Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012



  Assalamualaikum semua. Wah dah seminggu raya baru nak ucapkan selamat hari raya. Apa pun penangan balik kampung, cuti raya sakan sungguh sampai seminggu blog pun tak berjengah. Macamler busy sokmo sungguh padahal tak larat nak mencoret. hehehe boleh ke alasan camtu.  Sebenornya teringat juga nak update tapi macam takdok idea la pulak nak mengarang bagai... emmm ketandusan idea le nampaknya sebab dah konyang tala makanan macam-macam semasa beraya. hehehehe Habis ler diet aku sebulan semasa puasa hari tu. 

  Tahun ni raya hari Ahad jadi hari Jumaat lagi dah cuti. Nasib baik Kak Ambah pun start cuti sama jadi setelah siap punggah barang nak bawa balik kampung ikutlah pesanan Plus, kalau balik selatan sebelum pukul 12 jadi perjalanan berjalan lancar tanpa tersekat-sekat walaupun sempat lagi tu singgah Putrajaya sebab ada urusan yang kena langsaikan dulu sebelum balik. Bagus juga lah kalau ikut nasihat Plus tu sebab pergi dan balik semuanya lancar. Hanya semalam semasa nak balik KL, jem selepas tol Seremban sebab ada kemalangan menghala ke Johor. Yang buat jem yang hala ke KL sebab nak menenguk laluan sebelah tu yang jem padahal tak berkaitan pun.  Bila tenguk orang acident kemek sana kemek sini ,yang kemalangan maut pun kadang ada rasa macam sedih je. Ya lah time bergembira pulang ke kampung tiba-tiba kena musibah lah pulak tak ke haru. Apa pun berhati-hati lah semasa perjalanan tidak kira di mana jua. Sedih dan ngeri juga bila baca akhbar je kemalangan maut semasa balik kampung atau pergi beraya. Sedih bila mendengar anak-anak yang tiba-tiba sahaja menjadi anak yatim piatu. Apa lagi sedang kita bergembira nak menyambut raya. Apa pun ketentuan Allah kita hanya berdoa semuga setiap apa jua perjalanan yang kita lalui semuga Allah melindungi dari mala petaka yang tidak di ingini.

 Teringat pula pada kawan pejabat dahulu, Farah yang kehilangan kedua ibu dan bapa serta kedua adik perempuannya yang accident sehari nak raya. Kesian sungguh mendengarkannya. Apa lagi bila mendengar yang kereta Myvi yang Aruah bapanya bawa telah terbakar dan mereka semua tersepit tidak dapat keluar. Kesiannya Farah yang tiba-tiba menjadi anak yatim piatu. Malahan kerana terpaksa menjaga kedua adik yang masih tinggal dia terpaksa pindah balik ke Kedah. Begitulah ajal maut jodoh pertemuan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Apa pun buat peringatan bagi diri ku yang memandu pada setiap hari supaya berhati-hati di jalanraya. Semuga Allah sentiasa melindungi ku setiap hari. Amin.

Opss terlupa lah pulak. Dengan menyusun 10 jari saya memohon maaf dari hujung kepala hingga hujung kaki di atas salah dan silap jika ada kata-kata yang terkasar bahasanya yang kadang tanpa disedari pada saya hanya bergurau tapi pada pendengaran orang lain ianya sungguh menusuk jiwa. Maaf ya! Saya hanya manusia biasa tidak terlepas dari membuat kesilapan. Selamat Hari Raya, semuga kemeriahan Syawal membawa kegembiraan buat kalian semua. Amin.

2 comments:

  1. Selamat hari raya ya cik Notie
    Walaupun dah seminggu dah berlalu, tetapi tetap masih dibulan rayakan.

    Apapun kad kena gantung juga... kenangan raya th ni.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya sis. Raya kan sebulan hah sambut lah selama sebulan. Tak cukup sambung lagi bulan seterusnya. hehehe

    Ada lagi ke dapat kad raya. Dolu-dolu siap bergantung kad raya kan! Nostalgia dolu-dolu. La ni org sms je. Copek dan murah.

    ReplyDelete