Assalamualaikum,
Aduhai rasa nak menangis je mengenangkan cpu aku yang sakit. Bayangkan seminggu cuti masa Deepavali tu sampai la ni aku masih dok teringat-ingat data yang entah boleh dapat balik atau tidak ni. huhuhuhu sampaikan demam dan batuk tak baik-baik dek kerana risau dengan Cpu aku yang sakit tu. Bayangkan 1 drive G tak boleh conected dan 1 drive tu adalah kerja aku selama berpuluh tahun di KKM. huhuhuhu camno le nak trace balik ni. Dah rasa macam habis semua usaha kerja aku selama ini. Dah lah format contoh aku tak simpan, yang dah aku merging pun elek juga. huhuhuhu habih camno ni. Dah hujung tahun, nak siapkan laporan tahunan lagi. Bayangkan separuh bulan kedua aku dah merge siap semuanya dah tally tinggal nak siapkan separuh bulan ke 2. Ayoyo ama apa.
Yang aku bengang tu BPM tak boleh buat dan secara kebetulan pulak pihak Vendor Edaran Sdn Bhd dah habis kontrak. Bila tak boleh buat dia suruh kita cari vendor luar untuk baiki. Mana lah kita orang tahu vendor baiki CPU. Minta tolong dengan Julie, dia kata boleh trace balik sebab dia pernah kena malahan 1 hari 1 malam dok on komputer nak trace balik data yang hilang. Dia punya data lagi lah, jenis yang lagi penting daripada data yang aku kumpul. Maklum ler Audit Negara katakan. Aku ni cuma data kesihatan je. Tapi tu lah dia tak boleh tolong sebab lain kementerian.
Tak puas hati hantar balik pada BPM, tapi hasilnya tetap sama juga malahan drive C pulak dah berbunyi-bunyi. Entah apa lah yang dia godeh agaknya sampaikan drive C pun dah nak corupt juga. Contact pihak Edaran, alhamdulillah staf dia Suhadi tu nak datang tolong tengukkan. Tapi em sedih juga bila dia tak boleh trace juga data dalam drive G tu. huhuhuhu lagi lah aku dah rasa nak pitam. Sambil save baki yang ada dalam drive C sambil nangis. Sedih lor kenangkan kerja yang hilang, rasa penat sangat bila hasil usaha kita selama ini zaz hilang begitu saja. Sekali bos pulak menjenguk, apa lagi terpaksa lah bagitahu apa yang dah aku alami sambil nangis-nangis.
Apa lagi terpaksa lah kena masuk bilik dia dengan bos kedua dan bos Medical care. Kena marah, kena kata aku degil la apa lah, aku nganguk je lah. Dah memang salah sendiri, nak nangis mata darah pun dah tak boleh buat apa pun. Solutionnya nak minta tolong Mimos pula macamana, mungkin depa lagi terer dari Edaran. Tapi tu lah makan masa lagi ni. Buat masa ni belum selesai lagi masalah tu samada boleh trace balik atau tidak data dan semua kerja aku selama ini. Ya Allah semuga semua kerja hasil titik peluh aku selama ini jika ianya rezeki halal yang aku buat semuga ianya dapat kembali pada ku. Amin
Ni lah drive yang aku tenguk masa Julie buka CPU aku. Rupanya ada 2 drive iaitu C dan G. Patutlah masa dapat CPU baru dulu, dalam tu ada drive G yang mana semua data daripada PC lama aku transfer semuanya dalam CPU baru yang dalam tak diam dah hampir 3 tahun lebeh aku dapat. Malahan ianya lebeh besar ruang dalam drive G tersebut. Sebabnya bila transfer dari pc Fujitsu spacenya hanya suku je. Dan bila transfer dari Dell dengan kapasiti yang lagi besar hanya separuh suku je padahal aku banyak simpan fail yang besar-besar. Sebab tu lah aku nak nangis sebab banyak data semuanya yang aku dah simpan.
alahai siannye ko notie...... aku pun dah banyak kali jugak kena tapi aku tak delah data peringkat world mcm ko...aku peringkat negeri je.... kalau dah hilang data [aku su peperiksaan] terpaksala aku berulang ke jpn melaka jumpa PT mintak tolong recove ke apa ke.... atau paling2 pu aku akan diberi software baru pastu kena buat balik.. huhu...mcm tu pun aku dah nangis..yelah, kekdg tu data murid seramai 100 lebih aku dah siapkan tetiba hilang kenalah retype, re-enter dan macam2 re lagilah... sudahnya, sekolah2 lain dah siap data yg diperlukan, sekolah aku punya sangkut lagi... gb ngn gpk lak kdg2 mcm tak fhm yg kita ni kerja ngn komputer... mcm2 bole jadi...
ReplyDeletehmmm.....sabo jela notie, mudah2an semua hasil kerja ko selama ni tak dipandang dlm komputer je... banyak lagi cara lain nak nilai kerja kita, cuma itulah, kalau dah semua data hilang, nak kerja pun mcm hilang mood.... masa tu rasa nak hempuk je komputer tu tak pun buang ke laut....
n ha, laptop aku ni pun dah selalu hang... maklum sejak 2004, dah bertahun..tapi bagus gak, anak2 tak suka guna aku punya.. diorang belasah guna ayah diorang punya je.. dah aku belikan tablet utk anak dara aku, itupun selalu problem. yelah, murah punya tak de brand.. aku beli sempena dia dpt 8A pmr th lps.. ni aku dah berangan nak beli laptop baru... hmmmmm....entah bilalah agaknya... apa2 pun notie, mudah-mudahan semua di mudahkan ALLAH. ALLAH tau niat kau, kerja kau..DIA takkan menyusahkan umat-NYA. yakin dan tawakallah.INSYAALLAH...
Amin buat doanya. Tu lah tengah asyik je berdoa semuga pihak Mimos boleh kembalikan data aku semua tu. Ko bayangkan lah data untuk 10 tahun, tu yg rasa mahu pengsan. Ni pun rasanya kena beli external drive yang kapasitinya besar untuk simpan apa-apa yang rasanya penting buat backup. Tak pernah alami data hilang jadi bila kena rasa macam blur terus tak tahu nak fikir apa. Semuga dapat lah semula kerja aku semua tu.
ReplyDelete