Sunday, September 23, 2012

Jejak Kasih Raya ke 3 SABGS 2012

Antara yang hadir termasuklah Datuk Atikah Adom

   Assalamualaikum semua. Cerita  Jejak kasih raya ke 3 ni kiranya cerita masa raya hari tu tapi baru nak di update kan.Cerita basikan tapi aku nak tepek juga buat kenang-kenangan. Boleh gitu. hehehehe Apa pun Geng-geng batch akak aku ni wa tabik spring-spring ler. Depa memang bersatu hati sungguh, kalau tak mana dapatnya boleh buat gathering macam ni 2 tahun berturut-turut di kampung halaman terchenta, di Muor lah apa lagi, malahan mendapat sambutan akak-akak senior dan adik-adik junior untuk turut sama berkumpul dan mengeratkan silaturahim. Tu lah kuasa internet yang tiada sempadan. Bayangkan geng-geng akak aku ada yang di Uk macam kak Kursiah tu sanggup balik kampung, sambil beraya sambil berjumpa saudara-mara dan kengkawan. Tahun lepas kak kursiah pun macam tu juga. Raya sakan dia kat Malaysia sebulan lebeh sehingga reunion besar-besaran pertama kali buat  kat Hotel Royale Chulan selesai, baru dia balik UK. Sampai puas dia melayan makanan malaysia merata-rata di Kuala Lumpur.
  Kalau tahun lepas buat di Tanjung Emas dan berkelah bagai. Boleh baca di sini. Tapi kali ni depa booking Tanjung Emas Vila pula. Bayar hanya RM 50 dapat door gift, tukar-tukar hadiah, malahan ada karoke set dan kalau nak bermalam pun boleh malahan ada swimming pool lagi kalau nak berendam. Malahan di jemput Zumba trainer untuk yang nak menari zumba. Thema kunun-kununnya stail hawaian. Huh jenuh lah malam tu akak aku bersengkang mata buat kalungan bunga. Aku tolong ler juga tapi dek ngantuk sangat, dah pagi lepas solat subuh baru tolong buat kalungan sehingga habis bunga yang dibawanya. Malahan masa pergi kubur jenguk kubur Aruah bapak dan aruah Alang dan Aruah Angah pada Raya pertama sempat lagi tu cari bunga Kemboja kunun-kununnya nak main chapteh. Kononnya mengimbas zaman sekolah suka main chapteh.

 Ikut kan raya ke 3 tu rumah mak ada marhaban, kat kampung aku di Muor acara Marhaban yang menjadi tradisi perayaan masih lagi di praktikkan walaupun dulu-dulu 2 hari sahaja la ni sebab dah ramai penduduk kampung yang balik kampung dan buat rumah di kampung maka semakin ramai penduduknya, acaranya ditambah menjadi 3 hari. Jadi kali ni rumah mak aku dapat giliran raya ke tiga tapi nasib baik, Jol adik aku ada dan Ijan adik aku lagi seorang yang kat  melaka juga datang nak menolong jadi kami berdua dengan senang hati pergi ke Tanjung Emas join gathering tu seawal pukul 12 sehingga pukul 6 lebeh baru balik.

 Kebetulan sampai je di Villa tu hujan pun turun. Jadi aturcara pun terlambat lah mulanya dan orang pun datang lambat. Masa tu yang datang awal adalah AJK yang mengaturkan pendaftaran dengan door gift lagi serta token buat sesiapa yang membayar awal.  Nampak kak Taizah begitu sibuk berurusan dengan pihak katering villa. Vila ni kira best juga yang merupakan sebuah rumah banglo, ada kolam renang serta ada bilik karoake. Sesiapa yang nak tidur semalam pun boleh. Bilik ada banyak serta bilikmandi sekali, ala-ala macam hotel gitu tau. Best sangat.

Persiapan oleh AJK yang terlibat... aku tukang nyibuk hehehe

                                     
Ni tayang hadiah dari oxford yang kak kursiah bawa untuk cabutan nombor bertuah.

