman warisan Putrajaya bertemankan kak Temah dan Kak ariyati yang juga peminat durian. Tapi tahun ni takdak la pulak.

Tenguk tu dari jauh lagi dah berderet kenderaan parking berhampiran menyinggah nak beli durian.


Geram sungguh melihat buah yang menambun setinggi gunung ni.

   Kat kampung pulak yang dah berbuah durian je manakala buah rambutan masih hijau lagi. Cuma ada sepokok je kata Julie yang dah masak iaitu rambutan jambu batu rasanya yang rendang sepokok di depan rumah mak. Buah Pulasan masa last balik berputik tapi kata julie belum masak lagi. Maybe dah nak dekat puasa nanti kut. Tapi yang aku perhatikan buat masa ni hanya buah durian je yang melambak-lambak orang jual di tepi jalan. manakala buah rambutan aku tak nampak la pulak. Apa pun Bulan Julai nanti sebelum puasa nak balik kampung. Yehaaaaaaa.

2 comments:

  1. tahun lepasm bila anak dara aku lulus pmr 8A, ayahnya belanja makan durian musang king......peh....sedap giler....itulah durian yg raanya paling sedap pernah aku makan...harga jgn tanyala....kalau tak silap masa tu rm25 sekg.....beli 3 biji dah kena rm 85...

    ReplyDelete
  2. Dengar juga durian musang king tapi tak tahu apa rasa. Kalau ikut hati memang le rasa macam nak pi belasah je durian tu hari-hari tapi bila fikir kalori huh tahan je. Kalau tak tahan huh mencanak ler darah tinggi. Tapi makan sikit boleh kan buat penyedal tekak. hahahahahaha

    ReplyDelete