Hadiah yang hadir buat yang hadir hahahahaha tukar-tukar hadiah lah tapi gunakan nombor cabutan bertuah gitu. kalau ada yang nak bagi lebeh pun boleh. Lagi bagus. hehehe

Ni hadiah kak Taizah sponsor pada yang bayar awal.

Pendaftaran... seronok je bila seorang demi seorang muncul. 

Posing time hahahaha... ala-ala hawaian gurls je kan nasib tak ado gelek-gelek time.. hehehe

Kawasan sekitar vila. Sebelah kiri yang kosong tu dijadikan tempat untuk berzumba.

   Bila semua dah hadir, majlis pun dimulakan dengan kak chik jadi MC. Datuk Atikah yang hadir juga sempat berucap. Walaupun hadir hanya sekejap dan undangan pun kiranya mengejut tapi semangat SAB memang kuat lah sebab walaupun kita orang tahu Datuk Atikah memang ler sibuk tapi sempat lagi hadir ke majlis yang simple tapi meriah disamping mengeratkan lagi silaturahim kami semua diantara ex Sabgs.  Sebelum itu kami menyanyi beramai-ramai lagu sekolah. Walau ingat-ingat lupa senikatanya tapi bila muzik bergema, semua pun dengan bersemangat menyanyikan lagu sekolah. Yeh tempat jatuh lagi kan di kenang inikan pula tempat kita belajar menjadi manusia berguna kan. Selepas habis ucapan dan menyanyi beramai-ramai lagu sekolah, semua yang terlibat memotong kek yang aku tak tahu siapa yang sponsor. Lepas tu apa lagi lah makan time. 

  Selepas makan sambil bersembang acara pun diteruskan. Ada yang bersiap naik ke atas nak tukar baju sebab selepas tu katanya ada yang nak buat zumba. Mata aku pun selepas dah makan ni rasa macam nak tertutup je terus lah naik ke bilik atas nak solat zohor. Ada bilik yang kosong jadi minta kunci dari Kak Taizah. Tapi bila tenguk time dah hujung2 zohor aku pun lepak dulu ler tunggu nak masuk asar. Sekali bila tenguk bilik yang dah ala-ala hotel dengan aircond sejuk lagi apa lagi sedap je landing time atas katil. Emmm sedapnya melelapkan mata. Rupa-rupanya kata akak masa tu lah diaorang bergambar beramai-ramai, serta penyampaian hadiah. Akak yang tolong ambilkancabutan bertuah tapi gambar beramai tu emm aku tak ado lah. Alahaiiiiiii tercicir aku. Bila dah dapat lelap barang seminit 2 barulah aku turun. Masa tu depa dah mengelejet berjoget zumba. Wow memang boleh slim ni buat zumba. Tak menahan sungguh tenguk Hanom berzumba. yang berzumba teruslah berzumba dari satu lagu ke satu lagu. Yang nak berkaroeke, masuk bilik karoake nyanyi. Mana yang nak mandi kolam hah ko kak Shiekin dan kak Minah Yem dah salin baju malahan dah berkubang dalam kolam renang. Amboiiii. Kita orang bawa baju juga manalah tahu nak berjoget ke berjimba dalam kolam ke tapi last-last malas nak salin baju tenguk je lah depa semua berjimba-jimba baik kat atas, baik kat kolam.   Majlis selesai dalam pukul 6 lebeh. Tapi mana yang nak tinggal boleh aje. Malahan makanan pun banyak terutamanya bagi yang tidur di villa. Kita orang balik lah bila dah selesai majlis. Mana yang boleh ditapau kita orang tapau lah. Apa lagi ada 2 dulang mee goreng basah yang masih tak berusik. Sedap. Nak makan banyak mana lah perut boleh di isi. Dengan pelbagai makanan. Apa pun majlis berjalan dengan meriah, dengan kata lain insyallah ianya akan diteruskan selepas ini di KL pula bagi warga SAB yang tinggal di KL. 




No comments:

Post a Comment